18 May 2018

Fazura Bertudung Setiap Kali Ramadan - 7 Gambar Cantik Fazura

Penampilan selebriti cantik ketika bulan Ramadan pasti akan mencuri perhatian. Ini adalah kerana kebanyakkan daripada selebriti wanita ini akan mengenakan tudung atau hijab sepanjang bulan Ramadan, terutama mereka yang tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penggambaran.

Salah seorang dari selebriti cantik yang berjaya mencuri perhatian kerana bertudung ini ialah Fazura. Fazura kekal kelihatan cantik dan menawan walaupun bertudung. Malah, Fazura sejak kebelakangan ini memang sering nampak bertudung.

Fazura Kelihatan Cantik Bertudung Setiap Kali Ramadan

Gambar Fazura Bertudung Setiap Kali Ramadan
Nak-nak lagi bila Fazura ada rangkaian koleksi tudung jenama sendiri.. huhu. Jadi, memang eloklah andai pemunya jenama tudung juga bertudung dan menutup aurat sepatutnya...hehe.

Alhamdulillah, Fazura pun sudah berkahwin dengan Fatah Amin. Mereka berdua memang nampak secocok dan sepadan.

Moga Istiqomah

Dulu, pernah viral satu video Fatah Amin sindir Fazura tak bertudung .. dan moga sindiran itu berjaya menusuk jiwa Fazura untuk terus bertudung litup atau berhijab, apatah lagi kini sudah menjadi isteri yang sah kepada Fatah Amin.
Fazura Bertudung Setiap Kali Ramadan
Sejak Fazura pulang dari menunaikan umrah pada Disember 2017 dan tampil berhijab; ramai di kalangan peminat Fazura yang sangat gembira serta mendoakan agar penampilan sopan santun berhijab Fazura akan terus kekal.

Uhh Fazura memang cantik bertudung, kan kan? Ya, orang cantik .. pakailah apa sahaja, akan kekal kelihatan cantik. Tapi, tak semua selebriti cantik kalau tampil bertudung akan nampak cantik ...huhu. Namun, sukalah saya nak ingatkan .. bertudung ini bukan untuk fesyen; tetapi ia satu langkah untuk melengkapi diri seorang wanita menjadi seorang wanita solehah.

Kita doakan yang baik-baik untuk pasangan Fatah Amin dan Fazura.

Gambar-Gambar Fazura Cantik Bertudung

Gambar Fazura Bertudung Cantik
Gambar Fazura Bertudung Cantik
Fazura Bertudung Setiap Kali Ramadan
Fazura Bertudung Setiap Kali Ramadan

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

2 Komen

fazura sesuai sangat dengan Fatah Amiin..

Padan seperti pinang dibelah dua..

eh..

tak ingat nak komen tentang tudung

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon