RFID Touch ‘n Go - Daftar Sebagai Pengguna Terawal

Saya baru sahaja buat pendaftaran percuma untuk memohon menjadi pengguna terawal menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) yang bakal menggantikan sistem SmartTAG Touch ‘n Go. Sistem ini merupakan teknologi terkini untuk sistem pembayaran tol elektronik.

Pendaftaran untuk menjadi antara pengguna pilot sistem ini sedang dibuka, dan anda boleh terus memohon menerusi laman web rasmi Touch n' Go atau klik sahaja banner imej di bawah ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

RFID Touch n' Go - Daftar Percuma Sebagai Pengguna Terawal

Jika anda nak tahu info ringkas mengenai teknologi RFID ini, bolehlah baca post ini selanjutnya ehh. Walaupun saya kurang pasti bila sistem ini akan digunakan sepenuhnya namun pihak Touch ‘n Go sudah menyenaraikan beberapa plaza tol yang akan gunakan sistem pembayaran elektronik RFID menggantikan sistesm SmartTAG.

Apa Itu RFID?

Orait. Apakah bendanya RFID ini?

Touch ‘n Go memperkenalkan RFID sebagai satu sistem pembayaran tol elektronik baharu yang bakal menggantikan sistem SmartTAG Touch ‘n Go yang mempunyai beberapa kekurangan. Sistem ini telah diguna pakai di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan.


Dengan menggunakan sistem RFID ini, pengguna kenderaan awam hanya menggunakan satu pelekat khas sebagai salah satu cara untuk bayaran tol. Pelekat RFID yang juga dipanggil sebagai tag RFID ini mengandungi cip frekuensi radio dan perlu ditampal pada cermin hadapan atau lampu depan kenderaan.

Pelekat ini tak boleh ditampal di tempat lain. Manakala pemasangannya perlu dibuat di pusat pemasangan yang berdaftar.

Lokasi pelekat ini bergantung kepada kedudukan kadar pengimbasan tag RFID optimum yang akan ditentukan oleh pihak pemasangan berdaftar nanti. Jadi, anda tidak boleh memasang pelekat atau tag ini sesuka hati.

2 Perkara Penting Perlu Ambil Tahu Mengenai RFID

Nampak menarik dan mudah kan? Tetapi ada dua perkara penting yang perlu pengguna tahu berkenaan sistem ini.

Aha .. nak tahu apadia?

  1. Pelekat atau tag RFID hanya boleh didaftar dan dipasang pada satu kenderaan sahaja dan tidak boleh dipindah milik. Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas di plaza tol akan mengimbas frekuensi radio daripada tag RFID ini, di mana palang tol akan terbuka dan tambang tol akan ditolak daripada akaun Touch ‘n Go eWallet.
  2. Untuk menggunakan RFID, anda perlu memuat-turun Touch ‘n Go eWallet, iaitu aplikasi mudah-alih dalam telefon pintar anda. Pembayaran tol akan ditolak daripada akaun Touch ‘n Go eWallet anda.

Oleh itu, pengguna perlu memiliki telefon pintar untuk menggunakan sistem ini. Pun begitu, jangan risau ... sistem ini cuma membaca tag RFID dan bukannya signal telefon pintar anda.

Jadi, ketiadaan data/isyarat atau kehabisan bateri pada telefon pintar anda tidak akan menjejaskan penggunaan RFID ini.

Oh ya, satu lagi perkara ... anda boleh je pasang RFID ini pada kenderaan yang bukan milik anda atau kenderaan lain, dengan syarat ia dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet anda.

Touch ‘n Go eWallet


Touch ‘n Go eWallet adalah aplikasi mudah-alih. Ianya merupakan dompet elektronik (ewallet) yang menyimpan wang elektronik (e-money). Touch ‘n Go eWallet menyediakan perkhidmatan tambah nilai, pembayaran dan pemindahan wang elektronik yang boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Jika anda menggunakan sistem pembayaran tol RFD ini, anda wajib menggunakan aplikasi mudah-alih Touch ‘n Go eWallet ini, sila layari laman web rasmi Touch 'n Go - https://www.touchngo.com.my untuk maklumat lanjut berkaitan eWallet ini.

Sebagai info tambahan, penjualan SmartTag telah ditamatkan serta-merta. Pun begitu, pengguna yang masih mempunyai SmartTag boleh terus menggunakan sehingga diberitahu kelak.

Andaikata, kenderaan anda punyai dua sistem iaitu RFID dan SmartTag Touch 'n Go, sistem akan kesan isyarat RFID terlebih dahulu dan tolak daripada eWallet anda untuk pembayaran tol elektronik.

Boleh rujuk INI untuk FAQ berkaitan sistem RFID dan juga SmartTag Touch 'n Go.

p.s: Masih menunggu janji dari manifesto kerajaan Pakatan Harapan untuk mansuhkan tol di lebuhraya.

Post a Comment

0 Comments