Rasanya ketika saya menulis blog post ini, musim buah cempedak sedang berada di kemuncak. Banyak peniaga di pasar yang menjual buah cempedak ini dengan pelbagai harga. Di Pasar Awam Parit Buntar misalnya, buah cempedak masak dijual dengan harga serendah RM4-RM6 sekilogram.

Jika di hari biasa, buah cempedak kadang dijual dengan harga RM8-RM10 sekilogram. Bila beli sebiji buah cempedak yang elok masak dan ulasnya banyak, biasa harganya boleh cecah sehingga RM20 sebiji.

Tips & Cara Nak Kenal Buah Cempedak Masak dengan Ulas Isi yang Banyak

Tips & Cara Nak Kenal Buah Cempedak Masak dengan Ulas Isi yang Banyak
Hari ini saya nak kongsikan beberapa tips petua atau cara nak memilih buah cempedak yang elok masak dan banyak ulas.

Buat mereka yang suka makan buah ini secara terus, elok baca supaya nanti tak merasa rugi membelinya. Buah cempedak yang kurang masak tak macam buah nangka yang boleh dibuat gulai masak lemak .. huhu .. jadi kena pilih buah yang betul-betul masak ranum.

Berikut adalah tips dan cara nak kenal buah cempedak yang masak serta yang mempunyai banyak ulas isinya.

1. Pilih Kulit Sempurna

Pilih kulit buah cempedak yang sempurna dan tanpa cacat cela
Bila nak pilih buah cempedak yang isinya elok, pastikan memilih buah yang kulit luarnya itu sempurna elok. Tiada cacat cela macam lebam atau kelihatan kehitaman. Biasanya tanda kehitaman serta lebam itu tunjukkan bahagian tersebut sudah rosak atau dimakan oleh ulat.

2. Warna Kuning Lebih Menyerlah

Bila mencari buah cempedak yang elok masak, pilih buah yang warnanya elok kuning atau warna kuning lebih menyerlah daripada warna hijau. Jika warna hijau nampak lebih banyak, kemungkinan ada bahagian isi buah cempedak yang belum masak sempurna. Rasanya akan kurang manis.

3. Tangkai Buah

Pilih buah yang mempunyai tangkai berwarna coklat. Jangan pilih buah cempedak yang tangkainya masih kehijauan. Tangkai berwarna coklat menunjukkan isi buah cempedak yang masak sempurna di pokok dan bukan diperam. Ia juga salah satu cara untuk cari buah cempedak berkualiti terbaik.


4. Permukaan Kulit Tumpul

Rasai dengan tangan pada bahagian permukaan kulit buah cempedak. Buah cempedak yang masak memiliki duri kulit yang tumpul dan coraknya kelihatan melebar. Tekan sedikit permukaan kulit, biasanya buah cempedak masak mempunyai kulit yang lebih lembut, dan mudah nak ditekan.

5. Berbau Wangi

Tips paling mudah untuk memilih buah cempedak yang masak ialah dengan mencium baunya. Buah cempedak yang masak akan berbau wangi yang sangat kuat.

6. Biar Berat

Pilih buah cempedak berat dan berbentuk lonjong
Jika mahu ulas buah yang banyak, pilih buah cempedak yang berat. Buah cempedak yang berat juga menunjukkan bahawa isinya adalah tebal. Mahu puas makan buah cempedak, kena cari buah yang berat. Biar bayar mahal sedikit, tetapi puas hati memakannnya.

7. Bentuk Buah Lonjong

Buah cempedak yang berbentuk lonjong akan mempunyai ulas buah lebih banyak. Isi buah juga mempunyai ulas yang tebal dan sekata. Kalau pilih buah cempedak yang banyak lekuk, kemungkinan isi di dalamnya tidak penuh, dan mungkin tak cukup masak.
Pilih buah cempedak yang bentuk lonjong dengan duri tumpul

Jadi, bagaimana? Dah tahu dah cara nak kenal-pasti buah cempedak masak dan yang banyak isi? Hmm alhamdulillah.

Moga perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sebagai penggemar buah cempedak ini, saya memang syorkan anda makan buah ini secara terus dari dibuat Cempedak Goreng ... huhu ..

Bukan apa, kalau dah digoreng nanti, kelazatan serta khasiat semulajadi buah cempedak mungkin akan berkurangan.... hehe.

[Dah Baca?] Pernah Rasa Tak Jambu Susu atau Dikenali Sebagai Jambu Tetek

Oh ya, selain isi ulas buah cempedak .. bahagian empulur dan kulit buah cempedak juga boleh dimakan. Kalau tak silap, kulit buah cempedak boleh dibuat jeruk yang dikenali sebagai Mandai. Mandai ni sedap kalau digoreng bersama cili dan bawang.

[Dah Baca?] Cara Nak Pilih Buah Durian

Anda tahu ke? Ada pengalaman membuat Mandai atau menikmatinya? Kongsikan di ruangan komen nanti ya ...

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement