Tips Jawab Soalan Psikometrik SPA

Ada yang tanya saya, bagaimana cara nak jawab atau berikan jawapan yang betul bagi setiap soalan dalam ujian Psikometrik kemasukan kerja kerajaan bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Hmm .. secara am, kalau tengok contoh-contoh soalan ujian Psikometrik sebelum ini, soalan-soalan ujian tidaklah sesukar mana.

Namun, ia akan jadi sukar bila minda dan fikiran kita kurang positif dan terlalu emosi bila melihat soalan-soalan ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah berkaitan tingkah-laku, peradaban, penyelesaian masalah, emosi dan tindak-balas separa sedar.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik Kerja Kerajaan

Tips Jawab Soalan Psikometrik SPA
Jadi, apa tips terbaik untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya dalam ujian Psikometrik SPA?

Simple. Tonjolkan yang positif, sembunyikan kelemahan dan tonjolkan kelebihan.

Berikan Jawapan Positif Diri

Ujian ini berkaitan sikap. Jadi sembunyikan sikap yang negatif dan sembunyikan kelemahan diri anda dalam setiap soalan yang ditanya. Soalan-soalan Psikometrik akan mengelirukan anda dengan ayat-ayat emosi, nak lulus, elakkan terperangkap.

Ramai yang rasa yakin untuk menjawab soalan-soalan mudah ujian Psikometrik ini. Tapi, ada sebab kenapa SPA dah mewajibkan ujian Psikometrik ini.

Aha .. wajib dah tu!

Sebelum ini, ujian ini adalah sebahagian dari peperiksaan online SPA. Tetapi, sejak kebelakangan ini, dan nampak obvious bila bertukar kerajaan, ujian ini seolah 'senjata' awal pihak SPA untuk menyingkirkan calon bagi kemasukkan kerja kerajaan.

Ramai calon tersingkir kerana ambil mudah ujian ini, yang kini sudah ada platform online tersendiri yang merangkumi ribuan soalan-soalan ujian Psikometrik berkaitan pelbagai jawatan dalam kerja kerajaan.

Soalan-soalan ujian Psikometrik sukar dijangka. Jika anda melihat contoh-contoh soalan ujian Psikometrik yang boleh didapati di internet, ia ada pelbagai dan rawak. Kadang anda tak yakin pun ia adalah soalan ujian ini untuk jawatan yang anda pohon.

Misalnya...

Soalan #1 - Jika anda diajak keluar makan oleh ketua jabatan anda, anda akan?
A - Terima
B - Menolak tanpa alasan
C - Terima dengan bersebab
D - Menolak dengan alasan

Soalan #2 - Anda melihat ada kertas lebihan dari mesin fotostat, adakah anda akan?
A - Membuang ke dalam tong sampah
B - Meletakkannya di bahagian kertas terpakai
C - Mengambilnya dan dijadikan kertas nota
D - Membiarkan sahaja

Soalan #3 - Saya seorang yang pendiam.
A - Ya
B - Tidak
C - Tidak pasti

Oh ya, lupa juga nak beritahu, selain ujian berkaitan sikap, ada juga ujian Psikometrik dalam bentuk penyelesaian masalah matematik. Ini bergantung juga dengan kategori dan jenis jawatan yang anda pohon.

Jika kategori jawatan agak tinggi, sudah pastinya daya penyelesaian masalah bakal ditanya dalam ujian Psikometrik ini. Soalan-soalan akan diberikan jawapan dalam bentuk objektif, jadi anda boleh mengagak jawapannya kalau kurang pasti.

Penting sekali anda jawab semua soalan yang diberikan. Tak boleh tinggal, kerana ia akan menunjukkan sikap anda yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Buat Latih-Tubi Soalan Ujian Psikometrik

Untuk persoalan psikometrik jenis penyelesaian masalah ini, anda kena rajin buat latih-tubi soalan-soalan yang seumpamanya, biar anda rasa selesa dan faham format, bentuk serta jenis soalan. Buat latih-tubi daripada contoh-contoh soalan ujian Psikometrik.

Jika anda mencari rujukan untuk bantu, selain tips tambahan lain untuk melakukan persediaan ujian Psikometrik ini, boleh dapatkan ebook rujukan Tim Infokerjaya di bawah ini.

Klik Sini Untuk Akses Rujukan Ujian Psikometrik Terkini

Ia merupakan rujukan terkini VERSI 2019 untuk calon-calon yang dipanggil hadapi ujian Psikometrik untuk sesi 2019.
Tips Jawab Soalan Psikometrik SPA
Dalam rujukan ini, bukan sekadar ada tips, tetapi juga contoh-contoh soalan ujian Psikometrik yang boleh dijadikan latih-tubi sebelum ujian sebenar.

Rujukan ini memang sentiasa dikemaskini, ia satu rujukan yang berbaloi untuk dimiliki. Dan kemaskini adalah percuma untuk 3 tahun (seperti dinyatakan dalam panduan).

Moga ia dapat membantu.

Kesimpulan

1. Bersikap positif ketika menjawab
2. Sembunyikan kekurangan diri
3. Buat latih-tubi
4. Jawab semua soalan
4. Gunakan rujukan

Ini adalah 5 ringkasan tips untuk jawab soalan psikometrik.

Klik Sini Untuk Akses Rujukan Ujian Psikometrik Terkini
Ada ribuan calon yang memohon kerja dalam kerajaan ini, pastikan anda adalah calon yang berjaya. In Sha Allah.

Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih ... semoga membantu calon nak ambik exam ni

      Delete
  2. sangat membantu bagi mereka yg baru grad and nak cari kerja. great sharing as always!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih. Harap ramai calon yang ambil ujian ni akan luluslah

      Delete
  4. info menarik, bagus untuk calon yang sedang mencari kerja terutama kerja kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Boleh saya dapatkannya sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Klik pada link yang saya berikan tu ... leh dapatkan di situ

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com