Lama tak join segmen blogger lain. Hari ini saya rasa nak join satu segmen - TGLB Blog List Jan-Jun 2019, kiranya nak support rakan blogger ni yang baharu sahaja kembali memeriahkan dunia blog Malaysia setelah agak lama menyepi.

Lagipun, agak jarang saya nak jumpa blog berbahasa Inggeris ditulis oleh blogger berbangsa Melayu ni. Jadi, saya ambil keputusan nak join, dan in Sha Allah mudah-mudahan dapat masuk dalam bloglist yang disediakan.

Segmen - TGLB Blog List Jan-Jun 2019

Arahan nak join segmen pun tak susah mana. Seperti biasalah, sebagai support kenalah ikut apa yang dikehendaki bagi segmen ini.

Nak Join Segem Ni Tak?

Jika anda nak join, boleh join terus menerusi link ini - TGLB Blog List Jan-Jun 2019

Lepas tu, buatlah post baharu macam saya buat ni .. dan jangan lupa letak banner segmen dan link kembali kepada blog rakan blogger tu. Simple je. Tak sampai 5 minit dah boleh sediakan satu post baharu.

Segmen ni terhad ye. Jadi kena jadi terawal untuk join agar dapat masuk dalam bloglist yang bakal disediakan nanti.

Aha .. bloglist ni bagus sebab boleh dapat backlink untuk tujuan SEO (Search Engine Optimization). Siapa yang tak tahu pasal SEO ni, elok belajar dan gunakan ilmu SEO ini supaya blog anda boleh dapat trafik yang banyak dari enjin carian terutama sekali dari Google.


Tak perlu nak jadi pakar SEO atau SEO Specialist pun, dengan ilmu asas SEO pun, in Sha Allah .. boleh dapat tempias trafik yang tinggi dari keyword carian orang di internet. Yang penting kena praktik.

Oh ya, buat rakan-rakan blogger baharu yang tak kenal lagi siapa saya, leh baca mengenainya di SINI.

Dan bolehlah follow blog ini sekali selain join group Kelab Blogger Merdeka di FB ya.

Kalau nak support Fanpage blog ini pun dipersilakan, boleh terus ke sini - https://facebook.com/hasrulhassancom

Okeh.

Buat semua, selamat bersegmen dan meh sama-sama support rakan blogger yang lain ya.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement