21 May 2018

3 Tips Simple Untuk Gantung Poster atau Hiasan Dinding di Belakang Sofa


Tips untuk gantung poster atau hiasan dinding di belakang sofa. Mungkin ada di antara anda sedang memikirkan cara dan mencari tips untuk menghias kediaman sempena ketibaan satu-satu perayaan. Antara ruang kediaman yang sering menjadi pilihan untuk perubahan dekorasi pastilah ruang tamu. Ia bahagian paling mudah untuk dihias, dan ruang utama di dalam sesebuah kediaman.

Di ruang tamu, sofa adalah antara perabot utama yang kebiasaannya diletakkan sebagai satu keperluan. Ia bukan sekadar tempat untuk duduk, tetapi tempat rehat dan melepaskan lelah. Ia adalah satu kawasan santai yang menjadi titik tumpuan dalam ruang tamu.

Tips Simple Hias Ruang Tamu, Terutama Cara Gantung Poster/Hiasan Dinding Belakang Sofa

Tips Simple Gantung Poster/Hiasan Dinding Belakang Sofa Ruang Tamu
Selalunya, kita akan akan gantung dekorasi hiasan dinding di belakang sofa. Masuk sahaja mana-mana kediaman, pasti akan ada hiasan dinding seperti poster atau gambar digantung untuk compliment dengan rupa bentuk sofa serta ruang tamu.

Jaranglah bahagian belakang sofa kelihatan kosong. Paling tidak mesti ada yang gantung gambar keluarga, atau hiasan dinding seperti ayat-ayat suci Al-Quran, khat, atau cermin. Untuk mereka yang sukakan cirian lebih simple, murah dan unik, mungkin akan gantung poster untuk hiasan di belakang sofa.

Dekorasi rumah tidak akan lengkap tanpa adanya hiasan dinding ini. Suasana akan kurang serinya dan nampak kosong... betul tak?

3 Tips Gantung Poster atau Hiasan Dinding di Belakang Sofa

Untuk post kali ini, saya suka nak kongsikan kepada anda beberapa tips untuk gantung poster atau hiasan dinding di belakang sofa. Tips ini saya peroleh menerusi perkongsian bermanfaat daripada FB Noor Hafiza Mohamad.

 Untuk menyusun hiasan di belakang sofa, beberapa tips ini boleh digunapakai iaitu:
 Tentukan fokus atau titik tumpuan
  1. Pastikan kedudukan hiasan tersebut berada pada 'eye level' iaitu sama aras pandangan mata.
  2. Jarak hiasan dari sofa perlu seimbang, tidak boleh terlalu jauh supaya tidak nampak terpisah.
  3. Warna/design hiasan dinding yang digunakan perlu mengikut tema atau konsep dekorasi keseluruhan.
Beberapa idea untuk anda lihat sebagai panduan menghias atau dekorasi belakang sofa...
Tips Simple Gantung Poster/Hiasan Dinding Belakang Sofa Ruang Tamu
Tips Simple Gantung Poster/Hiasan Dinding Belakang Sofa Ruang Tamu


Tips Simple Gantung Poster/Hiasan Dinding Belakang Sofa Ruang Tamu
Tips Gantung Poster Hiasan Dinding Belakang Sofa
Tips Gantung Poster Hiasan Dinding Belakang Sofa
Tips Simple Gantung Poster/Hiasan Dinding Belakang Sofa Ruang Tamu
Semoga bermanfaat untuk anda. Jika berminat nak tahu lebih detail bagaimana nak hias kediaman anda di musim perayaan, atau mungkin mahu dapatkan tips tambahan dekorasi mengikut bajet anda, boleh muat-turun panduan INI (klik).

Selamat menghias rumahhh ... :)

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

3 Komen

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon