Belikan Redmi 5A Untuk Emak

Borong Online dari China
Telefon emak saya dah hauppp ... memang dah sampai masa untuk diganti dengan telefon lain. Lagipun, harga smartphone sekarang banyak yang dah turun harga. Lagi-lagi sekarang ni banyak syarikat pengeluar telefon buat promosi turun harga selepas kerajaan Pakatan Harapan umumkan yang GST sifar peratus mulai 1 Jun 2018.

Beli Redmi 5A Untuk Kegunaan Emak

Saya belikan telefon dari Xiaomi. Emak saya tak kisah apa jenis telefon pun, asalkan senang nak gunakan. Tak perlu fungsi canggih. Jadi, saya pilih Xiaomu Redmi 5A untuk emak saya.
Beli Redmi 5A Untuk Kegunaan Emak
Harga saya beli ialah RM400 satu set. Kalau beli online di Lazada Malaysia boleh dapat RM358 percuma sekali dengan earphone. Kat Shopee pun leh dapat harga murah. Tapi memandangkan emak saya nak guna telefon dan dah lama pun dia minta saya belikan, maka saya tak beli secara online.

Saya malas nak buat emak tertunggu-tunggu. Beli je kat kedai, boleh terus dapat dan guna.

Bila dah belikan Redmi 5A ni untuk emak saya, maka terpaksalah ajar cara nak guna. Emak saya dah biasa dengan jenama Samsung. Jadi, ada masalah sikitlah nak tunjukkan fungsi-fungsi asas dalam Redmi 5A ni walaupun sebenarnya tak jauh beza sangat pun.

Al maklumlah orang dah berumur lebih 70 tahun ni. So, faham-faham je la ehh.

Ini pertama kali saya dapat rasa guna Redmi. Sebelum ni setakat pegang begitu je kat kedai telefon.
Smartphone Redmi 5A


Hmm .. memang boleh tahanlah jenama Xiaomi ni. Redmi pun ada spesifikasi yang agak baik untuk sebuah telefon pintar berharga di bawah RM500. Dan paling penting, sesuai untuk kegunaan seperti golongan warga emas macam emak saya ni.

Spesifikasi Redmi 5A

  • Display: 5” HD 1280x720 resolution, 296PPI
  • 2GB RAM/16GB ROM
  • Up to 128GB microSD Support
  • 3000mAh (typ.) Li-Polymer battery
  • 13MP Rear Camera, 5MP Front-Facing Camera
  • Low Light enhancement, panorama, HDR, Burst mode, Face recognition, Real time filters
  • No Fingerprint sensor
  • Accelerometer/Gyroscope/Proximity Sensor/Light Sensor/E-Compass
  • Dual Nano Sim – MicroSD slot (Dedicated)
Aha .. cubalah tengok spesifikasi yang ada pada Xiaomi Redmi 5A yang saya belikan untuk emak saya ni .. best kan? Tak terlalu berlebih, semuanya just nice.

Emak saya cuma gunakan telefon untuk telefon orang, dan ambil gambar sahaja. Tak lebih daripada itu. Tak ada whatsApp, tak ada aplikasi lain ... tak gunakan FB, tak gunakan sosial media. Yang paling penting, jari dia mudah nak kendalikan telefon tu.

Aha .. SMS pun emak saya tak guna. Malas nak taip katanya .. haha.

Kalau rasa minat nak beli, leh beli online di SINI. Harga berpatutan malah lebih murah kalau beli di kedai.

Redmi 5 promotion





Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

4 Comments

  1. harga yang sangat berpatutan bagi spesifikasi mcm tu..

    ReplyDelete

  2. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  3. cantik juga tu...

    mesti emak bro HH sudah happy sekarang..

    mengembirakan hati orang tua akan memurahkan rezeki

    ReplyDelete
  4. spec sama macam Redmi Note 2 aku ni..haha..tah bile aku nak tukar fon tah..sayang lagi kat fon ni

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.