24 April 2018

iPad Baru, 9.7 Inci Harga MYR1449

Menarik betul iPad baru versi 2018 yang baru sahaja keluar. Ia berukuran 9.7 inci, dan sudah mula dijual secara rasmi dengan harga RM 1449. Harga yang dinyatakan adalah untuk iPad berkapasiti 32GB, untuk storan lebih besar, iaitu 128GB, beza cuma RM400.

Saya baru dapat maklum yang iPad baru 2018 ini sudah boleh dimiliki secara online di laman web rasmi Apple.

Apple iPad 2018 Skrin 9.7 Inci Dengan Harga MYR1449

iPad 2018 Skrin 9.7 Inci Harga MYR1449
Saya dulu pernah memiliki sebuah iPad mini, tetapi dah rosak dan tak boleh diperbaiki lagi. Rosak gara-gara paparan skrin pecah seribu .. huhu. Dua tiga kali dah hantar, akhirnya saya biarkan sahaja di kedai tanpa rasa nak mengambilnya. Tak mampu nak bayar harga repair banyak kali ..

Anak-anak saya beberapa kali minta dapatkan balik iPad mini tu, tapi saya dah redha .. yang kerosakan kali akhir tu dah tak boleh nak buat apa dah. Walaupun ada rasa sayang pada iPad tu sebab saya dapat percuma dek kerana menang sebuah kontest blogger. Sayang memang sayang .. tapi itulah, jodoh dengan jenama Apple tak lama.

Ada juga ada rasa teringin nak memiliki sebuah iPad. Tetapi, saya mana ada bajet nak beli. Lagipun, ia bukan satu keperluan buat saya. Anak-anak beria minta dibelikan .. uhh memang tak dapatlah ... mampu tengok je .. huhu.

Orait, iPad baru versi 2018 yang baru dijual di Malaysia ini dilengkapi dengan Apple Pencil. Ini menjadikan semua produk Apple iPad boleh menggunakan Apple Pencil.
Aplikasi dalam iPad
[post_ads]
Apple iPad 2018 dikatakan sudah menyamai seperti sebuah komputer mudah-alih, ia boleh digunakan bersama touch screen, keyboard mahupun dengan Apple Pencil. Dilengkapi dengan kebolehan memproses terbaik menerusi A10 fushion chip... ia mampu membuat pelbagai tugasan tanpa masalah.

Apple iPad 2018 boleh membuat panggilan telefon, selain dilengkapi kemudahan Wifi. Ada kamera 8MP yang boleh ambil gambar dan juga video HD 1080.

Banyak lagi spesifikasi menarik pada iPad baru ini, jika minat nak tahu, boleh je rujuk pada laman web rasmi Apple di SINI.

Gerammm je tengok .. haha.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon