Aiyakkk ... shopping online lagi?!! Ok ... kali ini shopping bukan untuk diri sendiri, tetapi beli online produk susu berjenama Nan menerusi Shopee. Sebenarnya, isteri saya yang beli-belah guna Shopee ni. Saya masih naif .. tak reti sangat nak shopping-shopping online ni .. wakakakaka ....

Beli Susu Formula Jenama Nan untuk Najmi - Beli Online di Shopee

susu berjenama Nan menerusi Shopee
Shopee, antara laman web shopping online yang mula mendapat tempat di kalangan pengguna di Malaysia. Ramai dah kot yang beli-belah di Shopee ni. Kata mereka, barangan dijual di Shopee lebih murah dari laman web shopping online yang lain.

Isteri saya dah beberapa kali beli-belah di Shopee ni. Selalu tu, beli barang baby Najmi. Paling banyak beli susu formula ... kali ini isteri saya beli susu untuk Najmi dari jenama Nan. Saja nak cuba susu ni untuk anak bongsu saya yang baru berusia setahun lebih.

Ia untuk kegunaan pengasuh. Jika Najmi berada di rumah atau bersama dengan isteri saya, memang tak minum langsung susu formula ni. Najmi akan menyusu badan. Tak pernah tidak .. mesti akan susu badan jika dia tahu emaknya berada berdekatan.

Hmm .. bila menyusu badan secara eksklusif ni, memang isteri saya kena sedialah dengan stok susu ibu untuk Najmi jika kerja luar atau terpaksa pergi berkursus.

Alamak .. tercerita benda lain pulak .. hahaha ... ok ok .. pasal shopping online menerusi Shopee ni.

Isteri saya kata, beli barang kat Shopee memang murah. Kata dia mungkin sebab beli direct dari pengedar atau pembekal produk yang dijual.

Macam susu Nan ni, isteri saya beli di Carings Pharmacy dalam Shopee tu. Leh lihat di SINI.
Beli belah online - susu berjenama Nan menerusi Shopee


Beli produk Caring Pharmacy di Shopee
Ramai guna platform Shopee pun kata begitu .. tu pasal platform beli belah online ni mudah dapat pelanggan terutama di Malaysia ni. Rakyat Malaysia memang suka benda-benda berharga murah .. tetapi ada kualiti .... hehehe.

Kejap je sampai bila dah buat tempahan dan bayaran di Shopee tu.

Kalau anda nak jenguk-jenguk barang nak dibeli secara online, macam susu formula, seperti isteri saya beli tu, bolehlah terus ke laman web Shopee tu .. terus ke sini - http://invol.co/cl9rt5

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement