Traveloka Banner

5 Perkara Patut Elak Bila Ajar Anak Membaca Guna Kaedah Fonetik

Tentu seronok melihat anak-anak kecil seawal usia 4-5 tahun dah boleh membaca, atau melihat gelagat mereka sedang membaca. Saya sendiri seada boleh mahu melihat anak-anak boleh membaca dengan baik.

Tetapi, tidak boleh sangat memaksa mereka untuk mengenal huruf dan membaca di usia yang terlalu awal, kerana daya otak mereka belum cukup kuat nak menerima segala input, apatah lagi bila melibatkan huruf yang berbentuk-bentuk sebegitu.

5 Perkara Patut Dielakkan Jika Ajar Anak Membaca Guna Kaedah Fonetik

5 Perkara Patut Dielakkan Jika Ajar Anak Membaca Guna Kaedah Fonetik
Sepanjang pengetahuan saya yang telah mempunyai 4 orang anak, antara teknik yang terbaik diperkenalkan untuk membolehkan anak-anak dapat membaca dengan cepat adalah menerusi kaedah atau teknik fonetik.

Aha ... Kalau anda, sebagai ibu bapa pergi ke kedai buku, pasti akan jumpa buku-buku yang memperkenalkan teknik ini.

Malah, di sesetengah tadika, taman asuhan kanak-kanak atau tabika, akan ada buku begini dan banyak yang menerapkan teknik fonetik dalam memperkenalkan anak-anak kepada huruf dan bunyi.


Kalau anda ada terjumpa buku-buku yang gunakan kaedah fonetik ini, cubalah beli dan jadikan koleksi untuk ajar dan didik anak kenal huruf di usia awal. Tak kisahlah bahasa apa, in Sha Allah .. gunakan teknik ini akan banyak membantu anak untuk segera mudah dan boleh membaca.

Cumanya ...

Jika anda mahu mengajar anak-anak menggunakan teknik ini, ada beberapa perkara yang tidak boleh anda lakukan. Khuatir ia bakal menyusahkan anak-anak semasa mengajar mereka membaca.
  1. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca. 
  2. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan. 
  3. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca. 
  4. JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan. 
  5. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal. 
 
Dan apabila mengajar, banyakkan bersabar, sebab ia bukan mudah, tetapi andai berjaya, ia memang satu usaha yang sangat-sangat berbaloi.

Sumber: ReadNetwork

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments