05 Julai 2018

Teks dan Video Selawat Tafrijiyah - Mudahkan Doa Termakbul

Kerja Kosong Sambilan
HASRUL HASSAN Online Blog

Negara digemparkan dengan kisah seorang bayi Adam Rayqal yang dijumpai mati di dalam peti sejuk rumah pengasuhnya. Awalnya bayi comel tersebut didakwa oleh pengasuhnya telah diambil oleh seorang lelaki, lalu ibu bapa Adam Rayqal menyifatkannya sebagai satu penculikan.

Selawat Tafrijiyah Untuk Para Ibu Bapa Hantar Anak ke Pengasuh

Namun, apabila pihak polis menyiasat, dan telah pergi ke rumah pengasuh terbabit, polis telah menjumpai mayat bayi lengkap berpakaian disimpan di dalam bahagian sejuk beku peti ais rumah pengasuh tersebut.

Kisah sedih dan malang bayi bernama Adam Rayqal ini telah mendapat reaksi simpati, terkejut, sedih dan macam-macam lagi oleh netizen. Malah, apabila mengetahui bahawa mayat Adam Rayqal disimpan di dalam bahagian sejuk beku peti ais rumah pengasuh, ramai yang meluahkan rasa sangat marah terhadap apa yang berlaku.

Ramai yang mengecam tindakan yang dipercayai dilakukan oleh pengasuh terbabit.



Berita gembar ini turut mendapat reaksi daripada PU Amin. Dalam nada kekecewaan, beliau turut berkongsi satu tips dan petua untuk para ibubapa yang menghantar anak ke pusat asuhan atau ke rumah pengasuh.

Amal Selawat Tafrijiyah Untuk Doakan Keselamatan Anak

Menerusi Instagram, PU Amin berkongsi satu selawat iaitu selawat Tafrijiyah yang perlu dibaca sebanyak 44 kali setiap hari bagi mendoakan keselamatan anak-anak kita agar terhindar dari bahaya.

Berikut adalah selawat Tafrijiyah tersebut:


Teks SelawatTafrijiyah Beserta Maksud

selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyyah ini juga dikenali sebagai Selawat Nariyah. Mengikut para ulama, selawat ini sangat bagus dan mudah diterima doanya oleh Allah S.W.T. Amalkan sebanyak mungkin setiap hari. Andai ada hajat besar, maka cuba baca selawat ini seperti dinyatakan oleh PU Amin.

Boleh dengar penjelasan mengenai selawat ini dalam video di bawah, malah anda boleh cuba hafal dengan cara berlagu selawat Tafriyyah ini, dikongsikan oleh Ustaz Nazrul Nasir.

Video - Selawat Tafrijiyah Secara Berlagu


Moga sama-sama kita dapat amalkan, dan jika tak keberatan, kongsikan post ini kepada rakan taulan, para ibu bapa mahupun sesiapa sahaja untuk mendapat berkat dan peroleh pahala. Terima kasih ya.

Moga bermanfaat. In Sha Allah.

Teks dan Video Selawat Tafrijiyah - Mudahkan Doa Termakbul Hasrul Hassan 4.5 of 5
Negara digemparkan dengan kisah seorang bayi Adam Rayqal yang dijumpai mati di dalam peti sejuk rumah pengasuhnya. Awalnya bayi comel terse...

Artikel Terkait

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon