22 May 2018

Tak Jadi ke Tandas Sebab Ada Gajah Liar


Hari tu, ada heboh pasal seekor gajah jantan liar telah tersesat memasuki kawasan Hentian Rehat dan Rawat di Puncak Titiwangsa di Jalan Raya Timur-Barat, Grik. Memang hebohlah di media sosial, apabila ada yang berkongsi video kejadian menunjukkan gajah jantan itu seperti sedang mengamuk memusnahkan pagar dan pokok.

Kejadian tersebut berlaku sehari sebelum Hari Penamaan Calon PRU14, iaitu hari jumaat, 27 April 2018.

Nak ke Tandas, Tetapi Terjumpa Gajah Liar

Kebetulan, ketika kejadian gajah jantan ini berada di Hentian Rehat dan Rawat Puncak Titiwangsa, saya sekeluarga telah berada di lokasi. Saya dan keluarga ketika itu, sedang dalam perjalanan ke Kuala Besut, Terengganu untuk bercuti di Pulau Perhentian.

Anak saya nak terkencing, jadi terpaksalah singgah di hentian tersebut. Ketika kami tiba di Hentian Titiwangsa tu, tak jangkakan pun gajah liar masih berada di situ.

Sebenarnya, saya dan isteri dah dimaklumkan oleh adik ipar saya yang ada gajah jantan sedang mengamuk di hentian tersebut lebih kurang jam 5:00 petang pada hari tersebut. Kami memang tak jangkalah yang gajah tersebut masih berada di lokasi, memandangkan kami sampai di hentian tersebut lebih kurang jam 8:00 malam.

Asal nak singgah untuk kencing, tapi terjumpa gajah jantan. Gajah tu pulak elok je sedang melepak sebelah tandas sambil makan batang pokok palma yang ada berdekatan.

Memang tak dapat la nak kencing .. haha .. anak-anak saya terus hilang rasa nak terkencing selepas nampak gajah jantan tu. Lagipun, tandas yang juga berdekatan dengan surau ditutup untuk elak kejadian tidak diingini.

Ramai orang yang menyaksikan kejadian. Ada yang ambi peluang untuk bergambar lagi ..
Anak-anak saya pulak, ntah macamana terlampau berani, berada dekat dengan gajah jantan yang sudah ada gading kecil.

"Eiii anak sapalah tu dok dekat ngan gajah tu .. " terdengar suara seorang kakak tu yang turut berada di tempat kejadian.

"Bahaya la derang tu dekat-dekat ngan gajah .. anak sapa tu, mana mak bapak derang .... tak risau ke?"

Saya yang berada berhampiran, sambil lalu sebelah kakak tu, jawablah kemushkilan ....

"Anak-anak saya tu semua kak ... "

Tersenyum kelam je derang.. hehehe.

Saya pun panggil anak-anak saya, Amri, Zikri dan Maira yang memang berada agak dekat dengan gajah jantan liar tu. Kedudukan mereka cuma terhadang dengan satu penghadang yang diletakkan serta deretan kereta yang sedang parking.

Kata Amri, mereka ingatkan gajah tu dah kena ikat pada pokok. Tu yang buatkan berani nak lalui kawasan tu, untuk ke tandas. Hmm kalau dah rasa nak terkencing .. bukan sedar apa yang ada di sekeliling .. huhu.

Tak jadi kencing. Kami ambil peluang untuk melihat gelagat gajah jantan liar tersebut.


Lebih kurang 20 minit berhenti dan menyaksikan gajah jantan tu, saya ambil keputusan untuk teruskan perjalanan. "Jauh lagi kami nak sampai ni, kalau asyik dengan melihat gajah tu .. bila nak sampai ke destinasi .. " kata hati saya.

Aha .. anda nak tahu .. lebih kurang 10 minit saya bawa kereta menuju ke Jeli, saya dan anak-anak ternampak seekor lagi gajah di tepi jalan. Kami nampak ia sedang berdiri di sebelah pokok besar. Nasib baiklah ia tak tiba-tiba melintas, kerana ketika itu saya memandu agak laju menuruni selekoh.

Fuh. Satu malam .. dua kali kami bertemu dan berjumpa dengan gajah liar di Jalan Raya Timur Barat, dari Grik menghala ke Jeli.


Asalnya singgah di Hentian Titiwangsa untuk kencing dan mandikan Najmi ... tetapi segalanya terpaksa ditangguhkan .. kerana seekor gajah jantan liar..huhu.

Anda pernah ada pengalaman terjumpa gajah liar di laluan Jalan Raya Timur-Barat ni tak?

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

1 Komen sahaja

bestnya jumpa secara tak sengaja ni.. tak pernah lagi sya jumpa gajah kt tepi jalan or mana-mana..

Aerill Hassan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon