Rendang SoRaya. Perghh video iklan Hari Raya 2019 daripada Petronas terus mendapat tempat dan tontonan tinggi di YouTube. Video iklan Raya daripada Petronas bertajuk Rendang SoRaya yang membawa kisah seorang chef bernama Soraya memasak resepi rendang ibunya telah menerima lebih daripada 3 juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu.

Iklan Raya 2019 Rendang SoRaya ini telah dimuat-naik pada 23 Mei 2019. Saya tak pasti samada iklan Hari Raya daripada Petronas ini sudah keluar di kaca TV. Namun, semasa saya menulis entri ini, jumlah tontonan yang telah dicatatkan oleh Rendang SoRaya di YouTube adalah sebanyak 3,123,751 tontonan.

Rendang SoRaya - Iklan Raya 2019 Viral di YouTube

Rendang SoRaya - Iklan Raya 2019 Viral di YouTube
Petronas memang tidak pernah mengecewakan dalam menghasilkan iklan-iklan sempena perayaan yang best. Ia ada sentuhan tersendiri yang menggambarkan kehidupan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Untuk iklan Raya 2019 ini, Petronas menampilkan kisah seorang chef bernama SoRaya yang cuba menyediakan juadah istimewa hari raya dari resepi rendang tradisi ibunya.

Pada awalnya, bila menonton video ini, saya ingatkan ibu Soraya masih lagi hidup, memberikan nasihat dan tips untuk menyediakan resepi rendang tradisi yang sedap. Tapi, bila amati .. tiada adegan Soraya bersalaman dengan ibunya ketika sampai pulang ke kampung.

Hanya paparan ibunya menasihati Soraya tentang cara nak hasilkan rendang tradisi sahaja.

Dengan ingatannya terhadap resepi tradisi yang ibunya telah perturunkan, Soraya cuba menyediakan rendang yang sama untuk dijamah oleh ayahnya di pagi raya.


Waktu ini, dah jelas yang ibu Soraya sudah tiada lagi.

Mesej yang cuba disampaikan oleh Petronas adalah .... memang sukar nak menandingi masakan juadah raya yang sedap hasil air tangan ibu. Namun, berkat tunjuk-ajar dan rasa kasih ibu, in Sha Allah ianya bukan mustahil. Itulah sebab, waktu ibu masih lagi di depan mata, belajar dan dapatkan segala ilmu masakan tradisi ini agar yang masih ada dapat merasainya.

[Dah Baca?] Shopping Raya - Beli Follow Me dapat Periuk Eagle

Video Penuh Iklan Raya Petronas Rendang SoRaya

Yang belum tonton versi penuh iklan Raya daripada Petronas ini, bolehlah menontonnya di bawah ya .. :) boleh komen apa yang patut di ruangan disediakan.



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement