Dengan adanya Ads.txt ini, blog yang gunakan Innity boleh menerima lebih banyak kapasiti iklan dari pelbagai sumber lain selain daripada Innity.
Cara Pasang Ads.txt Dalam Blogspot
Mungkin ramai rakan blogger yang tidak tahu tentang Ads.txt ini. Ads.txt adalah singkatan untuk Authorized Digital Sellers.Ads.txt adalah kaedah mudah, fleksibel dan selamat untuk para publisher (blogger) dan pengedar ruang iklan online untuk sahkan siapa yang dibenarkan untuk jual inventori atau ruang iklan, selain meningkatkan ketelusan kepada pembeli ruang iklan tersebut.
Dengan adanya ads.txt ini, ia akan memastikan bahawa hanya iklan-iklan yang sah sahaja dipaparkan di blog atau laman web. Ia juga akan meningkatkan lagi kadar penuh paparan iklan yang sepatutnya, selain memberikan lebih pulangan kepada para publisher seperti pemilik blog macam saya.
Ok berbalik pada Innity.
Tutorial Pasang Innity Ads.txt dalam Blogspot
Innity ada berikan kod ads.txt untuk dimasukkan ke dalam blog. Buat blog yang juga menggunakan Adsense, baris ringkas untuk adsense juga disertakan dalam kod Innity ads.txt tersebut seperti ditunjukkan di bawah ini.Kepada rakan blogger platform blogspot yang ada terima email dari pihak Innity untuk letakkan ads.txt dalam blog, berikut adalah tutorial ringkas untuk anda ikuti - jika anda tak tahu cara-caranya.
Simple je.
Buka dashboard blogspot anda, lihat pada bahagian 'Settings' , kemudian ke bahagian 'Search preferences' terus ke bahagian 'Monetisation'.
Lihat di bawah ...
Klik 'Enable custom ads.txt' ke Yes, lepas tu isi kod ads.txt yang diberikan oleh Innity dalam ruang disediakan. Lepas tu klik butang 'Save changes'.
Orait. Senang je kan?
In Sha Allah, lepas ni income dari Innity akan jadi lebih baik.
Oh ya, cara sama juga untuk blog yang gunakan Adsense.
Untuk semak samada blog anda telah enable ads.txt ni, cuba taip URL berikut di browser http://URL-Blog/ads.txt
thanks for the tips!!
BalasPadamkurma
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.