Anda pernah dengar atau tahu mengenai laman web Printcious tak? Ada, ia sebuah laman web yang cukup menarik kalau anda nak buat design baju, mug atau pelbagai lagi bentuk cenderahati mengikut citarasa sendiri.

Saya lebih sukakan fungsi Printcious untuk design baju. Sebab, saya boleh buat marketing blog saya dengan cara yang sempoi, mudah dan lebih praktikal buat diri saya. Lagipun, ia cara paling murah untuk mempromosi blog dan jenama ... setuju tak?

Design Custom T-Shirt Sendiri Dengan Printcious - Mudah, Cepat dan Unik

Design t shirt sendiri dengan printcious
Printcious menyediakan platform yang sangat mudah dan senang untuk hasilkan t-shirt berkualiti dengan design sendiri. Anda boleh letakkan teks atau gambar pada design t-shirt yang anda inginkan. Jika tak ada idea, gunakan sahaja pre-design yang disediakan, dan tambah sedikit teks untuk jadikan ia unik.

Memang cukup best, malah anda boleh jadikan baju t-shirt rekaan sendiri ini sebagai salah satu hadiah harijadi yang unik atau mungkin sebagai satu set baju t-shirt awesome bagi memperingati hari ulangtahun perkahwinan. Rare weihhh ...

Takpun, jadikan ia sebagai hadiah perkahwinan kepada rakan atau jiran .. tak pun kepada anak anda yang akan atau sudah mendirikan rumahtangga.

Printcious bukan setakat membolehkan anda untuk rekabentuk t-shirt sendiri, tetapi ada juga produk cenderahati yang lain. Pilih mana yang sesuai dan mengikut citarasa sendiri. Anda boleh terus ke laman web Printcious untuk jamu mata terlebih dahulu .. huhu .. bukan kena duit pun :P

Okeh.

Untuk post ini, saya nak kongsi cara nak design t-shirt sendiri menggunakan laman web Printcious ini. Ianya sangat mudah dan takkan ambil masa lama ...

Meh ikuti tutorial atau langkah seperti saya tunjukkan di bawah.

Cara-Cara Nak Design T-Shirt Sendiri Di Printcious

Saya tunjukkan cara yang cukup sempoi nak custom design t-shirt anda, dengan meletakkan teks seperti di bawah ini. Simple je. Dalam masa kurang 5 minit, dah siap design baju t-shirt anda sendiri .. weihhh mana leh dapat kat kedai jual baju macam ni ... serius unik untuk anda sahaja!

Design t shirt sendiri dengan printcious
1. Pertama sekali, anda perlu ke laman web Printcious. Daftar percuma samada menerusi profil Facebook atau menggunakan email anda.

2. Login ke dashboard Printcious, dan klik bahagian 'Design Your Own' dan pilih 'T-shirt'.

Design t shirt sendiri dengan printcious

3. Ada 3 pilihan diberikan, iaiti Cotton, Graphic Tee dan Graphic Tee (kid). Pilih salah satu.
Katakan anda pilih Cotton, kemudian anda teruskan dengan klik 'Start Designing'. Jangan lupa klik pada saiz yang anda inginkan, klik pada 'Size Chart' jika kurang pasti berkaitan ukuran saiz baju.

Design t shirt sendiri dengan printcious

Design t shirt sendiri dengan printcious

4. Di bahagian atas, ada menu  'Text' dan juga 'Image'. Pilih salah satu untuk anda mulakan rekaan t-shirt sendiri. Katakan anda pilih 'Text'. Taip teks yang ingin anda mahukan pada ruang disediakan.

Design t shirt sendiri dengan printcious
Teks yang anda taip, secara automatik akan muncul pada design t-shirt anda. Anda kena adjust kekotak tulisan agar ia memenuhi ruang dalam kekotak hijau. Gunakan tetikus untuk adjust saiz tulisan. Jenis tulisan juga boleh diubah mengikut kesukaan anda.

Design t shirt sendiri dengan printcious
Design t shirt sendiri dengan printcious
Anda juga boleh tambahkan gambar atau tambah teks seperti ditunjukkan di bawah ini. Anda hanya perlu klik 'Add Text' atau 'Image' .... susun ikut citarasa anda dengan melalukan tetikus komputer ke kekotak hijau. Anda boleh tukarkan warna tulisan, kedudukan ....asalkan jangan lebih daripada ruang disediakan.

Design t shirt sendiri dengan printcious

5. Klik 'Done' bila dah siap dan puas-hati dengan rekaan sendiri t-shirt anda. Kemudian anda akan dibawa ke ruangan untuk review balik design baju anda. Sekali lagi, sila semak dari segi warna baju, saiz, kuantiti diperlukan. Klik butang 'Add to Cart' bila selesai.

Design t shirt sendiri dengan printcious

 6. Sila semak berkaitan harga atau pembayaran yang perlu anda buat, kemudian klik butang 'Check-out'. Isi butiran diri, alamat pengeposan dan metod pembayaran. Anda boleh bayar samada menggunakan online banking atau menggunakan mesin ATM. Selepas itu, anda dikehendaki melakukan semakan setelah tekan 'Next'.

Design t shirt sendiri dengan printcious

Design t shirt sendiri dengan printcious
7. Buat pembayaran, dan kemudian tunggu order anda diproses oleh Printcious. Satu email berkaitan pesanan akan dihantar sebagai rujukan setelah pembayaran dilakukan dengan jayanya. Selesai!

Amacam? Tak susah pun.

Diskaun Khas Untuk Pesanan Pertama

Oh ya, buat pelanggan pertama kali, anda akan nikmati potongan sebanyak 50% untuk pesanan pertama anda. Hanya isi nama dan alamat email, dan kod baucer potongan akan dihantar. Gunakan kod baucer tersebut semasa nak checkout. :)

Design t shirt sendiri dengan printcious

Selain t-shirt design sendiri, anda juga boleh buat design untuk mug, topi, t-shirt kanak-kanak, beg kain dan macam-macam lagi. Anda juga boleh buat design sebagai cenderamata korporat atau apa-apa majlis yang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan servis menyediakan photo booth menerusi Printcious!

Menarik tak? Cubalah.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun suka beli customize item dekat Printcious. Design barang untuk blog juga. Saya design mug. Belum cuba lagi design baju.

    BalasPadam
  2. sekarang semuanya mudah. nak dengan taknak ja. hehee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement