Cara Borong Tudung Murah dari China, Jual Harga Tinggi?

Tahukah anda, bagaimana owner-owner tudung buat duit sehingga ada yang jadi kaya-raya malah menjadi jutawan? Salah satu rahsia mereka ialah mendapatkan tudung daripada negara China dan juga Vietnam. Mereka beli secara borong dan kemudian tambah aksesori sedikit sebelum letakkan jenama sendiri dan dijual pula kepada peminat-peminat tudung.

Bukan setakat owner jenama tudung terkenal yang buat cara ini, tudung-tudung yang dijual di pasaraya dan mall besar pun ada yang import tudung-tudung ini dari sana. Tudung di sana dijual dengan harga borong yang murah, samada yang ada corak mahupun kosong.

Cara Nak Borong Tudung Murah dari China, Dan Jual Mahal Guna Jenama Sendiri

Cara Nak Borong Tudung Murah dari China, Dan Jual Mahal Guna Jenama Sendiri

Kena pergi China atau Vietnam cari tudung murah? Tak perlu!

Dengan teknologi sekarang, anda tidak perlu pergi ke China atau Vietnam untuk memborong tudung-tudung yang cantik dan menawan. Anda boleh sahaja borong tudung-tudung ini dengan harga murah secara online.

Dua Laman Web Untuk Borong Tudung dari China

Ada dua laman web cukup popular yang boleh anda borong tudung secara online dari negara China, iaitu TaoBao dan juga 1688.
Laman Web Untuk Borong Tudung dari China
Laman Web Untuk Borong Tudung dari China


Ada banyak jenis, corak, warna dan fabrik tudung boleh anda pilih dari pelbagai seller di dua laman web ini.

Bayangkan, anda boleh borong tudung kosong serendah RM5-RM10 sehelai, kemudian dijahit dengan label anda, letakkan sedikit labuci dan lace/corak .. anda boleh jual sehingga RM50-RM80 sehelai. Kalau anda jual dengan harga RM25-RM30 sehelai pun masih boleh untung besar.

Perghh .. profit margin memang cukup tinggi. Jadi, jangan terkejut sangat bagaimana ramai jual tudung boleh kaya-raya walaupun ada banyak persaingan.


Kalau anda baru nak mula berniaga tudung, mungkin inilah teknik pertama harus anda tahu - memborong tudung murah dari China secara online.

[Dah Baca?] 5 Alasan Kenapa Anda Harus Buat Bisnes Tudung

Jika anda selama ini mengambil stok tudung dari pemilik tudung terkenal atau melakukan bisnes dropship, apakata kali ini anda belajar bagaimana nak mendapatkan stok tudung anda secara terus dari negara China, dan buat jenama anda sendiri!

Anda akan dapat jana lebih keuntungan malah cipta jenama tudung anda sendiri. Dari promosi tudung jenama orang lain, kenapa tidak promosikan jenama tudung anda sendiri, ye tak?

Nak belajar cara nak borong secara online dari China tak?

Gunakan dua panduan ini (klik untuk info lanjut):


Panduan-panduan ini disediakan oleh seorang usahawan online berbangsa Cina bernama Nigel Ong. Beliau kongsikan teknik dan cara bagaimana anda boleh memborong secara online direct dari China.

Jangan risau. Walaupun dua laman tersebut, Taobao dan 1688 dalam bahasa Cina, panduan ini akan tunjukkan kepada anda dalam bahasa Melayu bagaimana nak gunakan segala tools yang ada di laman web tersebut untuk borong tudung anda.

Ia ditunjukkan secara step-by-step dalam gambarajah yang mudah faham.

In Sha Allah, dengan ilmu dari Rahsia Taobao dan Rahsia 1688, anda akan dapat memborong tudung dari China, bina jenama sendiri dan hebatnya menjana keuntungan setinggi 1000% (ikut suka anda).

[Dah Baca?] Cara Nak Mulakan Bisnes Tudung Sendiri

Ramai yang dah gunakan cara ini, jangan biar diri anda ketinggalan.

Tips Nak Jual Jenama Tudung Sendiri

Ikut langkah ini ...

  1. Borong tudung murah secara online dari China
  2. Upah tukang jahit untuk tambah labuci/corak, lace, lining pada tudung
  3. Letak jenama anda
  4. Jual di Shopee dengan kos penghantaran percuma
  5. Upah blogger untuk tulis pasal jenama tudung anda samada di blog, fb, instagram (3 in one marketing) - ini opsyen sahaja.


Ini cara paling simple untuk laku keras produk tudung anda.

Copywritting template

Post a Comment

5 Comments

  1. Bagus untuk panduan yang ingin menjadi usahawan. Tips sangat berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Bendanya simle, cuma nak dengan tak nak buat je. Biasalah, ramai akan bagi alasan MALAS. Bila MALAS memang tak boleh nak pergi mana lah .. hanya mampu tgk org lain berjaya.

      Delete
  2. Bagusnya, tapi tak minat pula jual tudung beli tudung suka

    ReplyDelete
  3. Adalah dimaklumkan bahawa Ahmad Fariz Bin Abdullah bukan lagi kakitangan D'Aura Group Sdn. Bhd. dan tidak boleh melakukan apa-apa urusan bagi pihak syarikat.

    Sebarang pertanyaan, hubungi +6016 666 4766

    Terima Kasih.



    Please be informed that Ahmad Fariz Bin Abdullah is no longer a staff of D'Aura Group Sdn. Bhd. and is not allowed to do any business under the name of the company.

    Any enquiries, please contact +6016-666 4766

    Thank You.

    ReplyDelete
  4. kena rebut peluang ni. thanks for info

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com