Bangga & Syukur Punyai Anak Cemerlang

Ibu bapa mana yang tak rasa bangga apabila anak-anak jadi cemerlang di sekolah, betul tak? Apatah lagi di zaman di mana anak-anak perlu bersaing lebih hebat berbanding dahulu.

Alhamdulillah, kami bersyukur kerana anak-anak kami setakat ini telah berjaya menunjukkan kecemerlangan yang baik di sekolah, baik di sekolah pagi dan juga Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

Kami Bangga Anak-Anak Berjaya Dalam Akademik

Kejayaan cemerlang anak kebanggaan ibubapa
Baru-baru ini, dalam majlis ringkas di sekolah, iaitu sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula.. dua orang anak kami, Hasif Zikri dan Haseena Humaira telah berjaya menjadi antara pelajar yang memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Kalau ikutkan, kami tak jangka pun yang mereka berdua akan berjaya memperoleh kejayaan di sekolah. Al maklumlah, tak pernah pun kami nampak mereka ni belajar di rumah ... asyik dengan smartphone masing-masing. Kalau hari cuti, siang malam dok berdamping dengan gajet bermuka petak tu.

Tak Sangka Anak Boleh Capai Kecemerlangan


Macam Haseena. Dalam peperiksaan sebelum ini, satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ini, hanya menduduki tempat ke-17 secara keseluruhan di tahun 2. Tup tap .. bila habis tahun sahaja, Haseena berjaya mendapat tempat pertama secara keseluruhan dan menjadi pelajar terbaik dalam beberapa matapelajaran.

Terkejut juga.
Kejayaan cemerlang anak kebanggaan ibubapa


Sama juga dengan Zikri. Walaupun kerap kali tidak hadir di kelas KAFA kerana penat dan terlibat dengan aktiviti sebelah pagi, dia berjaya juga peroleh kejayaan sebagai pelajar terbaik dalam beberapa subjek kelas KAFA.

Memang tak diduga langsung.

Anda tahu apa yang Haseena minta sebagai hadiah kalau berjaya dapat tempat pertama di sekolah selepas tahu dia mendapat tempat ke-17 semasa peperiksaan sebelum ini?

"Mama, kalau Nala dapat nombor satu nanti, Nala nak handphone baharu"

Waktu berjanji tu, memang kami tak jangka langsung akan kemampuan Haseena untuk capai target dapat nombor satu. Ishh .. mana mungkin dari nombor 17 boleh dapat tempat pertama .. ye tak?

Tapi itulah. Mungkin Allah S.W.T nak tunjukkan sesuatu kepada kami berdua sebagai ibu bapa, jangan sesekali memperkecilkan kemampuan dan kebolehan anak-anak. Mereka ada potensi. Cuma mereka perlukan 'sesuatu' untuk mereka berusaha mencapainya.

Sama juga dengan Zikri. Saya sendiri sedikit pun tak berapa nak percaya yang Zikri boleh capai keputusan yang baik dalam ujian KAFA. Ughhh teruk kan saya ni .. huhu.

Nah kau ..

Sekali semua anak-anak saya berjaya capai pencapaian yang baik dalam akademik di sekolah masing-masing. Ini termasuklah anak sulong saya, Amri yang bersekolah di Sekolah TMUA Syeikh Abdullah Fahim. Alhamdulillah.

Amri, sebelum ini menduduki kedudukan kedua, dah berjaya mendapat kedudukan pertama secara keseluruhan tingkatan 2.

Kena Push Sedikit Anak-Anak Tetapi Jangan Mengongkong

Anak-anak sebenarnya boleh dididik, diajar dan diasuh kalau mempunyai persekitaran positif termasuklah sokongan dan dokongan dari ibu bapa, guru dan juga dari sanak-sedara terdekat. Anak-anak saya bertuah kerana pak mak mendakan (sedara) juga memberikan sokongan moral untuk mereka capai kejayaan.
Kejayaan cemerlang anak kebanggaan ibubapa


Potensi anak-anak memang sukar dijangka. Kalau boleh, jangan sesekali pandang rendah akan kemampuan mereka. Kita juga tak boleh terlalu mengongkong sebab di usia muda mereka memang ada kecenderungan untuk dapatkan apa yang mereka ingin dan mahu, kehendak mereka memang tinggi.

Ibu bapa kena banyak baca buku-buku motivasi dan teknik mendidik anak-anak. Cabaran tak sama macam ketika ibu bapa kita membesarkan kita dulu.

Doa banyak-banyak supaya anak-anak kita berakhir dengan segala kebaikan dunia dan akhirat.


Post a Comment

3 Comments

  1. syukur alhamdullilah.. tahniah kerana mendidik anak hingga mendapat keputusan yang diharapkan. Anak memang begitu, kena push sikit tapi jangan terlalu mengongkong.. Hari cuti bawa jalan² buang stress.. Anak saya pula menurun keputusan tahun ni, tapi tak marah.. terus bagi lagi galakan. insyallah tahun depan ada kemajuan..

    http://Mdekmal.com

    ReplyDelete
  2. Tahniah..hargailah kejayaaan anak HH..kena bagi hadiah niat tuk lagi maju di masa akan datang..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah haseena dan zikri syabas ye teruskan kecemerlangan.. henpon apa nak bagi diorg tu

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com