Kecik-Kecik Dah Hadap Komputer Sendiri

Najmi dah makin membesar dengan bijak. Alhamdulillah, saya dan isteri seronok lihat perkembangan Najmi yang masih menyusu badan. Usianya dah lebih setahun enam bulan, dan dah macam-macam pe'el ditunjukkan.

Sejak dua menjak ni, Najmi dah makin cenderung dengan internet. Risau juga dengan kecenderungan ini. Kami mungkin tersilap langkah apabila pernah membiarkan Najmi main bersama-sama dengan abang dan kakaknya menggunakan smartphone.

Umur Belum 2 Tahun, Dah Pandai Tengok YouTube di Komputer

Dari smartphone, Najmi dah tahu cara nak gunakan YouTube untuk tonton video kartun dan cereka animasi seperti Ultraman, Spiderman dan Boboiboy. Najmi tak minat Upin Ipin. Dia suka video yang ada aksi lawan-lawan ...

Setiap kali Najmi teringin nak tonton video-video begini, dia akan sebut "Nak Yah Yah", sambil tunjuk aksi Spiderman. Ya, Najmi suka dengan watak Spiderman ni.

Bila saya ada di rumah, dan gunakan komputer ... Najmi akan perati je apa yang saya buat. Aha .. sekarang ni, bukan setakat smartphone je jadi alat untuk Najmi tonton video-video kesukaan, tetapi juga menerusi komputer.

Aiyoo...kecik-kecik dah pandai hadap komputer sendiri.

Panjat Kerusi Depan PC Nak Tengok YouTube

Kadang tu, apabila komputer saya yang dibiar terpasang, Najmi akan panjat kerusi sendiri dan buka laman web YouTube.
Pandai pulak budak kecik ni tengok YouTube kat komputer.

Tahukah anda bahawa anak sekecil Najmi (kurang 3 tahun) tidak berapa elok menggunakan gajet seperti smartphone, tablet mahupun komputer. Ia tidak bagus untuk perkembangan natural otak dan mindah mereka.

Jangan Sampai Anak Ketagihan

Apatah lagi apabila penggunaan gajet ini sampai ke tahap ketagihan.

Memang tak bagus kalau tak dipantau atau tidak dihadkan.


Ada kajian mengatakan pemberian gajet kepada anak boleh disamakan seperti memberikan 1 gram dadah kokain kepada mereka. Apabila anak tak dapat gunakan gajet, mereka akan bertindak balas dengan agresif seperti menangis meronta, gelisah dan menjerit.

Dan saya memang lihat kebenaran akan kajian ini apabila Najmi ada menunjukkan reaksi yang agresif apabila permintaannya untuk tonton 'Yah Yah' di smartphone atau komputer saya tidak benarkan.

Cakap je "No" pada permintaan Najmi, dia akan menangis sambil guling-guling.

Aha .. tu baru umur tak sampai 2 tahun.

Sekarang ni, kami sedaya-upaya untuk kurangkan pendedahan gajet kepada Najmi. Apabila Najmi ada, kami akan cuba bermain permainan berbentuk fizikal supaya Najmi tidak ingatkan smartphone untuk tonton video.

Kami beli mainan seperti kereta mainan, bola, dan beberapa lagi soft toys dari Lazada dan Shopee supaya Najmi boleh lupakan seketika pasal gajet atau smartphone. Harapan kami, dengan cara ini, Najmi tidak akan rasa ketagihan menggunakan smartphone/gajet.

[Dah Baca?] Game Candy-Crush Saga Semakin Dilupakan

Alhamdulillah, sedikit sebanyak percubaan kami nampak kesannya. Walaupun kadangkala ia akan menyebabkan rumah bersepah dengan barang permainan, tetapi setidaknya Najmi tidak akan selalu meminta-minta untuk gunakan smartphone.

Jika Najmi meraung menangis, hadap je dengan sabar.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ye betul. Kita kena pantau juga aktiviti mereka dengan gadget ni. Nak bagi tu boleh tapi tidak keterlaluan. Biarkan mereka belajar dan bermain di luar. Berpeluh dan kotor itu lah yang menjadi pengalaman mereka.

    ReplyDelete
  2. Ini juga yang PC lihat bila adik ipar dan isterinya cuba melatih anaknya berpisah dengan gadjet..susah kerana sudah terbiasa sedari bayi sebenarnya...setelah 4 tahun baru mahu diubah..besar kesannya..namun usaha mereka membuahkan hasil walau terpaksa berhadapan dengan situasi tantrum si anak.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.