4 March 2018

11 Tips Menginap Homestay Luar Negara Menerusi AirBnb

Sejak dua menjak ni, saya suka nak bercerita berkongsi mengenai homestay. Industri ini semakin berkembang bukan sahaja di Malaysia, dan Asia Tenggara tetapi juga kebanyak tempat di dunia. Wujudnya laman web seperti Agoda dan AirBnb telah membuka peluang kepada pemilik dan usahawan homestay untuk kembangkan bisnes ini ke serata dunia.

11 Tips Menginap Homestay di Luar Negara Menerusi Tempahan AirBnb

11 Tips Menginap Homestay di Luar Negara Menerusi Tempahan AirBnb
Tips Menginap Homestay Menerusi AirBnb
Saya lihat sudah ramai rakyat Malaysia yang sedar mengenai pulangan lumayan daripada bisnes homestay ini. Apatah lagi andai homestay tersebut dipaparkan menerusi laman web AirBnb. Namun, bukan semua orang faham dan tahu cara nak menginap di Homestay ni. Homestay bukannya hotel.
[post_ads]
Ya, walaupun bisnes homestay ini boleh mendatangkan pulangan yang baik, namun kena sedar juga ada beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan homestay. Hmm siapa yang ada buat bisnes homestay ni tentu dah tahu apa masalah-masalah tersebut.

Seperti saya katakan di awal tadi, antara masalah paling ketara ialah datangnya dari tingkah-laku manusia sendiri yang menjadi penyewa homestay ini.

Oleh kerana itu, saya nak berkongsi sedikit tips diberikan oleh seorang pengusaha homestay di United Kingdom (UK) dan Scotland. Beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang mengusahakan bisnes homestay di luar negara. Platform yang digunakan untuk mempromosi homestay ialah menerusi AirBnb. Satu inspirasi.
Buku lost in sekutland
Siapakah beliau? Beliau ialah penulis buku 'Lost in Sekutland' iaitu saudara Irwan Dahnil.

Tips yang diberikan oleh Irwan Dahnil adalah berkaitan panduan untuk menginap di Homestay. Tips dan panduan ini bukan sekadar sesuai dibaca oleh mereka yang gemar mencari penginapan murah di homestay, tetapi juga sebagai rujukan juga untuk usahawan homestay.

Sepanjang buat homestay di UK, Irwan Dahnil rasa patut berkongsi tentang macamana host (Airbnb) sini yang berbeza dengan budaya Asia.

Berikut adalah catatan beliau:

1. Perkenalkan Diri

Tips 1 - Kenalkan diri apabila nak menginap di homestay menerusi AirBnb
Namanya homestay. Home tu kan rumah. Jangan expect macam hotel atau hostel. Standard lain. Tapi ramai yang masuk homestay, tapi expect service macam hotel.

Tak tahan, bayar murah, tapi service mahu 5 bintang. Eh! Homestay tiada bell boi lah suruh angkat beg kau!

Mestilah berbahasa sikit. Orang putih yang datang Tidola Home hampir 99% sebelum datang akan beritahu siapa diri dia, tujuan datang dan berapa orang. Bukan susah pun. Berbasa basi.

Ye lah. Total stranger kot. Memanglah begitu. Bertaaruf lebih kurang. Kalau host rasa selesa kita terima, kalau tetamu yang mahu datang macam kurang ajar, baik nyahkan sahaja.
[post_ads_2]

2. Baca Review

Tips 2 - Baca review mengenai homestay tersebut di AirBnb
Kena rajin baca review sikit apa orang kata tentang tempat tu. Keadaan rumah, service dia. Tengok rating dia berapa.

Bila baca, baru tahu keadaan sebenar orang yang pernah duduk situ. Kadang gambar saja cantik dalam review, bila sampai sana, macam rumah hantu.

[Dah Baca?] 10 Tips Pelaris untuk Bisnes Homestay

3. Jangan Cerewet

Resam datang rumah orang, kita tak komplen sofa dia warna pink, langsir kusam atau muka tuan rumah tak rata.

Benda tu subjektif kot. What you see, what you get. Ada katil, bersih dan cukup seperti yang dijanjikan. Basic. Lainlah kalau dia cakap ada 4 katil, tapi rupanya ada 2 sahaja. Kalau wifi slow pun nak buat macam mana. Bukan dia boleh tolong kau kasi laju pun.

Kalau host cakap dia simpan anjing, kena terimalah. Mungkin boleh beritahu kau elergi pada anjing. So pandailah host simpan. Kalau susah sangat, cari homestay lain.

4. Baca Manual

Tiap rumah ada manual. Baca. Basic kot. Check in check out pukul berapa. Dan setahu aku mat salleh paling meluat kalau guest datang ikut suka hati dia. Ini bukan hotel bang yang ada reception 24 jam.
Tips 4 - Baca manual disediakan pengusaha homestay AirBnb

Kalau datang awal/lewat, beritahu. Kadang tuan rumah mahu tidur, mereput tunggu tetamu datang pukul 10 malam. Orang pun ada life juga.

5. Host Yang baik, Akan Beri Basic Travel Guide

Maklumat password wifi, di mana kedai makan, laundry, cara dapat teksi, stesen bas atau train. Sampaikan macam mana mahu guna dapur pun mesti dia akan bantu. Tanya saja.

6. Pandai Bawa Diri

Kita orang makan kari alagappa babas bagai. Bau melekat satu rumah. Jadi bila kau masak, bukalah ventilation. Atau buka sikit tingkap. Kasi angin.

Kalau dia bahan tulis free to use dalam almari, boleh je pakai. Biasanya memang untuk diguna. Dan kalau kau ada lebihan bahan yang tidak dapat di bawa balik, kau tinggalkan. Contohnya garam dan gula.

7. Jaga Kebersihan

Lepas guna dapur, basuh. Keringkan dan susun balik pinggan, sudu, periuk. Pantang tinggalkan tidak berbasuh. Sampah kau buang siap. Senang cerita, tinggalkan rumah sama macam mana kau datang.

Adalah perangai kita suka combine katil. Lepas combine, kasi kasi susun balik.

Satu lagi amalan kita guna bilik air basah. Tidak salah pun, tapi mungkin langsir kau tidak tarik ketika mandi. Cebok tu, air janganlah bersepah. Kalau basah, ada floor towel lap lah sikit.

8. Jangan Sebat Barang Host Macam di Hotel

Host yang baik selalunya akan bagi welcome gift. Buah ke coklat ke. Tapi ramai juga aku tengok bawa balik semua. Bukan setakat welcome gift, gula paket, kopi, teh semua sebat masuk beg.

Tersuka buat perangai macam hotel. Ada sikat ke, shampu, sabun pun semua. Hotel mungkin boleh buat, tapi homestay inikan rumah orang. Yang bawa tuala pun ada. Haishh.

9. Pakai Apa Yang Kau Perlu Sahaja

Kalau datang 5 orang pakailah 5 tuala. Selalunya tuala keenam orang kita buat jadi lap meja atau lap bilik air. Huhu..

Kalau ada 5 katil, tapi kau cuma perlu 4, tidak perlulah pakai satu lagi. Janganlah tukar katil walau tiada siapa mahu halang atau larang.

Kalau kau cakap datang 2 orang, jangan kau datang berlima. Siap bawa sleeping bag. Orang putih kata orang Asia ini ‘miser’, kedekut, tahi hidung masin. Malulah. Sudahlah datang lebih, pandai pula minta towel extra.

10. Ikut Masa Check-Out Yang Ditetapkan oleh Host

Kalau host kata check out pukul 11.00, keluarlah lebih kurang masa tu. Jangan 11am baru kau baru mahu mandi, sterika baju atau baru nak sarapan.

Host mahu buat housekeeping lepas kau check-out. Tukar cadar, vakum, bersihkan rumah. Next guest masuk pukul 2 atau 3, kasilah mereka masa yang cukup. Common sense.

[Dah Baca?] Panduan Iklankan Homestay Menerusi AirBnb

11. Tinggalkan Review

Dalam review boleh bagi markah pada host. Kebersihan, komunikasi, value dan sebagainya.

Kita kadang malas sebab rasa komen itu tidak real. Tapi pengalaman aku, semua yang memberi komen dan review itu adalah tetamu. Bukan robot atau tipu-tipu.

Kalau ada guestbook pun best juga. Kau rajinlah tulis sikit. Host pun sangat alu-alu. Orang putih ini selamba, kalau mahu kutuk, silakan saja. Lantaklah, tidak mati pun.

Kalau servis host selalu dapat 3 star ke bawah, Airbnb sendiri akan suspend akaun host. Jaga kualiti. Homestay aku di Vista London hampir delisted. Sebab guest komplen. Haha. Padan muka aku!

Jangan lupa host pun boleh bagi rating pada tetamu. Kalau kau punya kedekut, pengotor atau serabut, jangan haraplah rating kau baik. Host lain mesti lari.

Memanglah Eropah bukan semuanya baik, tapi kita cakap mana yang baik. Lain tempat lainlah caranya. Kan orang Asia lebih santun dan menurut ajaran agama.

Kalau homestay kita di Malaysia, sewa satu rumah duduk ramai-ramai sampai pecah. Sebab kau bayar, maka boleh buat apa kau suka?

Begitulah. Lama aku tak membebel macam ni. Ketap bibir kekuat.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Host Airbnb tahun ketiga
Glasgow, Scotland

Amacam? Tips di atas bukan sekadar untuk yang ingin menyewa homestay luar negara seperti di Eroprah, tetapi sebenarnya ia juga terpakai untuk mereka yang menyewa homestay di dalam negara. Tips di atas juga terpakai untuk usahawan homestay untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan homestay mereka.

Saya ada ramai rakan usahawan homestay yang menggunakan khidmat saya untuk review homestay mereka .. antaranya:
Saya fikir tentu mereka akan setuju dengan beberapa tips menginap homestay dikongsikan oleh Irwan Dahnil. Oh ya, jika anda nak tahu sedikit info berkaitan buku 'Lost in Sekutland' leh tgk page ni - https://www.facebook.com/lostinsekutland

Sumber Asal: TheVocket


Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

2 Komen

Mama seronok bila baca kawan2 pergi oversea Dan ramai yg guna Airbnb. Tingin gak nak g obersi doa2 la ye

Betul tuh... Kadang dorang ni rasa dah bayar boleh buat ikut sua je..tq for sharing info

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon