Alhamdulillah, saya dah selamat terima income ketiga dari Involve Asia. Pembayaran kali ketiga ini agak memuaskan berbanding dengan bayaran-bayaran komisen sebelum ini. Untuk yang tak berapa tahu tu, program affiliate Involve Asia adalah salah satu cara nak buat bisnes tanpa modal secara online.

Saya tahu ramai yang tak berapa nak join program affiliate Involve Asia ni sebab komisen nak dapat tu agak payah, dan ia ambil masa lama sebelum boleh nampak dalam akaun affiliate kita. Tapi, kalau dapat target pada sasaran yang betul, in Sha Allah ... komisen yang dapat tu boleh juga tampung perbelanjaan bulanan yang ada.

Terima Komisen Kali -3 dari Involve Asia

Komisen Kali -3 dari Involve Asia
Saya dah bersama dengan program afiliate Invole Asia agak lama. Malah, saya telah bekerjasama dengan Involve Asia sejak mereka menggunakan nama Shop Styler lagi. Atas jemputan daripada mereka, saya mula menggunakan platform affiliate Involve Asia untuk menjana pendapatan sampingan secara online.

Alhamdulillah, baru-baru ini, saya dah terima komisen kali ketiga affiliate Involve Asia sebanyak RM234. Uhh siapa nak bagi ye tak .. hehe.
Komisen Kali -3 dari Involve Asia


Kelebihan Program Affiliate Involve Asia

Salah satu kelebihan yang ada dalam program affiliate Involve Asia ini ialah ia mempunyai banyak dan pelbagai produk untuk kita promosi bagi menjana komisen.

Saya boleh buat duit dengan jual tiket kapalterbang, jual tiket bas, jual tiket keretapi yang buat masa ini antara yang dicari oleh mereka yang nak balik ke kampung.

Saya juga boleh mempromosikan produk yang dijual di Shopee, di Lazada, 11Street, YouBeli, dan banyak lagi marketplace yang tersenarai dalam program affiliate Involve Asia ini.

Jadi, memang banyak cabang dan niche yang boleh dipilih untuk memanfaatkan program percuma ini.

Sejak diperkenalkan, dan sejak saya menggunakan platform ini, saya sudah menerima bayaran komisen sebanyak 3 kali termasuklah yang terbaru ini. Ada dua kali komisen saya terima semasa program ini dalam platform Shop Styler termasuklah beberapa post advertorial.

Bayaran terus dikreditkan ke dalam akaun bank. Boleh daftar secara percuma di link berikut - https://invol.co/clfp0o


Kekurangan Program Affiliate Involve Asia

Cuma kekurangan program affiliate Involve Asia ini ialah, ia agak lambat untuk memproses setiap transaksi yang berlaku menerusi link affiliate khusus yang disediakan.

Setiap transaksi atau komisen yang berjaya akan melalui proses validasi dan kemudian proses pembayaran (kutipan oleh pihak Involve Asia) daripada pihak merchant contohnya Lazada. Ia mungkin mengambil masa sehingga 70 hari sebelum anda boleh terima komisen yang telah disahkan.

Perkara ini memang ada dinyatakan dalam syarat dan terma Involve Asia dan juga setiap merchant yang ada dalam program ini.

Lihat contoh di bawah ini.

Program buat duit online percuma tanpa modal
Anda juga boleh rujuk terus di sini - https://help.involve.asia/hc/en-us/articles/360028387191-Validation-Period-Payment-Terms

Nasihat & Tips Untuk Join

Kalau anda nak serius jana income tanpa modal, bolehlah join program ini. Ia merupakan program percuma buat duit secara online. Komisen pula dibayar dalam pelbagai matawang, termasuklah Euro dan juga USD - berdasarkan merchant yang anda pilih.

Nasihat saya, kena konsisten dan banyak bersabar. Ini adalah harga yang perlu anda laburkan iaitu masa untuk jana income mudah dengan program affiliate seperti Involve Asia.

Salah satu tips yang sering saya beritahu untuk mereka yang nak jana income menerusi program seperti ini ialah wujudkan page atau blog khas untuk promosi produk-produk merchant yang mengambil bahagian.

Contohnya, kalau anda nak dapat komisen dari Agoda, Hotels.com, MAS, Booking.com dan sebagainya, anda buatlah blog berkaitan pelancongan atau percutian.

Okeh. Selamat mencuba ya.

Boleh daftar secara percuma di link berikut - https://invol.co/clfp0o

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya ada daftar Tuan, dans elalu dapat email campaign, cuma masih tak pandai lagi nak adjust dan guna..
    :Lepas ni nak betul-betul fahamkan dan cubalah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tak cuba tak tahu ... buat sehinggalah dapat hasil.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement