Bersahur Dengan Ramen Samyang? Biar betul !! Jemu dihidangkan nasi ketika bersahur, anak-anak saya minta untuk disediakan ramen Samyang untuk bersahur. Anda pernah berbuka puasa atau bersahur dengan ramee atau mee Samyang tak?

Saya dah pernah rasa ramen ni. Giler pedas kot. Itupun makan cuma secubit. Walaupun saya agak tahan kepedasan, tetapi kepedasan ramen Samyang ini memang tak boleh blah ... 'berasap' dibuatnya.

Bersahur Dengan Ramen Samyang Perisa Kari

Bersahur Dengan Ramen Samyang Perisa Kari
Setakat ini, anak-anak saya dah beberapa kali berbuka puasa dengan memakan ramen Samyang. Ramen Samyang tak susah nak dapat, boleh je dibeli di beberapa kedai runcit dan pasaraya yang ada di tempat saya. Harganya RM25 untuk lima bungkus.

Ala, kalau malas nak cari kat kedai ... ramen ni boleh je dibeli secara online. Ada dijual di 11th Street, Shopee dan juga Lazada.


Selalunya saya belikan ramen Samyang perisa kari. Perisa kari, perisa universal yang memang kebiasaannya sedap. Ramen Samyang ni berasal dari Korea Selatan, dan ia antara makanan segera yang popular di sana. Malah, ia antara mee segera yang diterima ramai penduduk dunia.

Tak sangka pula, anak-anak saya berminat nak makan ramen Samyang ni ketika sahur di bulan Ramadan ni ... kalau buka puasa tu, boleh diterima juga. Kalau berbuka dengan ramen Samyang tu kira bolehlah diterima sebab boleh dimakan selepas berbuka dengan makanan lain.

Err siapa yang tak kenal ramen Samyang tu, ni saya berikan beberapa gambar produk mee segera halal dari Korea ni .. pernah makan tak??
Bersahur Dengan Ramen Samyang Perisa Kari
Berbuka dan Bersahur makan Ramen Samyang
Ramen Samyang halal korea
Bahan-bahan dalam ramen Samyang
Peknya memang jujur, ramen ni memang benar-benar pedas ... 100% pedas gila ...!!

Siapa yang pernah makan ramen Samyang perisa kari ni tentu tahu bagaimana tahap kepedasan yang ada pada mee segera ni. Serius, secubit darinya pun dah terasa kepedasan sampai menusuk ke lelangit mulut.

Jika isteri saya yang masakkan ramen Samyang ni, dia akan kurangkan kepedasan dengan hanya memasukkan separuh perencah. Tetapi, kalau saya ... saya akan letak kesemuanya. Tak naklah simpan perencah tu .. risau nanti simpan-simpan ... tak sedar expired. Tu lagi naya kalau makan ..huhu.
Berbuka dan Bersahur makan Ramen Samyang


Saya risau juga bila anak-anak nak bersahur dengan ramen Samyang ni. Bukan apa, takut nanti akan sakit perut di siang hari. Yelah, perut dalam bulan Ramadan ni dah berubah fungsi sikit. Takut tak tahan je nak proses rasa kepedasan yang ada pada ramen Samyang.

Tapi alhamdulillah, nampaknya anak-anak saya macam ok je bersahur dengan ramen Samyang ni.

Saya pulak? Uhh memang tak lah. Sebab bagi saya, makan ramen ketika bersahur tidak begitu mengeyangkan untuk perut sebesar sekarang ... haha. Adalah lebih afdal dan lebih baik bersahur dengan sebiji buah kurma dan air segelas. :)

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sedap ramyen samyang ni tapi kalau pedas, tak berani pulak makan untuk bersahur..takut sakit perut..😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal. Saya tadi ada gak la merasa masa bersahur dgn anak-anak, rasa secubit je .. perghhh rasa macam terbakar weihh kat dalam mulut ni.

      Padam
  2. aida lom pernah cuba ramen samyang.
    tak terdetik nak membeli.
    anak-anak nak merasa, aida aje yg kolot lagi.
    dok telan maggi jer. ha ha ha ha :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement