Rezeki tahun ini, memang dapat merasa makan buah-buahan tempatan dengan hebatnya. Selepas buah durian, kemudian manggis, lepas tu chempedak .. kali ini kami sekeluarga dapat merasa makan buah Pulasan dari pokok tanam di kampung.

Merasa Buah Pulasan Tanam Sendiri di Kampung

Kali ini, pokok Pulasan di kampung isteri saya di Parit, Perak berbuah dengan agak lebat. Ketika kami pulang ke kampung baru-baru ini, semua buah di pokok dah masak ranum. Uhh apalagi, saya dengan ringan tulang terus merembat semua buah Pulasan yang ada.
Buah Pulasan di Kampung kat Parit
Petik punya petik, hampir 5 kilo juga dapat kaut buah Pulasan yang dah masak.

Saya cadang nak tinggalkan sedikit di pokok. Tapi memandangkan buah Pulasan ni dah masak sangat, takut nanti ia membusuk. Nak tak nak, saya rembat je semua.

Saya asingkan dalam beberapa plastik untuk diberikan pada ipar.

Ohh kena ingat orang lain. Mana boleh nak rembat sorang-sorang. Dah la buah ni ditanam kat kampung halaman isteri saya ... huhu.

Buah Pulasan ni macam rambutan, tetapi tak adalah berambut macam buah Rambutan tu. Kulitnya agak keras dan tebal.
Buah Pulasan di Kampung kat Parit
Jika nak makan buah Pulasan, anda kena pulas .. hehe .. jangan gatal nak gigit kulitnya. Buat nyilu je nanti.

Ala, bukan susah pun, sekali pulas, in Sha Allah, dah boleh merasa isinya yang berwarna putih dan manis.

Tapi kan, bukan semua orang sukakan buah Pulasan ni.

Misalnya emak saya... huhu. Emak saya lebih suka buah Rambutan daripada buah Pulasan ni, walaupun rasanya tak jauh beza.

Buah Pulasan - Kena pulas baru dapat makan, dari situlah ia mendapat nama di Malaysia.

Buah Pulasan tak susah nak tanam. Kalau anda ada tanah, cubalah tanam buah ni. Lagipun, zaman sekarang memang susah nak tunjuk pokok buah Pulasan kat anak-anak zaman sekarang ni.

Kalau ada tanam, boleh juga mereka kenal pokoknya, dari asyik makan buahnya sahaja.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam. Akak baru ja makan buah pulasan Yg baki 3 biji saja.last
    Sebelum sebelum ini memang x suka. Macam x ada rasa. Dalam hati pernah terfikir kenapa orang suka tanam.
    Tapibminggu lepas dapat sebungkus besar. Terdetik dlm hati, apa nak buat buah ni, banyak pulak tu. Tapi bila rasa sebiji, emm manis macam rambutan. Isinya lembut. Sedap pulak.!
    last Simpan dlm peti ais tahan seminggu... Makan sikitsikit sebab sedap. Dah macam suka

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement