3 Tips Selesaikan & Bebaskan Diri Dari Hutang Riba

Dalam mencari ketenangan hidup, perkara paling penting ialah memastikan sumber rezeki kita adalah dari yang halal. Elakkan diri dari terbabit dari perkara seperti berhutang, lebih-lebih lagi jenis hutang yang mengamalkan riba. Islam sangat melarang penganutnya dari berhutang cara riba ini.

Alhamdulillah, zaman sekarang dah ada cara untuk elakkan diri dari terbabit dengan hutang riba. Jenis-jenis pinjaman seperti pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman beli peralatan rumah, perabot dan sebagainya kini sudah ada jenis yang bebas riba.

3 Tips Untuk Selesaikan dan Bebas Hutang Riba

Tips Selesaikan Hutang Riba
Anda mungkin dihimpit hutang riba'. Hidup anda jadi tak tentu arah kerana hutang ini. Ia membuatkan kehidupan rasa terhimpit. Gaji yang ada, rasa tak mencukupi sahaja walaupun hutang dibayar setiap bulan.

Inilah bahana hutang riba ini. Dalam diam, ia membebankan kita tanpa sedar. Dalam diam, ia menjauhkan kebaikan dan rahmat Allah S.W.T. Bila dah terlewat, kita tak mampu nak membayar dan menanggungnya.

Tips Selesaikan Hutang Riba
Bagaimana solusi terbaik untuk menyelesaikan hutang riba?

Bertaubat Dari Riba

Ini langkah pertama sebelum langkah lainnya. Taubat yang sungguh-sungguh adalah bertekad tidak ingin meminjam wang dengan cara riba lagi. Lakukan. Jangan fikir. Jika langkah pertama ini tidak mampu anda buat, maka langkah-langkah seterusnya pasti sukar.

Allah S.W.T memerintahkan untuk melakukan taubat yang tulus,

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang sebenar-sebenarnya).” (At Tahrim: 8)

Buat solat sunat taubat, berdoa dan mohonlah jalan petunjuk daripada Allah. Bila taubat kita ikhlas, benar dibuat, in Sha Allah .. anda akan nampak jalan penyelesaian untuk langsaikan hutang riba.

Perbanyak Istighfar

Terdapat sebuah atsar dari Al-Hasan Al-Bashri رَحِمَهُ اللهُ yang menunjukkan bagaimana faedah istighfar yang sangat luar biasa.

“Sesungguhnya seseorang pernah mengadukan kepada Al-Hasan tentang musim kelaparan yang terjadi. Lalu Al-Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kemiskinannya. Lalu Al-Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kemarau pada kebunnya. Lalu Al-Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau kerana sampai waktu itu belum memiliki anak. Lalu Al-Hasan menasehatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”. Kemudian setelah itu Al-Hasan Al-Bashri membacakan surah Nuh, yang bermaksud:

“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12). (Riwayat ini disebutkan oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Fath Al-Bari, 11: 98)

Jadi, istighfar adalah pembuka pintu rezeki dan pembuka jalan agar terlepas dari hutang yang membebankan.

Lebih Giat Untuk Bekerja

Cara nak bebaskan diri dari hutang riba
Dengan makin giat bekerja dan terus memperhatikan nafkah keluarga, maka Allah akan memberikan ganti dan memberikan jalan keluar. Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda (yang bermaksud):

“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfaq (rajin memberi nafkah pada keluarga).” Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebangkrupan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari, no. 1442 dan Muslim, no. 1010)

Mudah-mudahan kita semua terhindar dari riba. Aamiin.

Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com