Pernah tahu tak tentang kewujudan People Of Remarkable Talent atau PORT? Mereka ini adalah kumpulan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai bakat besar terutama dalam seni. PORT telah wujud sejak 2011 dan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak.

People Of Remarkable Talent - Kumpulkan Belia Perak Berbakat Seni

People Of Remarkable Talent (Port) Perak
PORT membuka peluang untuk golongan belia serta remaja di Perak untuk menonjolkan serta memperkenalkan bakat seni mereka. Ia adalah platform untuk mengasah bakat semulajadi supaya tidak terpendam begitu sahaja.

PORT mengumpulkan belia Perak yang mempunyai bakat dalam seni nyanyian, tarian, ukiran, lukisan, seni grafik kreatif, penyiaran, kulinari dan banyak lagi. Malah, di dalam PORT kita boleh temui mereka yang mempunyai kelebihan dalam mengumpul 'artifak' serta karya seni yang jarang-jarang ada.
Hasil Kraf PORT Unity Thru Art
Ahli dalam PORT boleh bekerjasama sesama sendiri, berkongsi kepakaran dan pengetahuan serta pengalaman masing-masing. Ia satu komuniti yang saling menghargai dan pastinya sangat berhasrat untuk maju dan memberikan manfaat kepada masyarakat.

Platform Terbaik Remaja dan Belia Perak Kongsi Minat dan Kelebihan

Inisiatif ini memang baik, dan saya memang tidak teragak-agak untuk mempromosikannya menerusi blog ini. Saya mahu remaja dan belia Perak ambil kesempatan besar ini untuk bersama dengan PORT. Setidaknya belia Perak tahu saluran betul untuk menzahirkan kelebihan diri.
Ahli PORT Bakat Seni Persembahan
Ahli PORT bakat keusahawan dari seni
Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan untuk melihat apa yang dilakukan oleh ahli-ahli PORT ini dalam satu event di Ipoh. Dengan slogan Unity Thru Art, saya nampak misi dan visi PORT untuk libatkan lebih ramai belia Perak menonjolkan bakat yang ada dalam event itu.

Aha .. baca dah pasal percutian saya di Ipoh dan menginap di Hotel Premiere Syeun tu ... event ini dilansungkan di sebelah hotel ini, berhadapan dengan Parkson Grand Ipoh. Nak lebih tepat lagi, di Dataran Ipoh yang berhadapan dengan Bangunan MBI.

Saya pergi ke event ini bersama anak-anak saya.

Dalam event tersebut, mereka telah menunjukkan hasil-hasil seni mereka dalam nyanyian, ukiran, grafik, khat dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja, saya cukup suka dengan beberapa koleksi lama yang dipamerkan oleh ahli-ahli PORT ini antaranya basikal lama dan majalah komik lama.
PORT Unity Thru Art - Basikal Tua/Lama
Basikal Lama PORT Unity Thru Art


Komik PORT Unity Thru Art
Beruntung betul remaja dan belia di negeri Perak kerana wujudnya PORT ini. Nama pun unik .. PORT yang memang sinonim dengan lifestyle belia dan remaja zaman sekarang .. tak gitu?

Jadikan Bakat Sebagai Modal Keusahawanan

Selain menonjolkan bakat, belia di dalam PORT akan dibantu untuk menjadi usahawan, dengan menjadikan bakat yang ada sebagai sumber mendapatkan pendapatan. Malah, bakat yang ada turut diperkenal dan diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.


Memang beruntung betul dapat dibantu sebegini. Saya dulu ada bakat melukis dan buat komik sendiri .. tak de pun orang bantu .. sian saya .. huhuhu ..

Haha, abaikan soal tu.

Tapi baguslah PORT ni. Bila dah ada platform macam ni, ada peluang untuk belia Perak pergi lebih jauh dan percaya kepada kebolehan dan bakat. Bakat ni anugerah Tuhan, bukan semua orang ada. Memang sia-sia kalau tak digilap ...

Boleh pergi sampai ke luar negara tu. Dapat jalan-jalan tengok negara orang lagi di usia muda sambil tunjukkan kebolehan diri. Best kan?

Kejayaan PORT Bantu Belia Perak

Banyak dah bukti kejayaan PORT membawa belia Perak ke peringkat lebih tinggi ni .. cuba lihat di bawah..
Kejayaan Hebat Belia dalam PORT
Ia bukan sahaja mengharumkan negara Malaysia, malah membawa nama negeri Perak dan belianya ke satu tahap yang membanggakan.

Untuk belia-belia Perak yang mungkin mahu tahu berkaitan PORT ini boleh layari laman web rasmi mereka di http://portipoh.com.my

Tak kiralah apa bakat seni anda, digalakkan untuk bersama dengan PORT ini. Ini peluang untuk pastikan apa yang anda anda tidak disia-siakan, malah boleh membantu diri para remaja dan belia menjadikan bakat sebagai sumber pendapatan.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement