Hari ini saya nak sambung kisah tentang pengalaman pertama saya bercuti ke Taman Negara Pahang bersama rakan-rakan sekolah menengah lama saya. Jadinya, ia merupakan entri blog yang kedua saya mengenai percutian ke Taman Negara Malaysia di Kuala Tahan, Pahang.

Jika anda belum baca entri pertama saya tentang percutian ke Taman Negara Pahang tu, boleh bacanya di sini - Pengalaman Pertama Percutian di Taman Negara Pahang. Err awas, entri tu agak panjang dan membosankan ... hahaha melainkan gambar saya yang agak kacak.

Pengalaman Pertama Bercuti ke Taman Negara Pahang, Trekking & Mandi Manda di Lubuk Simpon

Pengalaman bercuti ke Taman Negara
Percutian ini adalah antara percutian pertama saya di tahun 2018. Kali ini tanpa keluarga saya...hehe. Bukan selalu bercuti tanpa isteri dan anak-anak .. kasik peluanglah sesekali .. huhu... best ada isteri yang supportive ni. Alhamdulillah.

Namun, sebelum saya bercuti pergi sendirian ke Taman Negara Pahang ni, saya dah bawa seisi keluarga bercuti ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam percutian ke Kota Bharu tu, saya bawa isteri dan anak-anak serta emak saya pergi melawat beberapa tempat menarik yang ada di sekitar Kota Bharu termasuklah beberapa kedai makan yang pernah jadi viral di media sosial.

Haha .. belum habis penat saya balik bercuti di Kota Bharu, selang beberapa hari, saya ke Taman Negara Pahang pulak .. uhh sakan berjalan .. haha. Apa nak buat, trip ke Taman Negara Pahang ni, sebahagian besar belanja ditanggung oleh kawan-kawan, jadi saya ikut je la. Saya cuma perlu ada duit poket sikit, dan RM150 sebagai 'pengeras'.

Orait, saya sambung cerita ye.
Penginapan Taman Negara Pahang
Pengalaman Pertama Bercuti ke Taman Negara Pahang, Trekking & Mandi Manda di Lubuk Simpon
Sebelum ni, saya dah cerita mengenai perjalanan ke Taman Negara Pahang, dan dah tiba ke resort penginapan kami iaitu di Mutiara Taman Negara Resort. Kami seramai 14 orang tiba sebelum suboh di Kuala Tahan, jadi awal pagi semasa di resort, kebanyakkan dari kami cuma berehat dan tidur untuk melepaskan lelah selepas perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur.

Tengahari. Selepas habis lelah dan penat, tibalah masa untuk beraktiviti dan makan tengahari.

Makan tengahari disediakan oleh beberapa rakan, diketahui oleh salah seorang daripada kami yang memang dilantik untuk menjadi Chef .. haha ... dan itulah pertama kali dalam seumur hidup saya merasai menu masakan dari kawan saya tu. Tak sangka pula, dia pandai masak .. dulu masa kat sekolah .. dia lebih dikenali sebagai seorang nerd... haha.

Memasak di Tapak Perkhemahan Taman Negara

Di Mutiara Taman Negara Resort ... ada tempat memasak. Cumanya tak ada dapur gaslah. Jadi, kalau nak memasak, perlu bawa peralatan sendiri termasuklah kuali, periuk, pinggan-mangkuk dan keperluan lain.

Tempat memasak tu berdekatan dengan tapak perkhemahan yang ada di Mutiara Taman Negara. Siap berdekatan dengan tandas yang ada bilik mandi.

Selesai makan tengahari, uhh .. makan nasi lauk kari ayam yang cukup marvelous ... kami semua ambil keputusan untuk buat trekking ke Lubuk Simpon. Lubuk Simpon ni terkenal sebagai lokasi untuk mandi manda dan juga berkelah. Untuk ke Lubuk Simpon ada dua cara, samada menaiki bot dari jeti Kuala Tahan atau trekking menerusi Taman Negara.

Ada juga di antara kami yang ambil keputusan selepas selesai makan untuk cuba memancing di pinggir Sungai Tahan. Ada rumah terapung berdekatan dengan kawasan perkhemahan, yang merupakan stesen pemeriksaan Perhilitan..huhu.
Tapak perkhemahan di Taman Negara Pahang
Memancing di Taman Negara Pahang
Nampak tak (gambar bawah), ada lubuk yang dipercayai ada banyak ikan Kelah sedang menanti untuk dinaikkan berdekatan dengan rumah terapung ni ..  Tu sebab ada rakan saya seolah tak sabar nak memancing di situ. Kata derang, nak cari lauk untuk makan malam .. haha.

Yang lain, dah tak sabar nak mandi air Sungai Tahan ... huhu. Semua dah siap dengan baju mandi dah.
Lubuk memancing ikan Kelah, Taman Negara Pahang
Bercuti dan memancing di Taman Negara Pahang
Errrr .. kalau ikutkan peraturan Taman Negara, adalah dilarang untuk memancing di Sungai Tahan ni. Pun begitu, mulai Mei 2018, pihak Taman Negara Pahang dah berikan kelonggaran untuk memancing di sepanjang Sungai Tahan. Boleh bacanya di SINI.

Trekking Jalan Kaki ke Lubuk Simpon, Taman Negara Pahang

Jarak nak trekking ke Lubuk Simpon tu tak berapa jauh, lebih kurang dalam 300 meter rasanya. Dah ada denai bersimen ... tak perlu nak rempuh semak samun. Semuanya dah dipermudahkan untuk para pelancong trekking (berjalan kaki) ke kawasan mandi-manda Lubuk Simpon tu.

Pun begitu, kalau ada yang semput ... memang mencabar jugalah perjalanan nak ke Lubuk Simpon ni, memandangkan ia perjalanan yang turun naik, perlu mendaki serta menuruni bukit pada beberapa kawasan.
Treckking Lubuk Simpon, Taman Negara

Treckking Lubuk Simpon, Taman Negara
 Treckking Lubuk Simpon, Taman Negara
Aha .. jika anda ke Taman Negara, dan mahu jejaki Lubuk Simpon ni, pastikan bawa air minuman secukupnya. Dalam perjalanan tu, bolehlah nikmati kehijauan alam sekitar. Bawa parang atau pisau jika perlu untuk langkah keselamatan. Manalah tahu, kot-kot tetiba muncul babi hutan .. haha.
Treckking Lubuk Simpon, Taman Negara
Treckking Lubuk Simpon, Taman Negara
Treckking Lubuk Simpon, Taman Negara
Perjalanan merentas hutan, turun naik bukit .. rasa penat dan lelah akan hilang sebaik sahaja sampai ke Lubuk Simpon.

Oh ya, kalau tak mahu rasa penat sangat, jangan lupa ambil peluang untuk ambil gambar kenangan sepanjang trekking ke Lubuk Simpon ni. Bila nak bergambar, mesti akan berehat .. time ni ambillah masa untuk hargai kehijauan ciptaan Allah S.W.T.

Mandi-Manda, Berkelah di Lubuk Simpon Taman Negara

Lubuk Simpon, tempat mandi dan berkelah
Lubuk Simpon, Taman Negara Pahang
Lubuk Simpon tempatnya sangat lapang. Ada gazebo untuk berteduh. Memang sesuailah untuk berehat santai, mandi manda dan berkelah.

Gambar Tempat Mandi, Lubuk Simpon Sungai Tahan

Nah, saya belanja beberapa gambar di kawasan Lubuk Simpon. Jangan geli tengok geng-geng sekolah umur 40an tahun mandi manda ehh ..haha.
Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang

Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Mandi manda di Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Mandi manda di Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Lokasi tempat mandi Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang
Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang

Memang best mandi di Lubuk Simpon. Ia antara lokasi sesuai untuk mandi-manda sepanjang Sungai Tahan di Taman Negara Pahang ni. Ada beberapa lokasi lain, tetapi Lubuk Simpon adalah yang paling dekat dengan Mutiara Taman Negara Resort.

Tempat ini juga sesuai untuk berkelah dengan seisi keluarga. Kalau bawa anak-anak pun boleh .. tak ada masalah sangat, sebab boleh ke sini menaiki bot. Nak cabaran lebih sikit, masuk je ikut Mutiara Taman Negara Resort tu dan trekking ke Lubuk Simpon. Oh ya, jangan lupa minta kebenaran ye ..
Lubuk Simpon Taman Negara Malaysia

Air Sungai Tahan memang jernih dan sejuk. Lepas dah trekking .. dapat mandi di air Sungai Tahan di Lubuk Simpon ni memang syok habis ... air sungai pun tak deras. Memang sesuailah untuk mereka yang nak mandi manda tetapi tak pandai berenang. Cuma awas, ada kawasan cetek dan juga kawasan dalam.

Kawasan Lubuk Simpon juga tidak berapa sunyi, sesekali tu .. akan ada je bot yang lalu lalang bawa pelancong dari jeti Kuala Tahan untuk masuk jauh ke dalam. Laluan Lubuk Simpon ni adalah laluan Sungai Tahan nak ke Santuari Kelah, yang tak berapa jauh dari Lubuk Simpon.

Orait.

Maka berakhir post kedua mengenai percutian saya selama 3 hari dua malam di Taman Negara Pahang ni. Saya akan sambung kisah ini di lain entri blog pula.

Sudikan untuk like FB Page blog ini di SINI. In Sha Allah, ada video percutian saya dengan kawan-kawan di Taman Negara telah dimuat-naik di situ. Boleh tengok betapa girangnya kanak-kanak umur 40an bercuti tanpa bini dan anak-anak masing-masing ..hahahahaa.

Tips Jika ke Lubuk Simpon, Sungai Tahan Taman Negara Pahang

Sedikit tips ..
  • Pakai pakaian mandi siap-siap atau pakaian yang boleh dibasahkan.
  • Untuk trekking, pakai kasut yang sesuai serta stokin.
  • Tak perlu risau pasal pacat kerana laluan adalah bersih. Cuma jangan pijak kawasan basah.
  • Bawa tuala mandi dan tuala kecil.
  • Tidak dibenarkan buat unggun api. Nak memasak, bawa dapur portable.
  • Bawalah makanan untuk berkelah.
  • Jangan buang sampah merata-rata. Sila sediakan plastik sampah kecil. Dan bawa sampah pulang dan buang di tempat yang sepatutnya.
  • Tidak dibenarkan memancing di Lubuk Simpon.
  • Bawa pisau atau parang kecil untuk keselamatan.
  • Bawa air masak/mineral secukupnya.
  • Bawa first-aid-kit, macam minyak urut atau losyen panas..takut-takut kremm .. huhu.
  • Berhati-hati dengan bot pelancong yang lalu-lalang.
Moga terhibur dan dapat sedikit sebanyak info berkaitan Taman Negara Pahang.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement