Remaja 16 Tahun Bekerja Dengan Gaji RM400K Sebulan

Jutawan Homestay
Hebat remaja ni. Dalam usia semuda 14 tahun, dia sudah bekerja dengan gaji sehingga RM40,000 sebulan! Mustahil? Zaman sekarang ni semuanya mungkin. Tak percaya? Mari baca kisah remaja berusia 16 tahun (2019) ini, dan kerja apa yang beliau buat sehingga menerima gaji sebegitu tinggi.

Rata-rata pada usia 16 tahun, remaja di Malaysia bersekolah dalam tingkatan tiga di sekolah menengah. Waktu ini, mungkin masih tercari-cari identiti dan masa depan kerana belum habis SPM lagi. Sebahagiannya hanya tahu bermain games, sweet-sweet cinta dan sebahagian aktiviti lain.

Tanmay Bakshi - Remaja 16 Tahun Kerja Dengan Gaji RM400K Sebulan

Remaja Gaji Tinggi Buat Apps
Membaca kisah Tanmay Bakshi ini mungkin boleh membuka minda kita. Dia terlampau bijak dan kepandaiannya mungkin melebihi kepandaian orang dewasa.

Angka ini mungkin buat orang terkejut tetapi tiada yang mustahil. Mungkin bagi remaja di negara ini kurang mengenali Tanmay Bakshi. Baru berusia 16 tahun tetapi gajinya 66 lakh (1 lakh bersamaan 100 ribu rupee. 100,000 rupee bersamaan RM6,033). Jika gajinya dikira dalam Ringgit Malaysia, boleh mencecah RM400,000 sebulan.

Perghh ... makan tak habis kalau saya punyai gaji sebesar ini.

Siapa Tanmay Bakshi?

Remaja Gaji Tinggi Buat Apps
Siapa Tanmay Bakshi dan kenapa gajinya begitu banyak pada usia yang cukup muda? Uhh banyak duit tu, usia belum habis SPM ni boleh ada gaji lebih tinggi dari gaji seorang Menteri di Malaysia. Memang terbaiklah.


Untuk pengetahuan, Tanmay ialah seorang pengaturcara komputer, pakar kecerdasan buatan dan kecekapan teknologi yang termuda di IBM, syarikat komputer terkenal di dunia. Jawatannya sekarang ialah Youngest IBM World Watson Programmer. Hebat bukan?

Tanmay Bakshi dilahirkan pada 16 Oktober 2003.

Kisah Kejayaan Tanmay - Bangunkan Aplikasi Sendiri Seawal Usia 5 Tahun !!

Remaja Gaji Tinggi Buat Apps
Bagaimana dia boleh begitu berjaya? Ibu bapanya berhijrah dari Delhi, India ke Brampton Kanada pada 2004 ketika usianya setahun. Bapanya Puneet Bakshi ialah seorang pengatur cara komputer dan ibunya, Sumita ialah seorang suri rumah.

Bila melihat bapanya sering berada di depan komputer, ia telah menarik minat remaja ini ingin mengetahui apa pekerjaan yang dilakukan oleh bapanya.

Dia mula membuat pengekodan pada usianya 5 tahun. Pada saat kawan-kawan sebayanya hanya menyusun lego tetapi Bakshi belajar bagaimana membina kod. Dia sering melihat bagaimana
bapanya bekerja dan dia begitu tertarik.

Remaja Gaji Tinggi Buat Apps
Pada usia itu, Bakshi sering bertanya bagaimana komputer boleh melakukan sesuatu, katanya ketika ditemuramah oleh CNBC Make It.

"Saya mahu tahu apa yang berlaku di belakang komputer dan melihat bagaimana anda boleh mengawalnya dan memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan".

Ayah Bakshi nampak rasa ingin tahu dan potensi yang ditunjukkan oleh anaknya, lalu mengajarkannya bagaimana untuk memprogram sebuah aturcara komputer (software). Bermula dari situ, remaja ini mula menggunakan internet dengan sendiri dan membaca buku mengenai pengaturcaraan.


Tanpa ada sebarang tunjuk-ajar secara profesional atau masuk ke sebarang kolej atau universiti .. Bakshi belajar sendiri kerana minat mendalam, selain mendapat support dari keluarganya untuk mempelajari berkaitan pemprograman komputer.

[Dah Baca?] Panduan Menjana Pasif Income USD Menerusi Apps Games

Malah pada satu peringkat usia, dia berjaya membangunkan beberapa aplikasi dan kod sumber. Satu pencapaian yang cukup hebat bagi seorang yang sangat muda dan tanpa kelulusan profesional mengenai komputer.

Saluran YouTube Sendiri

Remaja Gaji Tinggi Buat Apps
Pada usia tujuh tahun, Bakshi menubuhkan saluran YouTube di mana dia menyiarkan tutorial mengenai pengekodan dan pembangunan web. Dengan setiap muat naik video, dia menerima beribu-ribu soalan dari orang di seluruh dunia.
Memberi Lebih Baik Dari Menerima
Menyedari bahawa tidak ada pengetahuan mengenai pengaturcaraan dan pembelajaran mesin, dia menjadikannya misi saluran YouTube untuk membantu 100,000 anak-anak dan pemula yang bercita-cita sepanjang perjalanan pengekodan mereka. Hari ini, beliau mempunyai lebih daripada 200,000 pelanggan.

Boleh lihat YouTube beliau di sini - Tanmay Bakshi Teaches

Kejayaan Lain Bakshi

Remaja Gaji Tinggi Buat Apps
Antara aplikasi pertama yang diciptanya ialah tTables yang membantu dalam mempermudah dan pembelajaran sifir darab (5).
  • Dia menamatkan aplikasi iOS pertama dalam App Store ketika usianya 9 tahun.
  • Pada usianya 11 tahun, dia memuat naik sebuah video di Youtube berkaitan ilmu kecerdasan buatan.
  • Pada usianya 13 tahun, dia mula bekerja dengan perisikan Artificial.
  • Pada usianya 14 tahun ini, dia telah menerbitkan sebuah buku, menganjurkan TEDx Talk dan bercakap pada sidang kemuncak IBM Watson di seluruh dunia termasuk Finland, New Zealand, Denmark dan Australia.
  • Bina aplikasi Watson dalam masa seminggu dinamakan "Tanya Tanmay".


IBM Tawar Kerja

Tidak lama selepas Bakshi membina aplikasi Watson pertamanya, remaja ini terjumpa satu servis penukaran format dokumen yang disediakan oleh syarikat gergasi pengkomputeran, IBM. Ketika itu, perisian yang dibangunkan oleh IBM ini dalam peringat atau fasa Alfa.

Fungsi atau objektif utama perisian tersebut adalah untuk menukar dokumen dari satu format, seperti PDF, ke format lain seperti HTML.


Dalam tempoh beberapa minit bermain dengan perisian tersebut, Bakshi menemui satu kelemahan pada perisian tersebut (pepijat). Hasil penemuan tersebut, ia disiarkan di laman web pengaturcaraan dan Twitter peribadinya.

Ini membuatkan golongan bijak pandai di IBM tertarik dengan kebolehannya dan terus menghubunginya. Dari beberapa kerjasama, remaja ini akhirnya ditawarkan bekerja di IBM.

Remaja Gaji Tinggi Buat Apps
Sejak itu, gergasi teknologi itu telah menawarkan Tanmay Bakshi banyak peluang bercakap dalam persidangan yang dihoskan oleh syarikat tersebut. Pada satu persidangan, Bakshi menjadi penceramah utama di hadapan 25,000 orang, dan di Persidangan IBM di Bengal, India, dia bercakap di depan 10,000 orang.

[Ads] Rahsia Bagaimana Nak Buat Duit USD dengan Apps Games Sendiri

Mencontohi Tanmay Bakshi

Hebat kejayaan remaja bernama Tanmay Bakshi ini. Ia bukan soal gaji RM400K sebulan, tetapi bagaimana minatnya terhadap komputer telah membuatkan remaja ini meneroka ilmu berkaitan untuk belajar dan mengetahui - seawal usia 5 tahun !!

Kemudian menerusi ilmu yang diperoleh secara tidak formal itu, beliau cipta perisian sendiri di platform Apple App Store. Kemudian, ada laman YouTube untuk sebarkan dan kongsi pengetahuannya (walaupun masih belajar) berkaitan pengaturcaraan.


Lihatlah, komputer sebenarnya banyak manfaat, bukan hanya pandai bermain Mobile Lagends atau PUBG sahaja. Jika Tanmay berusia 15 tahun mampu memanfaatkan usianya dengan perkara bermanfaat menerusi komputer, mengapa tidak anda dan saya? Atau remaja di Malaysia?


Saya harap kisah ini menjadi inspirasi buat kita agar sentiasa mencari ilmu.

Post a Comment

0 Comments