21 May 2018

Akok 'Risda' Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang Popular Hanya Di Bulan Ramadan


Kalau anda melalui Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang, Kelantan .. pasti akan terlihatkan kedai menjual kuih Akok yang hanya nampak aktif pada bulan Ramadan. Kuih Akok yang dikenali ramai sebagai Akok Risda ini memang ramai peminatnya. Ia unik sebab hanya dijual pada bulan Ramadan sahaja. Ini menjadikan kuih Akok Risda ini .. bukan setakat unik tetapi eksklusif.

Akok 'Risda' Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang Popular Hanya Di Bulan Ramadan

Kenapa dinamakan Akok Risda? Sebab kedai ini bersebelahan dengan Pejabat Risda, di Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang tu. Jadi, kalau nak cari kuih Akok yang dah jadi viral ni, carilah Pejabat Risda.
Akok 'Risda' Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang
Kuih Akok yang dijual di situ berharga RM5 sebiji. Setiap kali bulan Ramadan, kuih Akok yang diusahakan sejak lebih 18 tahun lalu oleh keluarga Norlidawatie Kamaruzaman (27 tahun) sering menjadi tumpuan dan mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk setempat, mahupun dari luar Kelantan.

Kuih Akok Risda ini memang laris sebab mampu terjual sebanyak 3,000 biji dalam masa 6 jam, bermula dari 9 pagi hingga 3 petang.

Akok 'Risda' Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang
Akok dijual di sini hanya kuih Akok Bunga. Ianya dibuat dan dimasak di situ. Ia adalah untuk pastikan pelanggan mendapat kuih Akok yang baru dibuat, dan masih panas.

Walaupun kuih akok dijual dengan RM5 sebiji, saiznya lebih besar .. berbeza sekali dengan kebanyakan kuih akok yang dijual di tempat lain. Rasanya lebih sedap dan tidak sama dengan resepi kuih akok yang boleh dicari menerusi Google. :)

Bercakap soal harga, kuih Akok Risda ini kadang dijual dengan lebih murah, iaitu antara RM3-RM4 sebiji, apabila ada kuih akok 'reject' disebabkan terlampau hangus atau hancur. Pun begitu, ia tetap mendapat sambutan daripada pelanggan.

Keistimewaan kuih Akok Risda ini ialah, ia mampu bertahan lebih lama andai disimpan di dalam peti ais. Resepi yang digunakan untuk hasilkan kuih Akok Risda adalah resepi tradisional turun-temurun keluarga Norlidawatie. Norlidawatie bertindak sebagai pengurus kepada perniagaan kuih Akok ini setelah mengambil-alih daripada abangnya sejak 2 tahun lalu.

Ciri utama lain keistimewaan kuih Akok Risda ini ialah, ia dibakar menggunakan bekas atau bekas tembaga dengan menggunakan bara api dari sabut kelapa.


Kepada yang tak tahu resepi asas nak membuat kuih Akok ni, bahan-bahan utamanya ialah terdiri dari tepung gandum, telur itik, santan, daun pandan, dan gula.

Untuk pengetahuan tambahan, kuih Akok daripada keluarga Norlidawatie ini juga ada dijual di cawangan di Berek 12, berdekatan bangunan Aman Razak, Kota Bharu. Malah, ianya dijual di Jerteh dan juga Kuala Lumpur.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon