Panduan Exam Pegawai Tadbir N41 Perak

Jutawan Homestay
Dengarnya pihak Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan satu peperiksaan bertulis untuk jawatan Pegawai Tadbir N41 yang dijadualkan pada 4 Mei 2019. Peperiksaan atau exam jawatan Pegawai Tadbir N41 ini akan berlangsung di Dewan Sekolah Izzudin Shah, Ipoh.

Buat pertama kalinya, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) negeri Perak akan memanggil calon menghadiri peperiksaan secara offline bagi jawatan Pegawai Tadbir N41. Sebelum ini, dalam format baharu exam kemasukan kerja kerajaan, SPA akan panggil calon untuk peperiksaan online.

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Ambilan Negeri Perak

Rujukan dan Panduan Pegawai Tadbir N41 Ambilan Negeri Perak
Untuk panduan exam para calon Pegawai Tadbir N41 Perak, format peperiksaan kali ini agak berbeza dengan format peperiksaan N41 sebelum ini.

Format Peperiksaan N41 Perak

Rujukan dan panduan peperiksaan N41 Perak
Difahamkan bagi sesi peperiksaan Pegawai Tadbir N41 yang bakal diadakan pada 4 Mei 2019 ini, format peperiksaan akan terbahagi kepada tiga (3) seksyen. Seksyen tersebut adalah:

  • Seksyen A - Pengetahuan Am
  • Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris

Peperiksaan tersebut akan bermula jam 9:00 pagi sehingga jam 12:00 tengahari. Ini bermakna, peperiksaan offline untuk jawatan Pegawai Tadbir N41 Negeri Perak akan mengambil masa selama 3 jam!

Aha... bila kali terakhir anda mengambil peperiksaan bertulis yang tempohnya selama 3 jam? Anda boleh expected tak apa yang bakal ditanya di dalam peperiksaan ini nanti? Boleh agak apa bentuk dan jenis soalan peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir N41? Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri Perak?


Jika anda calon 'luar' .. yang mungkin tak berapa tahu mengenai sejarah dan bidang pentadbiran negeri Perak ini, maka wajib anda buat ulangkaji dan cari panduan yang boleh membantu anda kelak. Kena ingat, persaingan untuk kekosongan pegawai tadbir memang luarbiasa .... walaupun pada peringkat negeri.

Exam N41 - Fasa Pertama Singkirkan Calon Pegawai Tadbir

Peperiksaan offline ini merupakan fasa pertama pihak SPA Kerajaan Negeri Perak untuk menapis calon. Al maklumlah, jumlah kekosongan untuk jawatan Pegawai Tadbir gred N41 bagi ambilan negeri Perak adalah kecil. Jadi, sebagai calon yang dipilih untuk hadiri peperiksaan ini, anda perlu lakukan persediaan rapi.

Ramai yang mahukan jawatan ini. Jawatan Pegawai Tadbir N41 ada potensi dalam perkembangan kerjaya yang lebih baik dalam Pentadbiran Awam, baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan.

Tugas Pegawai Tadbir Negeri N41

Jawatan Pegawai Tadbir Negeri agak berbeza dengan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Pun begitu, matlamat dan bidang tugasnya adalah lebih kurang sama. Berikut adalah bidang tugas bagi jawatan Pegawai Tadbir N41 Negeri:

  • Merancang dan melaksana dasar-dasar kerajaan.
  • Merancang , melaksana dan memantau event2 yang dibuat contohnya Hari Inovasi.
  • Merancang, melaksana dan memantau lawatan-lawatan orang kenamaan.
  • Membuat belanjawan tahunan.
  • Menguruskan sumber manusia di bawah tanggungjawabnya.
  • Menguruskan peralatan dan infrastruktur jabatan.
  • Menguruskan sistem ICT dan teknologi maklumat.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa-semasa. 

Ada banyak lagi bidang tugas seorang Pegawai Tadbir Negeri ni ...

Maka, calon kena rajin buat research berkaitan tugas dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir N41 Negeri. Dalam hal ini, tugas pentadbiran yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri Perak.

Anda perlu risau tentang persediaan untuk hadapi peperiksaan offline ini. Tak boleh sambil lewa dan ambil mudah walaupun anda yakin dan percaya, anda adalah anak jati negeri Perak.

Kepetahan anda bercakap dalam loghat negeri Perak tak menjamin anda mendapat jawatan Pegawai Tadbir .. huhuhu.


Rujukan & Panduan Khas Exam Pegawai Tadbir N41

Lihat kembali seksyen-seksyen peperiksaan ini (di atas). Ada bahagian Kefahaman Bahasa Inggeris. Bahagian C ini memang wajar anda rasa risau. Apatah lagi dengan seksyen B, yang biasanya akan menjerat para calon dalam memberikan jawapan yang tepat.

Anda nampak tak bagaimana persediaan rapi penting bagi membolehkan anda lulus dalam peperiksaan atau exam Pegawai Tadbir N41 Perak ini?

Jika mahu dapatkan panduan, beserta contoh-contoh soalan (dengan jawapan) selain beberapa tips rujukan untuk anda berkaitan Kerajaan Negeri Perak, boleh gunakan rujukan di bawah ini:

[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/n41perak/2624

Anda boleh mendapatkan panduan serta rujukan ini secara online. Sebaik sahaja tempahan anda disahkan, anda akan terus diberikan akses kepada panduan ini yang dihantar terus ke email anda. Jimat masa dan tenaga untuk mencari. Segalanya sudah disediakan untuk anda bagi membuat persediaan.

Zaman sekarang dah senang. Anda cuma perlu berusaha. Andai anda serius nak lulus dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri ini, pastikan anda ada panduan dan rujukan yang sempurna, terutama dari sumber yang diyakini.


Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.