Harga tiket Malaysia Airlines (MAS) dijangka tidak akan terkesan dengan adanya sistem cukai SST baharu berkuat-kuasa 1 September 2018. Menurut laporan akhbar, harga tiket MAS tidak akan mengalami perubahan ketara (jika ada) dengan adanya SST.

Harga Tiket MAS Apabila SST Baharu Dikuat-kuasa 1 September 2018

Harga Tiket MAS Apabila SST Baharu Dikuat-kuasa 1 September 2018
Sebelum ini, harga tiket penerbangan memang dikecualikan daripada SST sebelum GST dikuat-kuasa pada April 2015. Ketika era pentadbiran kerajaan terdahulu, harga tiket telah dikenakan GST sebanyak 6%.

Ia satu berita yang melegakan terutama untuk mereka yang memang gemar melancong dengan menaiki kapal terbang. Saya pasti blogger Malaysia kaki travel akan suka dengan apa yang dimaklumkan oleh pihak MAS.


Jika benar harga tiket kapalterbang tidak akan terkesan dengan SST, pastinya sektor pelancongan di Malaysia akan kekal berdaya saing dan lebih ramai rakyat Malaysia akan tiada masalah untuk pergi melancong.

Walaupun begitu, dalam satu laporan yang lain, harga tiket MAS baharu mulai 1 September adalah bergantung juga dengan arahan daripada pihak Kastam Malaysia. Jika pihak Kastam mensyaratkan bahawa harga tiket MAS akan dikenakan SST, maka kemungkinan besar akan nampak sedikit perbezaan.

Sepertimana di awal ada dinyatakan, andai ada beza sekalipun, ia tidak akan nampak terlalu ketara. Itu apa yang telah dikatakan oleh CEO Malaysia Airlines.

Harap-harap tak adalah peningkatan harga tiket MAS ye ... kesian mereka yang dah tak disenaraihitamkan tu untuk pergi melancong luar negara... hehehe.. :P
Pesawat Boeing 737 Max
Oh ya, tak lama lagi, penerbangan MAS akan jadi lebih berbaloi dengan adanya Boeing 737 MAX baharu yang telah ditempah sebelum ini.

Pesawat ini memang awesome dan dah banyak negara yang menggunakan Boeing 737 MAX ini, khususnya untuk penerbangan tambang murah jarak jauh.

Saya difahamkan pesawat Boeing 737 MAX adalah lebih selesa terutama untuk perjalanan jarak jauh. Malah, ia kategori pesawat jarak jauh yang mampu menjimatkan kos penerbangan. Bila kos penerbangan lebih rendah, pastinya harga tiket untuk penumpang juga akan jadi lebih murah.

Jom tonton video berkaitan pesawat Boeing 737 MAX ini ...


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau dah mampu melancomg memang tak de masalah untuk bayar SST..

    lebih baik bayar SST daripada tiada sumnbangan apa-apa untuk negara

    ReplyDelete
  2. Orang kalau dah memang kaki travel, bayar berapa harga tiket pun dia mampu Tuan, nanti yang tak bestnya merungut plak kata semua barang naik, padahal sendiri tak berjimat hahahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement