Cara Nak Kuruskan Diri & Cantikkan Kulit Dengan Menu Diet

Siapa kata bila seorang wanita dah berkahwin, dah beranak-pinak tak boleh ada bentuk tubuh yang cantik, slim dan mempesonakan? Dah banyak bukti tunjukkan yang wanita yang dah berderet anak mampu untuk kekal langsing serta kekal memiliki kulit cantik seperti zaman anak dara.

Nak kurus tak susah kalau betul cara dan kaedahnya. Kena disiplin kalau mahu berjaya kuruskan diri dan memiliki kulit yang cantik.

Cara Nak Kurus Serta Dapatkan Kulit Cantik Dengan Menu Diet Cik Oya

Boleh je nak kurus, nak ramping, nak miliki tubuh cantik selepas ada anak. Boleh je nak ada kulit mulus, licin, lembut dan cantik macam zaman anak dara. Hendak seribu daya .. kan kan.

Begitulah halnya dengan si ibu kepada 3 orang anak ini, iaitu Puan Norafiza.
Cara Nak Kurus Serta Dapatkan Kulit Cantik Dengan Menu Diet Cik Oya


Beliau telah sudi berkongsikan cara diet dan bagaimana nak kuruskan diri serta cantikan kulit wajah. Ada menu diet disediakan oleh beliau untuk mereka yang nak mencuba diet kuruskan diri dan cantikkan kulit ini.

Eh ehh .. bukan setakat tubuh dan kulit kembali macam zaman anak dara ye .. tetapi paling penting ianya diet sihat. Apa guna diet yang mendatangkan mudarat, ye tak?

Ini jadual diet kurus dan cantik kulit wajah oleh Puan Norafiza, yang lebih suka dipanggil Cik Oya. Untuk info, perkongsian menu diet ini telah pun mendapat lebih 15,000 perkongsian di Facebook!
Menu diet untuk kurus dan kulit cantik
Menu diet untuk kuruskan diri dan cantikkan kulit
Menu diet untuk kurus dan dapatkan kulit cantik
Menu diet seharian untuk cantik kulit dan kuruskan diri


Menu untuk kurus dan dapatkan kulit cantik
Panduan kuruskan diri dan cantikkan kulit selepas beranak
Rahsia kuruskan diri dan cantikkan kulit selepas berkahwin dan beranak pinak
Klik sini untuk muat turun formula kurus
Oh ya, sebelum anda amalkan menu diet yang dikongsikan oleh Cik Oya di atas, baca dulu peringatan penting di bawah ini.

Peringatan Diet Dari Cik Oya

Peringatan. Sebelum melakukan diet ini, kau orang perlu lakukan latihan diet selama dua minggu. Latihan mengurangkan pengambilan nasi, roti putih, gula dan makanan yang kurang kandungan garam. No more rojak, no more laksa.

Bangun seawal pagi untuk melakukan sedikit regangan badan. Regangan selama 15minit – 30 Minit akan membantu proses detox tubuh dalaman dan luaran yang lebih sempurna. Ini rutin harian cik oya yang sibuk dengan beberapa bidang bisness. Tiada masa tetapi tetap meluangkan masa untuk diri sendiri.

Kena belajar mencuri masa. Ingat ini. Dalaman yang sihat akan melahirkan kulit yang sihat dan bersih. Boleh follow cik oya untuk sama-sama menjadi wanita bergaya, berjaya dan in Sha Allah sihat dalaman dan luaran.

[Baca Juga] Rahsia Wanita Jepun Kekal Ramping dan Menawan

Ok ye, tu je nasihat akhir dari Cik Oya, moga sesiapa yang nak berdiet dengan menu di atas, kena ambil serius nasihat tu.

Dan jangan lupa, dapatkan sokongan dari suami serta anak-anak. Barulah keluarga akan kekal bahagia ... huhuhu .. bukan nak cantik semata ya...

Post a Comment

2 Comments

  1. Macam senang je nak ikut menu diet ni.. Tapi bila nampak nasi lemak sambal lebih dan ayam goreng berempah.. erkkk terus hilang diet..hahaha :P

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.