Antara berita hangat yang diperkata pakcik-pakcik di kedai kopi tempat saya ialah mengenai pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Ramai yang tak sabar nak tahu keputusan pemilihan UMNO 2018 ini.

Antara keputusan pemilihan UMNO yang telah disahkan ialah mengenai siapa yang memegang jawatan tertinggi sebagai Ketua Pemuda UMNO, Ketua Wanita UMNO dan Ketua Puteri UMNO. Keputusan tersebut telah diumumkan menerusi media online rasmi UMNO iaitu UMNO Online.

Keputusan Pemilihan Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO 2018

Ketua Pemuda, Wanita Puteri UMNO Baru

Nak tahu siapa yang menerajui tiga sayap utama UMNO, iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO untuk tempoh 2018 hingga 2021?

Mereka ialah...
  • Datuk Dr Asyraf Wajdi Dato Dusuki sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
  • Datuk Noraini Ahmad sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO
  • Zahida Zarik - Ketua Pergerakan Puteri UMNO

Pengumuman rasmi keputusan pemilihan sayap UMNO itu telah diumumkan oleh setiausaha kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media lebih kurang jam 9:00 malam 24 Jun 2018.

Info & Biodata Ringkas Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO

Tak berapa kenal? Ok .. saya kongsikan wajah mereka yang telah berjaya menjadi Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO ini .. sedikit biodata ringkas mereka juga disertakan kalau ingin lebih mengenali.
Keputusan Pemilihan Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO 2018
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dato Dusuki secara rasmi diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru setelah berjaya menewaskan sembilan calon lain di dalam pemilihan kali ini. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Syahril Suffian Hamdan juga dengan menewaskan sembilan calon lain.

Datuk Noraini Ahmad pula telah terpilih untuk mengetuai Pergerakan Wanita UMNO Malaysia setelah menewaskan dua calon lain yang bertanding. Manakala Naib ketua Wanita UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Norliza Abdul Rahim dengan menewaskan empat calon lain.

Zahida Zarik yang merupakan bekas Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia dengan menewaskan Norhazrina Binti Mohd Hashim dalam pertandingan dua penjuru. Jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia pula disandang oleh Nurul Amal Binti Mohd Fauzi dengan menewaskan empat calon lain yang turut bertanding.

Biodata Ringkas Ketua Pemuda UMNO 2018 - 2021

  • Nama: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
  • Usia: 42 tahun
  • Pengalaman :
    • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015 sehingga 10 Mei 2018.
    • Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
    • Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
    • Ahli Jawatankuasa Biro Perhubungan NGO-GCOC UMNO Malaysia dan juga Panel Penasihat Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
    • Pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    • Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) iaitu institusi pengajian tinggi di bawah Bank Negara Malaysia

Biodata Ringkas Ketua Wanita UMNO 2018 - 2021


  • Nama: Datuk Dr Noraini Ahmad
  • Usia: 51 tahun
  • Pengalaman:
    • Ahli Parlimen Parit Sulong sejak 2008
    • Penolong Setiausaha Wanita Barisan Nasional Malaysia
    • EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
    • Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong
    • Pengerusi Pertubuhan Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) sejak tahun 2016
    • Berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) Doctor of Philosophy (Development Management), School of Law, Govt and International Studies di Universiti Utara Malaysia,
    • Sarjana dalam bidang Pengurusan Peniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perdagangan (Analisa Kuantitif dan Kewangan) dari University of Saskatchewan, Kanada.


Biodata Ringkas Ketua Puteri UMNO 2018 - 2021


  • Nama: Datuk Zahida Zarik Khan
  • Usia: 39 tahun
  • Pengalaman :
    • Ketua Puteri UMNO Pandan
    • EXCO Puteri UMNO Malaysia-(2008 - 2013)
    • Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Selangor
    • Bendahari Puteri UMNO Negeri Selangor
    • Exco Majlis Belia Negeri Selangor MBS
    • Presiden Persatuan Belia dan Beliawanis Pandan
    • Ahli Jawatan Kuasa Kelab UMNO Luar Negara
    • Pengerusi Biro Kesihatan Puteri UMNO Malaysia

Pengumuman penuh bagi semua jawatan tertinggi di dalam Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan juga Puteri UMNO boleh ditonton di bawah ... oh ya, untuk exco ... masih belum lagi diumumkan pada ketika saya berkongsi fakta hangat ini ...


Untuk keputusan lain, anda boleh semak di laman web rasmi UMNO.

Sumber: Kosmo Online, BH Online dan UMNO Online

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kenal Datuk Dr. Asyraf Wajdi jer... sebab follow Insta dia hehehe...
    Anyway tahniah buat mereka yang menang semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, ikhlas dan jujur demi parti keramat yang telah tercalar imejnya itu huhuhuhu...

    BalasPadam
  2. UMNO dah tak relevan lagi... semua pemimpin team yang menyokong ketua korup..ada ilmu agama tapi tak guna kejalan yang sepatutnya.. menyokong membela membabi buta..ada akal tapi tak cerdik. apa guna memimpin parti kalau dah tak ada sokongan..dalam berpolitik dan parti mesti ada pengaruh dan penyokong..kalau dah kalah lebih baik bubarkan saja UMNO..ibarat anjing menyalak bukit..buang masa saja.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement