Onde-onde atau kuih Buah Melaka adalah antara kuih-muih tradisional yang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kuih ini sangat mudah didapati di tempat saya. Ia antara kuih yang sebenarnya tak susah pun nak membuatnya.

Resepi Onde-Onde atau Buah Melaka

Cara membuat atau resepi Onde-Onde atau Buah Melaka pun tak susah, dan bahan-bahan untuk memasak kuih tradisional ini pun tak banyak. Boleh dijadikan hidangan yang cukup sedap dan menyelerakan, apatah lagi ia kuih kategori manisan.
Resepi Onde-Onde atau Buah Melaka
Baru-baru ini, anak-anak saya telah ambil peluang untuk membantu isteri saya menyediakan resepi Onde-Onde atau kuih Buah Melaka ini. Seronok mereka dapat merasa pengalaman membuat kuih tradisional orang Melayu ini di rumah.

Anda nak cuba resepi Onde-Onde atau Buah Melaka tak? Bolehlah lihat bahan-bahan untuk memasak kuih ini dan cara penyediaannya di bawah.

Bahan-Bahan Membuat Onde-Onde/Kuih Buah Melaka

Ok bahan-bahan untuk membuat Onde-Onde adalah seperti di bawah untuk kuantiti 20-30 biji kuih Buah Melaka ini:
  • 2 cawan tepung pulut (beras pulut)
  • 2 sudu makan penuh tepung gandum
  • 1 cawan jus pandan (7-10 helai daun pandan dikisar)
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 biji kelapa parut yang diambil bahagian putih
  • 1 sudu teh garam
  • 2-3 helai daun pandan untuk rebusan

Cara Penyediaan Onde-Onde/Kuih Buah Melaka

Resepi Onde-Onde atau Buah Melaka
  1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum di dalam satu bekas dan mula adunkan membentuk doh dengan tambahkan jus pandan sedikit demi sedikit. Awas, jangan tersilap menggunakan jenis tepung ye, jangan jadi macam kisah saya yang silap guna tepung untuk buat cucur Udang hari tu .. haha .. naya je kang.
  2. Uli adunan sehingga membentuk doh yang sedikit kenyal. Adunan terbaik adalah apabila doh sudah tidak melekat di tangan.
  3. Rebuskan air di dalam periuk bersama daun pandan sehingga mendidih. Daun pandan digunakan agar boleh memberikan bau yang sedap pada kuih.
  4. Racik atau potong halus gula melaka. Ambil doh sebesar ibu jari tangan atau saiz yang anda mahu, gentel sekejap dan tekan bahagian tengan atau leperkan, masukkan potongan gula melaka sedikit dan gentel balik.
  5. Siap gentel,anda boleh terus masukkan onde-onde atau buah melaka ke dalam air yang telah mendidih.
  6. Rebuskan sehingga onde-onde yang tenggelam muncul di permukaan. Bila timbul tu, itu tandanya kuih anda telah masak sepenuhnya.
  7. Angkat dan tos serta lumurkan ke dalam campuran kelapa parut dengan garam tadi.
  8. Tunggu ianya sejuk dan siap untuk dimakan. Penting kena tunggu ianya sejuk takut nanti melecur bibir sebab air gula melaka yang mencair sebagai inti.
Resepi Onde-Onde atau Buah Melaka
Tak susah pun kan? In Sha Allah, boleh dibuat dan dimasak di rumah. Hidangan Onde-Onde ni memang sesuai sebagai manisan, terutama sekali dijadikan juadah berbuka puasa di bulan Ramadan.

Baik, selamat mencuba ye ...
Resepi Onde-Onde atau Buah Melaka

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement