Ada berita baik untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, khususnya untuk pelajar-pelajar SPM dan STPM. Pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) and STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) yang telah menerima keputusan peperiksaan mereka kini dijemput memohon kepada Dana Pendidikan Elena Cooke untuk bantuan kewangan.

Untuk info, Dana Pendidikan Elena Cooke, diuruskan oleh BBGS Alumni Berhad (BAB), sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh bekas pelajar Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS).

Dana Pendidikan Elena Cooke Dibuka Untuk Pelajar SPM/STPM Bagi Permohonan Biasiswa

Dana Pendidikan Elena Cooke untuk lepasan SPM dan STPM 2018-2019
Setakat ini, BAB terus bekerjasama dengan institusi bereputasi seperti Kolej Sunway, Universiti Sunway, Kolej Universiti First City (dahulunya dikenali sebagai Kolej Antarabangsa KBU) dan Kolej
Universiti KDU untuk menyediakan biasiswa kepada rakyat Malaysia muda yang layak tetapi
kurang bernasib baik bagi membolehkan mereka melanjutkan pendidikan tinggi.

Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang memohon kepada institusi pendidikan tinggi
tempatan yang lain juga layak untuk memohon biasiswa, asalkan mereka memenuhi kriteria
minimum, termasuk berumur kurang daripada 23 tahun pada 31hb Disember 2018 serta
mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM42,000 setahun.

Kriteria Permohonan Am


  • Terbuka kepada pelajar rakyat Malaysia SPM/STPM
  • Berumur kurang 23 tahun pada 31 Disember 2018
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM42,000 setahun


Semenjak 2012, Dana Pendidikan Elena Cooke telah memberi sejumlah 38 biasiswa. Penerima biasiswa yang pertama telah berjaya menamatkan kursus Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dan kini bekerja sebagai guru di tadika di Sabah, negeri asalnya.

Sejarah Bukit Bintang Girls School dan Dana Pendidikan Elena Cooke

Bangunan sekolah asal Bukit Bintang Girls School
BBGS, iaitu salah sebuah sekolah yang terkenal dan dihormati di Kuala Lumpur, dahulunya berada di Jalan Bukit Bintang, sehingga tahun 2000 apabila ia ditutup dan kemudian dirobohkan untuk pembinaan pusat beli-belah mega.

Dana Pendidikan Elena Cooke, yang ditubuhkan sebagai kenangan terhadap Guru Besar BBGS yang telah berkhidmat paling lama, mendiang Cik Elena Maud Cooke, menekankan kepentingan memberi bantuan kepada anak-anak muda yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan kewangan untuk memberikan kuasa kepada mereka untuk kehidupan.

Dana tersebut sedar bahawa bagi pelajar-pelajar miskin yang tidak bernasib baik seperti mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan tinggi, pendidikan merupakan faktor utama yang boleh membawa mereka keluar daripada kitaran kemiskinan.

Oleh itu, keperluan kewangan adalah antara senarai kriteria tinggi yang dipertimbangkan, termasuk pencapaian akademik, aktiviti ko-kurikulum dan perwatakan.
Penerima biasiswa daripada Dana Pendidikan Elena Cooke


Dana tersebut terutamanya berminat membantu anak-anak muda yang merupakan anak yatim piatu ataupun daripada keluarga ibu atau bapa tunggal atau bagi mereka yang tinggal di rumah kanak-kanak.

Untuk pengetahuan, dua orang penerima biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke beberapa tahun dulu merupakan daripada rumah kanak-kanak.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke 2019 akan dibuka pada 4hb Mac 2019 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 3hb April 2019.

Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman www.bbgs.com.my.


Derma Daripada Pihak Korporat dan Indovidu

Derma kepada Dana Pendidkan Elena Cooke daripada penderma korporat dan individu adalah amat dialu-alukan.

Penderma boleh menulis cek atau melakukan pemindahan antara bank ke akaun bank BBGS Alumni Berhad (Maybank Akaun No: 5141 2316 6380).

Penderma harus memaklumkan transaksi kepada BAB melalui bbgs.elena@gmail.com bagi
pengeluaran resit.

Kongsikan info berkaitan dana pendidikan ini ke mana-mana platform media sosial anda, ini mungkin cara paling mudah untuk membantu orang lain yang memerlukan terutama golongan pelajar lepasan SPM atau STPM yang memerlukan bantuan kewangan untuk pendidikan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement