4 June 2018

Bisik Hati Emak - Filem Pendek Raya 2018


Bisik Hati Emak, sebuah filem pendek Raya 2018 daripada jenama telekung terkenal Malaysia, Siti Khadijah. Saya rasa inilah pertama kali jenama telekung ini membuat sebuah filem pendek sempena Hari Raya.

Anda tentu belum tonton lagi iklan raya dari Telekung Siti Khadijah ni kan? Video iklan raya ini pun baru sahaja dimuat-naik ke laman YouTube pada 3 Jun 2018. Dan menariknya, dengan menonton video iklan raya ini, anda mungkin berpeluang untuk menang sehelai telekung eksklusif dari Siti Khadijah.

Bisik Hati Emak - Filem Pendek Raya 2018 dari Telekung Siti Khadijah

Bisik Hati Emak - Filem Pendek Raya 2018
Sebelum tu, saya nak kongsikan sedikit sinopsis Bisik Hati Emak ini.

Ia berkisah tentang Ruby dan suaminya yang telah membawa emak mertuanya yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi duduk dan tinggal dengan mereka. Salah faham antara Ruby dan emak mertuanya telah berlaku dengan kehadiran adik Ruby yang bukan beragama Islam.

Masalah bahasa membuatkan emak mertua Ruby merasakan bahawa menantunya tidak suka dia berada di rumah tersebut. Namun, akhirnya segalanya terjawab apabila Ruby berdepan dengan emak mertuanya lalu menjelaskan segalanya.

Apa yang terjadi seterusnya? Apakah pengakhiran filem pendek raya - Bisik Hati Emak ini? Saksikan video penuh filem pendek raya 2018 daripada Telekung Siti Khadijah ini.

Video Penuh Filem Pendek Raya 2018 - Bisik Hati Emak



Oh ya, jangan lepaskan peluang untuk memenangi sepasang Telekung Siti Khadijah secara percuma.

Nak Menang Telekung Percuma Siti Khadijah?

Apa yang perlu anda buat, ialah hanya perlu kongsikan video ini di Facebook anda berserta kupasan tentang video ini tidak lebih 50 perkataan. 10 kupasan paling menarik akan dipilih sebagai pemenang bertuah!

Pastikan juga anda sertakan hashtag #BisikHatiMak sekali ya.

Link video - https://youtu.be/jmWy5YB6g9I

Semoga anda mendapat sesuatu dari filem pendek raya ini, dan menjadi antara yang bertuah untuk menang sepasang telekung Siti Khadijah .. bolehlah nanti dihadiahkan kepada emak atau emak mertua ya.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon