Sedap Ke Serunding Strawberry dan Jem Cik Merah?

Tahun lepas, saya dan keluarga ada bercuti ke Cameron Highlands, Pahang. Seperti biasa, kami akan mencari penginapan harga murah menerusi Traveloka dan juga Agoda. Memang ada dapat dua bilik hotel yang lokasinya di pinggir pekan Brinchang. Hotelnya selesa berkadaran dengan harga. Alhamdulillah.

Saya bukan nak cerita sangat pasal percutian di Cameron Highlands ni, lagipun dah ada beberapa cerita yang saya kongsikan sebelum ini. Alah ... ramai dah pergi Cameron, mesti dah tahu banyak lokasi dan tempat menarik di kawasan peranginan ni kan?

Cik Merah Strawberi Jem dan Serunding Strawberi Cameron Highlands

Cik Merah Strawberi Serunding dan Jem
Bila ke Cameron Highlands, kalau nak makan .. saya tak perlu susah payah sebab memang dah ada lokasi tempat makan yang pada saya dan keluarga agak best. Dulunya kami selalu makan tengahari lauk-pauk hidangan kampung di Restoran Abang Strawberi di Tanah Rata.... tetapi ...

Restoran Taman Apple Cameron

Tetapi restoran tu dah tukar nama menjadi Restoran TAC iaitu Restoran Taman Apple Cameron.
Restoran Taman Apple Cameron


Dan sedihnya ialah, dah tak ada makanan hidangan lauk-pauk tengahari yang disediakan secara 'bufet' tetapi lebih kepada menu masakan ala-carte.

Dalam rasa kecewa tu, saya discover sesuatu .. aha, sesuatu yang sebelum ini saya tak pernah tahu dan tak pernah rasa, tetapi disebabkan kami sekeluarga makan tengahari di Restoran TAC ini, alhamdulillah, kami dah merasa Cik Merah Serunding Strawberi.

Unik.

Cik Merah Serunding Strawberi

Saya rasa .. ramai kot tak pernah merasa lagi serunding dari Strawberi ini.

Serunding biasanya dari daging lembu, daging ayam, ikan bilis, dan ikan tongkol, betul tak? Hampir sangat mustahil nak jumpa serunding dari bahan lain, terutamanya dari tumbuhan atau buah-buahan ni.

Saya dan isteri, anak-anak dah merasa menu istimewa ini yang ada di Restoran TAC iaitu Serunding Strawberi ini, persoalannya ..  sedap ke?

Rasa Serunding Strawberi Cik Merah

Nak tahu apa rasa Serunding Strawberi ini dari segi perkataan, ayat dan semantik?

Sedap buat meraka yang menyukai rasa masam-masam manis buah strawberi yang diperam atau dengan kata lain jeruk strawberi. Ia macam makan acar buah yang dicarik dalam bentuk kering. Boleh gambarkan tak?

Ia akan jadi lebih kick kalau anda tambah sambal (tanpa belacan) pada serunding ini atau dengan kata lain membuatkan ia lebih pedas dari apa yang ada.

[Dah Baca?] Percutian Sekeluarga ke Cameron Highlands Sebelum Cuti Sekolah 2018
Serunding dan Jem Strawberi Cik Merah di Restoran Taman Apple Cameron
Serunding ini memang mudah nak didapati di Cameron Highlands, lebih-lebih lagi di sekitar kedai Tanah Rata dan Brinchang. Paling mudah, ianya ada dijual dalam paket kecil di Restoran TAC.

Cik Merah Terkenal Dengan Jem Strawberi Merah Menyala

Oh ya, ia di bawah jenama Cik Merah, yang sebelum ini pernah viral dan terkenal dengan jem Strawberi yang merah menyala .. huhu. Jadi, kalau nak cari serunding ini, cari Cik Merah Serunding Strawberi kerana ia memang original dari tanah tinggi Cameron.
Jem Strawberi Cik Merah
Jenama Cik Merah
Secara amnya, anda boleh agak bagaimana rasa kesedapan yang ada pada Serunding Strawberi Cik Merah dari Cameron Highlands ini. Nak betul-betul merasa, anda bolehlah cari dan rasai dengan lidah sendiri.

Harga Murah Cik Merah di Cameron Highlands

Mahu dapatkan yang original, boleh dapatkan di Cameron Highlands dengan harga menarik. Dan jangan lupa singgah makan di Restoran TAC Cameron Highlands sebab saya boleh katakan, ia tempat makan pagi, tengahari dan juga makan malam yang best kalau bercuti di Cameron Highlands.
Restoran Taman Apple Cameron


Post a Comment

5 Comments

  1. Kalau jem tu biasalah, kalau serunding tu macam lain beno pulak, lagi pulak rasa strawberi...
    Sedap ke tak yer ...nak cari, jauh beno pulak nak ke cameron heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try cari di FB .. ada yang jual ni. Jenama ni ..

      Delete
  2. mak ai, strawberry pun ada serunding haha. bole hadam ke x ek >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Try GOOGLE .. ada pernah keluar surat khabar pasal serunding ni.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com