24 April 2018

Gaji Lionel Messi RM119,073 Seminit

Wow. Gaji Lionel Messi, pemain bolasepak antarabangsa ini cecah RM 119, 073 seminit! Ini menjadikan Lionel Messi, yang kini sedang menyarung jersi pasukan kelab Barcelona sebagai pemain bolasepak dengan pendapatan termahal mengatasi Cristiano Ronaldo.

Perghh... untungnya punyai bakat dan kelebihan seperti Lionel Messi ini kan? Hanya dengan minat dan bakat dalam bermain bolasepak, beliau boleh menerima pendapatan yang cukup lumayan.

Gaji Lionel Messi RM119,073 Seminit

Gaji Lionel Messi RM119,073 Seminit
Menurut sumber dari berita AFP, Lionel Messi mengatasi Cristiano Ro­naldo sebagai pe­neri­ma pendapatan ter­tinggi dalam bola sepak dunia, manakala Jose Mourinho mengungguli carta pengurus, demikian menurut majalah France Football.

Penyerang kelab Barcelona itu berada jauh di hadapan pada musim ini (2018) dengan pendapatan €126 juta (RM 600 juta) termasuk gaji, bonus dan perolehan iklan, manakala pesaingnya iaitu Ronaldo daripada kelab Real Madrid menjana pendapatan €94 juta (RM 447.7 juta).
Christiano-Ronaldo
Sebelum ini, iaitu pada musim lalu, Ronaldo mendahului dengan pendapatan €87.5 juta (RM 416.7 juta) diikuti €76.9 juta (RM 366.2 juta) yang diterima Messi.

Uhh ... makin bertambah usia makin berharga gitu ... rezeki Messi tu.
[post_ads]
Dengan laporan terbaru ini, jadi bolehlah dibuat kira-kira yang pemain bolasepak Barcelona ini, iaitu Lionel Messi me­ne­rima bayaran sebanyak €25,000 (RM 119,073) se­minit untuk beraksi di La Liga, Liga Juara-Juara, Piala Raja Sepanyol, Piala Kelab Dunia dan empat kali penampilan antarabangsa.

Gaji RM 119,073 seminit ini, dengan tanggapan bahawa Messi turut akan bermain dalam semua baki lima perlawanan Barcelona dalam musim ini.

Gaji dua pemain itu, kemudiannya diikuti oleh bintang Paris Saint-Germain, Neymar yang berada di tempat ketiga dengan pendapatan €81.5 juta (RM 389.6 juta).

Menurut AFP, perangkaan itu akan di­siarkan oleh France Football hari ini dan sebelum ini telah diserahkan kepada agensi berita AFP.

Turut dinyatakan ialah dalam kalangan jurulatih, Mourinho yang menguruskan kelab Manchester United kekal nombor satu dengan gaji €26 juta (RM 124.3 juta). Pengurus pasukan bola se­pak China, Marcello Lippi berada di tangga kedua de­ngan gaji €23 juta (RM 109.9 juta), diikuti pengurus kelab Atletico Madrid, Diego Simeone di tempat ketiga.

Saya tak pasti senario dengan pemain bolasepak di Malaysia, apakah gaji mereka sepanjang musim perlawanan sampai ke tahap begini, sehingga boleh disenaraikan antara gaji tertinggi untuk sebuah kerjaya di Malaysia?
[post_ads_2]
Ya, kalau bakat dan kebolehan yang ada memang tahap terhebat, siapapun akan membayar atas khidmat dan servis. Kalau nak dapatkan pendapatan besar sepertimana pemain bolasepak Lionel Messi dan Christiano Ronaldo, kenalah asah bakat dan kebolehan itu dan buktikan kepada dunia .. ye tak?

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon