Lega? Ramai ibubapa yang merasa lega apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi memperjelaskan mengenai peraturan pemakaian kasut sekolah berwarna hitam ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh KPM, pematuhan pemakaian kasut sekolah warna hitam di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dilakukan sepenuhnya mulai tahun 2021. Jadi, sebelum ke tahun tersebut, pelajar atau murid di sekolah masih lagi boleh memakai kasut berwarna putih.

Kenyataan Rasmi KKM Berkaitan Pemakaian Kasut Sekolah Warna Hitam

Kenyataan Rasmi KKM Berkaitan Pemakaian Kasut Sekolah Warna Hitam

Menurut kenyataan itu lagi, tiada paksaan pemakaian kasut berwarna hitam sehingga tahun 2021. Malah, KPM menegaskan bahawa pihak pentadbiran sekolah tidak boleh memaksa murid mahupun pelajar untuk memakai kasut sekolah berwarna hitam.

Pemakaian kasut berwarna hitam akan dilaksanakan secara beransur-ansur sehingga tahun 2021.

Dalam tempoh sebelum perlaksanaan sepenuhnya, murid-murid dan pelajar masih dibenarkan untuk memakai kasut sekolah berwarna putih. Jadi, ibu bapa tidak perlu tergesa-gesa dan mestilah membuat persediaan yang perlu untuk pematuhan peraturan baharu KPM itu nanti menjelang 2021.

Saya sebagai ibu bapa dan masih mempunyai anak-anak yang masih bersekolah menyambut baik kenyataan KPM ini.

Mana taknya, saya masih ada satu peti kasut sekolah berwarna putih yang masih belum digunakan, dek kerana memborong semasa jualan gudang Pallas yang sering diadakan kat tempat saya... huhu.

Jika anda pembaca setia blog ini, tentu perasan mengenai kisah saya dan isteri memborong kasut Pallas berharga murah di jualan gedung Pallas di kawasan Nibong Tebal. Malah, kami dah siap memborong sejumlah kasut sekolah berwarna putih untuk dua orang anak saya... sehingga mereka tamat belajar .. haha.

Alhamdulillah, dengan kenyataan rasmi KPM berkaitkan peraturan pemakaian kasut sekolah warna hitam ini, ia memang satu kelegaan. Kalau tak memang akan terasa yang kami telah banyak membazir membeli sesuatu keperluan yang akhirnya tidak diperlukan .. hehe.

Terima kasih atas keprihatinan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia atas isu kasut sekolah warna hitam.

Harga kasut sekolah berwarna hitam agak lebih mahal daripada kasut sekolah berwarna putih.

Tetapi, saya mengangak akan berlaku penurunan harga yang agak besar bila pemakaian kasut sekolah warna hitam diwajibkan sepenuhnya pada 2021 nanti. Jadi, beban kewangan kepada ibu bapa untuk keperluan wajib sekolah mungkin tidak terasa dengan adanya tempoh peralihan ini.

Bukan apa, sebelum ini .. banyak ibu bapa yang merasa gusar dan bimbang tidak mampu untuk menyediakan keperluan kasut sekolah warna hitam kerana harganya sedikit mahal dari kasut sekolah warna putih.

Malah, semasa saya membeli kasut sekolah berwarna hitam di jualan gedung Pallas pun, harganya memang mahal sedikit daripada kasut putih.

Umumnya, bagus juga perlaksanaan kasut sekolah warna hitam ini .. yelah .. kerana kasut putih mudah nampak kotor dan comot. Jika anda ibu bapa yang biasa basuh kasut sekolah anak-anak .. tentu sedar dan faham .. huhu. Lagi-lagi jika anak sekolah itu seorang yang aktif bermain, bersukan di sekolah.

Jadi, secara amnya saya menyokong peraturan pemakaian kasut hitam ini. Dalam masa yang sama berharap pengeluar kasut sekolah warna hitam dapat menawarkan harga kasut yang mampu milik buat semua.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Harap-harap walaupun hitam, anak-anak rajin mencucinya..
    Jangan dah hitam, malas pulak nak cuci, ada bau kepam cagu hahahaha

    BalasPadam
  2. Cara terbaru pelajar boleh jana pendapatan hanya melalui aplikasi :) sila baca di Buat Duit Dengan ReadWard

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement