Kisah ini jadi viral, kisah seorang bapa kena tarbiyah (nasihat) oleh seorang guru bernama Cikgu Seri Devi semasa Report Card Day di sebuah sekolah rendah. Perkongsian oleh Izman Pauzi telah menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi terutama dari ibubapa zaman sekarang.

Untuk makluman anda, Izman Pauzi adalah penulis buku 'Jangan Sentap, Okey!' diterbitkan oleh Alaf 21, Karangkraf. Perkongsian berkaitan kisah Izman Pauzi ditarbiyah oleh seorang guru India di sekolah rendah anaknya mendapat perhatian kerana ia mencerminkan kehidupan dan aktiviti anak-anak sekarang yang lebih cenderung kepada telefon pintar dan juga televisyen.

Bapa Kongsi Nasihat Sentap Teacher Sri Dewi, Menusuk Hingga ke Hati!

Tips didik anak jadi pelajar cemerlang di sekolah
Perkongsian tersebut menceritakan detik-detik bagaimana Izman Pauzi, yang juga bapa kepada 4 orang cahayamata, semuanya masih di bangku sekolah, 2 di sekolah rendah dan 2 orang lagi di sekolah menengah, telah diberikan nasihat yang agak 'keras' oleh guru kelas salah seorang anaknya.

Pun begitu, memang banyak kebenaran dalam kisah tersebut ... yang sedikit sebanyak memang terkena batang hidung ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak bersekolah.

Saya sendiri, dalam membaca perkongsian Izman Pauzi turut terasa dan terkena tempiasnya. Ikuti kisah pengalaman sebenar bapa ini untuk tatapan dan diambil sebagai panduan dan tips untuk didik anak menjadi lebih baik dan cemerlang di sekolah!

Report Card Day

Kelmarin saya bercuti separuh hari untuk menghadiri 4 sesi report card day bagi 4 anakanda saya. 2 orang di sekolah rendah yang sama, manakala 2 lagi di sekolah menengah berbeza.

Saya pilih ke sekolah rendah dahulu. Memandangkan kedua mereka di kelas pertama, tak banyak komen guru perihal akademik mereka. Meningkat dan merosot tu biasalahkan!

Saya tertarik dengan sesi kedua di sekolah rendah melibatkan anak saya Mira bersama guru kelasnya, Teacher Sri Devi.

Faham sahajalah masa menunggu lama lantaran murid yang ramai dan ada segelintir ibu bapa yang terlalu cakna anak sehingga bersembang melebihi 30 minit untuk satu anak.

Jadi apabila si bongsu Fahmi meminta telefon bimbit, saya berikan sahaja tanpa banyak soal. Tak salah bagi saya kerana sesi Fahmi sudah selesai dan dia telahpun diberi pelepasan untuk pulang. Fahmi cuma masih terpaksa menunggu saya menghabiskan sesi untuk si kakak. Ala.. semua ibu bapa memang bagi handphone pada anak.

Apabila tiba giliran kami, saya dan Mira maju dan mengambil tempat di hadapan meja guru, manakala Fahmi yang ralit bermain telefon hanya mengikuti dan berdiri di belakang saya.

"Stop the phone!" laung guru india itu.

Fahmi terkejut dan kaku. Saya juga. Saya meminta telefon daripada Fahmi dan menjelaskan kepada guru india itu bahawa sesi Fahmi sudah selesai dan dia cuma menemani saya.

Guru itu menerangkan dia faham, namun baginya tiada murid harus dibenarkan memegang selfon sepanjang waktu persekolahan termasuk di waktu malam. Jika nak beri, hanya hari cuti sahaja, namun ibu bapa harus menerapkan masa dan mengawal penggunaannya. Saya cuma angguk, menunjukkan saya faham.

Cikgu Sri Devi menyuakan keputusan peperiksaan Mira dan saya segera melihat gred bagi setiap mata pelajaran.

Guru itu menutup keputusan itu dengan tangannya dan berkata "Encik tak perlu lihat markah dan gred anak encik, turun naik tu biasa sebab anak encik masih dalam belajar."

Saya patuh dan mula memberi perhatian terhadap guru itu.

Stop The TV and Phone During Weekdays

"Encik, Amirah is a good girl. She's clever, hardworking, homework sentiasa buat, tiada masalah dalam kelas. So, as long as Amirah ada sikap yang baik, dia akan dapat belajar dengan baik. Amirah budak baik."

"Encik, jika encik hendak anak lebih berjaya, stop the tv and phone during weekdays."

Saya angguk namun turut mencelah "saya faham cikgu, cuma kadang-kadang anak minta phone sebab nak call kawan ada kerja sekolah tak sempat salin atau nak tanya kerja sekolah yang cikgu beri."

"Don't give! Anak saya few years back saya dah start buat, tak bagi langsung phone even anak saya cakap ada kerja sekolah nak tanya kawan. I don't care if cikgu dia nak lempang bila tak siap kerja sekolah. They should learn a lesson."

"Jangan manjakan anak dengan phone. Stop the phone dan anak terpaksa tumpu lebih dalam kelas. They don't have any choice."

Angguk.

"Mathematics, Science, English.. itu masalah majority students. Encik sebenarnya tak perlu hantar tuition. Encik dan wife boleh ajar sendiri di rumah."

"Encik cuma perlu luangkan masa duduk bersama anak-anak dan ajar mereka. Ibu bapa should also stop playing phone depan anak. Duduk bersama anak at least 1 hour a day, teach them."

"I know budak Melayu balik penat sekolah agama. Encik boleh bagi mereka main sekejab tapi don't give them tv and phone. Don't!"

Angguk.

"Encik kena pastikan anak ada jadual belajar di rumah dan pastikan mereka ikut. Everyday, kena buat 5 soalan mathematics. Encik kena ajar dan minta mereka buat. Hari ini buat 5 soalan operasi tambah, esok buat 5 soalan operasi bahagi. Bila anak sudah pandai, tambah jadi 10 soalan sehingga mereka mahir."

"Jika encik buat, saya gerenti dalam 1 bulan encik boleh tengok hasil pencapaian anak encik."

Angguk. Impressed!

"For English and BM, paksa anak baca satu petikan karangan setiap hari dan fahamkan. Kena baca untuk pemahaman dan tambah kosa kata. They don't have any choice."

"Weekends, encik boleh bagi mereka tengok tv dan phone, tapi mereka juga kena belajar juga. Control their time."

Di akhir sesi, saya mengucapkan terima kasih kepada Teacher Sri Devi atas didikan kepada anak saya dan nasihat yang diberikan.

Sambil berjalan ke kereta, dalam hati berkata, Guru India ni tak ramai, boleh dikira dengan jari. Namun bagi yang menjadi, impaknya sampai terus ke hati. huh! Saya kena buat dan lead the example, tak boleh pegang handphone masa anak belajar.

Guru Sekolah Patut 'Shot the Parents'

Saya rasa ini patut cikgu-cikgu buat masa report card day, shot the parents straight to their heart. Cerita itu bagus, ini lemah, kadangkala ibarat mencurah air ke daun keladi. Silap-silap balik nanti ada anak kena pelempang.

Sebagai Orang HR, saya biasa tarbiah pekerja. Buku tulisan saya JANGAN SENTAP, OKEY! (Alaf 21, Karangkraf) dan CERITA ORANG HR (Komrad Buku) ada menceritakannya. Apabila diri sendiri kena tarbiah dengan cikgu, terasa sentap dan panas juga telinga. Huhu.

From bottom of my heart, Terima kasih Teacher Sri Devi. Terima kasih juga semua Cikgu yang memandaikan bangsa.

Report card day. Kelmarin saya bercuti separuh hari untuk menghadiri 4 sesi report card day bagi 4 anakanda saya. 2...
Posted by Izman Pauzi on Friday, 28 June 2019

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement