Iklan Hari Raya kembali lagi. Kali ini, saya mulakan edisi iklan Raya 2019 dengan iklan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB). Iklan Raya 2019 dari TNB sudah pun dimuatnaik ke laman rasmi YouTube TNB dua hari yang lalu (22 Mei).

Sejak ia mula dimuat-naik, iklan Raya TNB 2019 bertajuk Konvoi Epik Fantastik sudah mencapai lebih setengah juta views di YouTube dalam masa 2 hari. Memang awesome la iklan raya dari TNB.

Iklan Raya 2019 TNB - Konvoi Epik Fantastik

Video Viral - Iklan Raya 2019 Daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Iklan Raya Aidilfitri 2019 daripada TNB menampilkan kisah sebuah keluarga besar berhari-raya ke rumah sanak-saudara yang jauh. Mereka memilih untuk berkonvoi pusing satu Malaysia, malah jalan-jalan berhari raya melepasi sempadan hingga ke negara Thailand.

Ia satu iklan Hari Raya yang memang epik. Jika anda belum tonton, baik anda tonton sebab ia pastinya akan mengembalikan kenangan berhari raya.

[Pernah Tonton?] 30 Iklan Hari Raya 2018 Pilihan Terbaik

Dalam iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 daripada TNB ini, ada beberapa dialog iklan yang memang biasa kita ucapkan semasa hari raya ...

1. Mama : (nada marah ke anak2 buat bising dalam kereta) Hey! Nak mama panggil polis ke?
2. Nabilah: Dah start jejak kasih….
3. Tuk Wan: Ni anak sape nih? …(masa bersalam)


Aha .. biasa dengar dialog-dialog ni masa raya kan? Lebih-lebih lagi bila dapat berkumpul dan bertemu dengan sanak-saudara yang jauh, yang memang jarang bertemu serta berjumpa.

Ok.

Buat anda yang belum saksikan video iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 daripada TNB ini, boleh tonton di bawah ini.

Video Iklan Aidilfitri 2019 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB)




Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement