Ebook Rujukan Terkini Temuduga Kerja Kerajaan 2019

Sekalung tahniah kepada anda yang dipanggil temuduga oleh pihak Suruhajaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk kemasukkan kerja kerajaan. Anda dianggap bertuah, kerana ada ribuan calon yang mempunyai kelayakan seperti anda yang mungkin tidak dipanggil untuk temuduga.

Tahun 2019 ada banyak panggilan untuk calon berdaftar di laman web SPA untuk samada menjalani peperiksaan online, ujian Psikometrik mahupun dipanggil untuk sesi temuduga. Ada pengambilan di beberapa sektor atau kementerian dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

Rujukan dan Panduan Persediaan Temuduga Kerja Kerajaan 2019

Rujukan dan Panduan Persediaan Temuduga Kerja Kerajaan
Calon yang memohon jawatan menerusi SPA memang ramai. Malah, setiap tahun ada peningkatan dari segi pendaftaran calon untuk beberapa jawatan tertentu dalam kerja kerajaan. Pendaftaran dan permohonan ini terdiri daripada lepasan SPM, Sijil Diploma, sehinggalah ke lulusan ijazah dan kedoktoran.

Memandangkan terdapat puluhan dan ratusan ribu calon yang mendaftar, pihak SPA perlu melakukan beberapa bentuk saringan agar calon yang benar layak sahaja akan dipanggil untuk kemasukan kerja kerajaan.

Proses temuduga adalah salah satu daripada bentuk saringan tersebut. Kebiasaannya, proses temuduga akan dilakukan setelah calon yang terpilih lulus dalam peperiksaan online atau ujian Psikometrik.


Ujian Psikometrik umpamanya, telah dijadikan satu ujian wajib lulus sejak diasingkan dari peperiksaan online utama kemasukan kerja kerajaan. Ia adalah ujian berkaitan psikologi, sikap, tingkah-laku dan juga cara calon menyelesaikan masalah berkaitan kerjaya kerajaan.

[Dah Baca?] Tips Menjawab Soalan-Soalan Ujian Psikometrik - Kemasukan Kerja Kerajaan

Dari situ, pihak SPA 'mencaras' calon yang kurang berkemampuan dari segi perwatakan, tingkah-laku, personaliti dan sebagainya. Ia adalah untuk disesuaikan dengan situasi dan persekitaran kerja dalam sektor perkhidmatan awam yang sememangnya ada cabarannya tersendiri.

Lepasi ujian dikendalikan pihak SPA, maka ujian seterusnya untuk masuk kerja kerajaan ialah untuk berjaya dengan cemerlang dalam sesi temuduga.

Setiap sektor, jabatan dan kementerian yang ada skim perkhidmatan awam mempunyai skor markah tertentu untuk lulus temuduga ini. Ianya tidak sama, malah sering berubah supaya bersesuaian dengan kehendak semasa.

Itulah sebabnya dalam proses temuduga itu, akan wujudnya soalan-soalan berkaitan isu semasa serta perkara berkaitan pentadbiran kerajaan terkini. Soalan akan diselaraskan dengan keperluan dan kehendak serta misi jabatan dan kementerian.

Contoh Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

Ramai calon yang gagal di peringkat temuduga kerana kurang peka mengenai isu-isu semasa ini.

Ada juga gagal kerana diajukan soalan yang berbentuk peribadi ... seperti contoh:
  • Mengapa anda memilih jawatan ini, sedangkan anda sudah bekerja di _____?
  • Jawatan ini memerlukan anda bertugas di luar kawasan, adakah anda sanggup ditukarkan ke _____ jika dikehendaki?
  • Gaji permulaan untuk jawatan ini adalah ______. Adakah ia mencukupi untuk tampung keperluan keluarga?
  • Anda ada ijazah ______. Mengapa memilih jawatan ini yang bukan dalam bidang tersebut?

Dari pengalaman saya yang pernah menemuduga calon untuk kemasukan kerja di USM satu ketika dahulu, saya dapati ramai calon yang dipanggil untuk temuduga agak kurang melakukan persediaan rapi termasuklah cara untuk menjawab soalan-soalan berbentuk peribadi seperti di atas.

Malah, ada calon yang tidak peka mengenai etika pemakaian untuk temuduga kerja kerajaan yang lebih formal berbanding dengan temuduga kerja di sektor swasta.

Panduan Lulus Temuduga

Ramai calon yang hadir ke temuduga kerja kerajaan yang tidak tahu mengenai perkara yang perlu dilakukan dengan perkara yang ditegah untuk dilakukan. Calon anggap temuduga kerja kerajaan adalah sama sahaja sepertimana temuduga-temuduga lain yang mereka pernah hadiri. Silap besar!!!

Ada juga calon yang tidak melakukan persediaan sebelum hadiri temuduga kerja kerajaan, contohnya:

  • Menyediakan resume
  • Melampirkan sijil-sijil kelulusan berserta salinan
  • Gambar ukuran passport secukupnya

Kadang-kala ketika dalam temuduga, pihak temuduga akan cuba menanyakan soalan-soalan berbentuk provokasi seperti merendah-rendahkan pencapaian akademik atau penglibatan anda dalam aktiviti luar. Ia salah satu strategi yang berkait rapat dengan ujian Psikometrik sebelum ini.

[Dah Baca?] Tips Cara Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (SPA)

Soalan-soalan temuduga bakal mencabar kewibawaan calon, kelayakan calon, dan pelbagai bentuk lagi akan ditanya untuk menguji tindakan serta emosi calon; terutama yang berkaitan dengan fungsi dan tanggungjawab dalam jawatan yang dipohon.

Aha .. ingat senang nak lepas temuduga kerja kerajaan kalau tak ada perancangan serta persediaan?

Susah Nak Dapat Kalau Tak Ada Kabel?

Guna 'kabel' untuk lulus temuduga kerja kerajaan?

Ini semua alasan palsu diberikan oleh mereka yang gagal dalam proses temuduga atau mungkin tidak lulus kerana tidak mampu mengawal emosi semasa soalan ditanyakan. Atau disebabkan mereka menjawab soalan yang tidak menepati kehendak panel penemuduga.

Kenyataan seperti itu sebenarnya untuk melumpuhkan semangat calon-calon lain, dengan harapan ..."kalau aku tak dapat .. biar orang lain juga tak dapat jawatan ini".

Jangan guna kalimah mengarut tersebut. Ramai je calon yang tak ada sanak-saudara, adik-beradik yang kerja kerajaan sebelum ini berjaya lulus dalam temuduga seterusnya menjawat jawatan yang dipohon.


Rezeki kerja itu adalah hasil usaha, bukan atas pertolongan orang yang kononnya berkabel.

Perlu Persediaan Jika Azam Untuk Lulus

Ada banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan calon yang dipanggil temuduga oleh pihak SPA gagal dan tidak lulus. Apa yang saya kongsikan cuma sebahagian sahaja. Yang penting, kena lakukan persediaan untuk jalani temuduga.

Temuduga adalah salah satu bentuk ujian atau saringan singkirkan calon. Jadi, dalam setiap ujian ... semestinya memerlukan rujukan dan panduan untuk lulus dengan jayanya. Belajar daripada pengalaman orang lain serta tunjuk-ajar diberikan pakar dalam hal ini.

Sekiranya ada merupakan calon yang dipanggil untuk hadiri temuduga kerja kerajaan (SPA), saya syorkan anda untuk dapatkan ebook rujukan khas bagi temuduga kerja kerajaan di bawah.

Panduan lulus temuduga



====
Bonus Khas - PERCUMA Ebook Temuduga Penguasa Kastam WK41 bagi sesi 2019.
====

Ebook rujukan disediakan ini adalah versi terkini untuk calon-calon dipanggil bagi sesi temuduga tahun 2019. Ia merangkumi contoh-contoh soalan yang biasa ditanya semasa proses temuduga kerja kerajaan selain beberapa tips khusus untuk perjawatan tertentu.

Gunakan peluang ini untuk melakukan persediaan padu bagi hadapi temuduga.


  • Borong

Post a Comment

0 Comments