Pernah dengar kan pasal aplikasi Boost ini? Saya pernah ceritakan sebelum ini, di mana sistem ini juga adalah cara selamat untuk beramal dan bersedekah. Anda boleh baca mengenainya di sini - Masjid Al-Falah USJ 9, Masjid Pertama Guna Boost Untuk Kempen SyuQR RHB
10 Pilihan Tempat Makan Terbaik di Ipoh
Apabila bercakap mengenai hidangan tempatan popular dalam negara ini, Ipoh kini menjadi salah satu destinasi pilihan samada dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing. Daripada nasi ayam, hor fun dan taugeh yang terkenal, bandaraya Ipoh kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai kulinari tradisional, hidangan ikonik dan tempat makanan yang tersembunyi.Nikmati pengalaman merasai hidangan di Ipoh di 10 tempat-tempat pilihan Halal terbaik menggunakan pembayaran tanpa tunai yang mudah dan selamat menggunakan aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost dengan pulangan tunai daripada “Shake Rewards” selepas membuat pembayaran untuk setiap hidangan.
1. Miker Padang Ipoh
Sebuah kafe hipster yang terletak di Padang Ipoh, Miker terkenal dengan hidangan Tom Yum dalam Kelapa dan piza-piza unik seperti Crazy Cheese, Crazy Meat dan Ultimate Kampung yang mempunyai cili padi dan ikan bilis. Pilihan masakan Barat seperti Lamb Chop dan ayam keju dipanggang juga disukai ramai.Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: Selasa - Sabtu, bermula dari 5:00 petang hingga 12:00 tengah malam.
Ditutup pada hari Isnin
2. Char Kuey Teow Abang Sayang
Char Kuey Teow yang dihidang di Abang Sayang bukan sekadar Char Kuey Teow biasa. Kuey teow di sini dimasak dengan kuah istimewa "Abang Sayang" serta udang besar. Sekali rasa, anda tidak lagi akan makan char kue teow biasa. Mereka turut menawarkan hidangan lain termasuk Nasi Ayam, Bihun Sup dan juga Sate.Alamat: No. 25, Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru Bestari
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, bermula dari 4:00 petang hingga 1:00 pagi.
3. Restoran Warteg Ipoh
Terletak di dalam salah satu bangunan tertua di Ipoh, warung moden ini menawarkan kaki makan pelbagai pilihan hidangan yang diinspirasikan oleh rasa masakan Jawa. Hidangan yang wajib dicuba adalah Ketam Raja dan Lobster dimasak gaya Jawa ala shellout. Selain makanan laut segar, cubalah Nasi Uduk dan kacang pol versi Warteg.Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 4:00 petang hingga 1:00 pagi, ditutup pada hari Isnin.
4. Restoran Nasi Vanggey
Nasi Vanggey menjadi ikon makanan di Ipoh sejak tahun 1955. Dihidangkan dengan nasi putih dan ayam goreng bersama-sama pilihan hidangan sampingan lain yang mengiurkan serta ditambah kuah signature – ini adalah kombinasi terbaik. Walaupun terdapat cawangan di KL, kami masih cadangkan anda mencubanya di Ipoh, tempat asalnya.Alamat: 5-A Lebuh 1, Pusat Perniagaan Greentown
Waktu Perniagaan: Dibuka 24 jam, 7 hari seminggu
5. Canning Dim Sum
Pilihan popular untuk sarapan pagi dan tengah hari, Restoran Dim Sum Halal ini menyediakan dim sum yang amat lazat dan mempunyai 50 pilihan untuk dinikmati oleh para pengunjung. Salah satu hidangan paling popular ialah Lau Sa Pau dengan 5 rasa enak – telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh
Waktu perniagaan: 6:30 pagi hingga 2:00 petang. Ditutup pada hari Rabu
6. Labu Sayong Café
Kafe menawan ini menyajikan masakan asli dan tradisional Melayu Perak termasuk hidangan seperti Ikan Purba Kala Sayong dan Rusuk Kambing Tongkat Ali. Jika anda mencari tempat untuk memuaskan citarasa masakan Melayu tradisional, Labu Sayong Café adalah tempat untuk dikunjungi.Alamat: F2, Kompleks Silveritage Galleria, Medan Gopeng, 31350 Ipoh
Waktu Perniagaan: Hari bekerja: 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Hujung Minggu dan hari sebelum Cuti Umum: 10:00 pagi hingga 11:00 malam.
7. Assam House
Memenangi hati penduduk tempatan lebih dari 26 tahun, Assam House adalah salah satu restoran Nyonya paling popular di Ipoh. Sajian istimewa mereka yang wajib dicuba ialah Kari Kepala Ikan dan Nyonya Lucky Platter.Alamat: 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia.
Waktu perniagaan: 11:30 pagi hingga 3:00 petang / 6:00 petang hingga 10:00 malam.
8. Rojak dan Cendol Padang Ipoh
Untuk mereka yang menggemari rojak dan cendol, ada yang mengatakan tempat ini adalah pilihan terbaik di bandaraya Ipoh. Kaki makan pasti akan memesan Cendol Durian beserta pulut yang popular, dinikmati bersama Rojak Pasembor, Mi Rebus atau Mi Goreng. Ia pasti akan membawa satu kenangan makan-makan yang takkan dilupakan.Alamat: No. 17, Jalan Tun Sambanthan 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: 10:00 pagi hingga 8:00 malam.
9. Zul Yahya Steamboat
Penggemar stimbot wajib ke restoran ini bagi menikmati stimbot dan BBQ gaya bufet. Restoran Zul Yahya Steamboat merupakan syurga pemggemar makanan stimbot kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan sama ada dibuat BBQ atau dimasak dalam sup istimewa mereka.Alamat: No.1, 1b, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
10. Restoran Fuziah
Restoran Fuziah Nasi Ayam atau lebih dikenali sebagai Nasi Ayam Pasar Bulat digemari penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi. Ia sememangnya tempat makan terbaik di Ipoh. Hidangan popular, Nasi Ayam di restoran ini adalah berasaskan nasi beras wangi dimasak dengan minyak lemak ayam. Ditambah keenakkannya beserta ayam panggang digoreng garing bersama campuran sos soya yang sedikit manis namun sedap dijamah memang amat dinikmati oleh penduduk Ipoh.Alamat: 78, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: 11:30 pagi hingga 10:30 malam.
Nah .. itu dia 10 tempat makan pilihan yang terbaik serta popular di Ipoh. Jika anda ke Ipoh tak kiralah atas urusan kerja atau sebagai destinasi percutian, pastikan anda merasai pengalaman menikmati hidangan lazat dan sedap dari 10 tempat makan ini.
Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store atau App Store hari ini dan nikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan ganjaran segera berbentuk pulangan tunai.
Memang best jalan-jalan kalau tempat makan menarik banyak.. Yeah!
ReplyDeleteWaaaa terima kasih Tuan, boleh jadikan panduan nnti kalau Saya bercuti ke sana ..
ReplyDeleteAda yang dah pergi .. ada yang baru tahu ni .. :)
DeleteSedapnya..insyaallah saya akan sampai jugak kw Ipoh..jalan-jalan cari makan..
ReplyDeletetenkiu post pasal lokasi makanan ni.. senang kami nak terjah pow resepi nanti ;)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.