Layan Kerang Rebus Kuah Kacang di bulan Ramadan di Parit Buntar adalah perkara tradisi setiap tahun. Buat mereka yang tak tahu, setiap kali Ramadan tiba, daerah Kerian, khasnya yang berdekatan dengan Parit Buntar akan penuh dengan gerai yang menjual snek ini, iaitu Kerang Rebus yang dicicah dengan Kuah Kacang.

Ini merupakan perkara unik yang berlaku di Parit Buntar. Ianya hanya berlaku dalam bulan Ramadan sahaja. Waktu lain, memang susah nak jumpa .. malah saya boleh katakan ... nak jumpa orang jual kerang rebus luar waktu Ramadan memang agak mustahil.

Kerang Rebus Kuah Kacang Gerai Tarbus di Bandar Baharu

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang unik Ramadan di Parit Buntar
Setiap malam Ramadan, gerai-gerai yang sedia-ada wujud akan ada hidangan Kerang Rebus Kuah Kacang. Dan sambutan daripada orang ramai juga boleh tahan. Pelanggan datang dari pelbagai ceruk.

Saya pernah jadi host membawa beberapa keluarga dari Selangor untuk merasai kemeriahan makan kerang rebus kat Parit Buntar ni. Jika anda ikuti blog saya sejak 2010, tentu perasan yang saya ada berkongsi kisah kerang rebus di bulan Ramadan ini.

Tahun ini, saya berkesempatan bawa keluarga saya makan kerang rebus kat tempat baharu.

Aha ... sebelum ini, saya biasa makan Kerang Rebus cicah Kuah Kacang kat gerai Pak Mat yang memang lejen jual kerang rebus sejak bertahun dahulu. Malah, sewaktu saya masih bujang pun dah biasa makan kerang rebus kat gerai Pak Mat. Tu lebih 10 tahun tau tempohnya ..

Kerang Rebus Gerai Tarbus, Berdekatan Petronas Bandar Baharu

Kali ini, saya bawa keluarga menjamu Kerang Rebus kat Gerai Tarbus. Gerai ni menurut sesetengah pelanggan juga merupakan kedai makan yang dah lama jual kerang rebus setiap kali bulan Ramadan datang.

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang unik Ramadan di Parit Buntar
Gerai ini berdekatan dengan bulatan di Bandar Baharu, bersebelahan stesen minyak Petronas Bandar Baharu. Jika dari arah tol Bandar Baharu menuju ke Parit Buntar, ianya terletak di sebelah kiri .. tepi jalan dah boleh nampak Kedai Makan Tarbus ni.

Semasa saya sekeluarga tiba, memang ramai juga pelanggan yang menikmati menu snek Kerang Rebus Kuah Kacang di sini.

[Dah Baca?] Warung Udang Lipan Hanya Popular di Bulan Ramadan

Kerang rebus di sini dihidangkan dalam 'kuali' kecil. Itu kalau pesan sekilogram kerang rebus. Kalau biasa, ia dihidangkan dalam pinggan kecil.

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang unik Ramadan di Parit Buntar


Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang unik Ramadan di Parit Buntar
Saya pesan sekilogram kerang rebus. Harga RM20 sekilogram. Tapi bukan hanya kerang rebus sahaja yang ada di Kedai Tarbus ni, ada beberapa benda lain juga yang dijual di sini.

Ada beberapa jenis kerang-kerangan serta siput turut dijadikan menu bercicahkan kuah kacang. Ada Siput Sudu dan ada juga Siput Bayan. Pelanggan boleh pilih untuk ambil sepinggan, atau beli sekilogram.

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang unik Ramadan di Parit Buntar
Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang unik Ramadan di Parit Buntar
Yang menariknya ialah Gerai Makan Tarbus menyediakan hidangan air secara percuma. Memang bagus apa yang dibuat ni .. kira macam berniaga sambil bersedekah. Tak banyak gerai makan yang buat macam ni di bulan puasa .. kan kan?

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang unik Ramadan di Parit Buntar


Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang unik Ramadan di Parit Buntar
Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang unik Ramadan di Parit Buntar
Kalau masih berada dalam bulan Ramadan, dan kebetulan pula anda berada dekat dengan Parit Buntar atau Bandar Baharu, boleh singgah ke gerai makan ni untuk merasai keunikan rasa Kerang Rebus Kuah Kacang.

Jika tak jumpa pun gerai ni, ada banyak lagi pilihan untuk merasa kerang rebus di Parit Buntar ni. In Sha Allah, anda tidak akan dikecewakan sangat ..huhu.

Oh ya, jangan pula anda minta cicah kuah asam ... sebab memang takkan ada punya .. hehe.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement