Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dah semakin hampir. Ramai ibu bapa yang turut merasa resah gelisah dan risau mengenai persediaan anak-anak untuk menghadapi peperiksaan penting bagi pelajar sekolah rendah ini.

Alhamdulillah, saya dah ada pengalaman dalam menghadapi peperiksaan penting ini. Alhamdulillah juga, anak sulong saya berjaya mendapat semua A dalam UPSR. Ia satu kenangan yang cukup bermakna pada keluarga kami.

10 Tips Untuk Skor A Subjek Sains UPSR dari Guru Pakar Subjek Sains

10 Tips Untuk Skor A Subjek Sains UPSR

Hasil kejayaan tersebut, saya telah menulis dan berkongsi beberapa tips dan panduan untuk ibu bapa dan juga anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR ini. Ada antara artikel tersebut telah dijadikan selitan dalam akhbar tempatan selain dikongsi di beberapa laman web serta media sosial.

Cuma mungkin ramai yang tidak tahu.

Kejayaan yang dikecapi anak saya menerima keputusan 6A dalam UPSR adalah bukan sekadar usaha, doa yang dibuat. Tetapi atas kerja keras, sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru-guru yang berpengalaman luas dan boleh dianggap pakar dalam satu-satu matapelajaran.

Anak saya beruntung kerana salah seorang guru pakar subjek Sains UPSR di Malaysia adalah merupakan guru sekolahnya.

[Dah Baca?] Amri Bertuah Dapat UPSR 6A dan Jadi Tokoh Murid di Sekolah

Tips Skor Sains UPSR dari Cikgu Zazolnizam, SK Permatang Tok Mahat

Beliau ialah Cikgu Zazolnizam Zakaria.

10 Tips Untuk Skor A Subjek Sains UPSR dari guru pakar
Cikgu Zazol memang seorang cikgu yang berdedikasi. Ada menerbitkan beberapa buku rujukan dan panduan dalam subjek Sains selain aktif dalam aktiviti kurikulum. Beliau juga merupakan antara guru kesukaan ramai murid di sekolahnya - Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang.

Menerusi GPBestari, Cikgu Zazol teleh berkongsi 10 tips untuk skor A dalam subjek Sains, sebagai panduan anak-anak dan murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR.

Jika mahu anak-anak skor A dalam Sains UPSR, boleh ikuti tips yang dikongsikan oleh Cikgu Zazol ini.

1. Calon UPSR mesti menguasai fakta (pengelasan, definisi, prinsip Sains dan contoh yang relevan) berdasarkan buku teks KPM.

Murid perlu mempunyai daya hafal yang tinggi untuk fakta atau memahami setiap kandungan pelajaran sukatan Tahun Tiga hingga Tahun Enam KSSR.

2. Faham arahan dan kata kunci soalan (keyword) pada setiap soalan yang diberikan.

Tuliskan topik yang berkaitan pada mana-mana ruang kosong pada soalan. Selalunya jawapan soalan adalah berdasarkan topik yang diketengahkan dalam stimulus (rangsangan) mahupun stem (kata kunci) soalan.

3. Fokus menjawab soalan kertas 1; tangan kanan memegang pensel dan tangan kiri memegang pembaris bertujuan untuk menggariskan kata kunci soalan.

Gunakan teknik yang efektif pada soalan kertas 1. Singkirkan jawapan yang salah sebelum mengesahkan jawapan yang tepat.


4. Soalan berkaitan topik haiwan dan tumbuhan memerlukan murid mengenal pasti dan memahami jenis haiwan dan tumbuhan yang didedahkan di dalam buku teks.

Mengamati setiap spesies haiwan dan tumbuhan dengan melihat ciri-ciri dan pengelasan yang nyata. Topik ini merupakan topik yang sukar bagi taburan murid-murid di kawasan bandar.

5. Mantap dalam 12 Kemahiran Proses Sains (KPS) yang menyumbang 60% soalan kertas 2. Manakala 40% soalan kertas 2 menekankan aspek fakta.

Mahirkan dalam membuat inferens dan pemerhatian yang memerlukan bandingan. Latih diri membina carta palang, melakar dan membina jadual dalam kemahiran berkomunikasi.

6. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermula dengan pernyataan satu masalah yang perlu diselesaikan.

Situasi itu perlu menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang telah dipelajari lalu dikaitkan dengan masalah yang diberi.

7. Mantapkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan asas atau tip mendapat markah daripada guru yang berpengalaman.

Elakkan memberikan jawapan secara umum. Fahami kata kunci soalan terutama untuk kertas 2 seperti cara, fungsi, kegunaan, kebaikan dan lain-lain.

8. Ambil berat penyiasatan-penyiasatan yang terkandung dalam buku teks kerana Sains adalah sesuatu yang dalam dibentuk secara inkuiri.

Ambillah peluang belajar dalam kumpulan untuk mengingat semula penyiasatan-penyiasatan tersebut atau dapatkan bimbingan tambahan daripada guru.

9. Cubalah menjawab soalan-soalan sebenar 2016, 2017 dan 2018 bagi membiasakan diri dengan soalan format terkini.

Jika masih mempunyai waktu yang mencukupi cuba juga soalan-soalan percubaan negeri-negeri.

10. Minggu peperiksaan, elakkan membaca buku rujukan yang tebal-tebal.

Terus fokus kepada nota ringkas daripada buku teks yang dibuat sendiri. Jaga kesihatan dan dapatkan rehat dan tidur yang cukup.


Okeh.

Dah dapat?

[Baca Juga] 7 Rahsia Anak Cemerlang dalam UPSR dan PT3

Buat calon-calon UPSR tahun ni, saya ucapkan selamat dan semoga berjaya menempuh peperiksaan. Kepada ibu bapa yang ada mempunyai anak yang bakal mengambil peperiksaan ini, berikan sokongan yang sewajarnya dan janganlah rasa terlalu risau dan menekan anak.

UPSR bukan satu-satunya peperiksaan yang akan menilai pengetahuan anak anda. Ada banyak lagi jenis peperiksaan dan ujian ...

Yang penting ialah, anak dapat aplikasikan segala ilmu pengetahuan dan pengajaran di sekolah untuk menjadi diri lebih baik.

Doa. Jangan lupa doa kejayaan mereka sepanjang masa. In Sha Allah, Allah S.W.T akan bantu.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. this week aida dah suruh anak baca buku nota ekspres je.
    then mlm, kami just go thru soalan.
    aida bagitau dia tips. how to answer questions.
    especially paper 2.
    penyiasatan. pemerhatian. anak aida tend to get confuse!

    BalasPadam
  2. Bagus cikgu bagi tips mcm ni.. Patut Msia ramaikan cikgu2 mcm ni, Baru la Maju negara..

    BalasPadam
  3. Selamat menduduki UPSR untuk murid2 darjah 6

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement