11 March 2018

Sesekali Main Tepuk Gambar Syok Juga

Satu permainan lama waktu zaman kanak-kanak saya. Pernah main tepuk gambar? Aha .. saya fikir tentu ramai lagi yang masih ingat permainan ini. Permainan sangat mudah dan murah. Boleh bermain bersama anak-anak di waktu lapang.

Zaman kanak-kanak saya dulu, semasa bermastautin di Kem Batu 10 Kuantan, permainan 'gambar' adalah satu permainan yang popular. Setiap kanak-kanak mesti ada koleksi mereka.

Nostalgia Main Gambar Zaman Kanak-Kanak

Sebenarnya, main 'gambar' ni ada bermacam-macam cara. Main tepuk gambar cuma salah satu daripadanya. Ia juga permainan paling mudah.

Waktu dulu, siapa yang ada banyak gambar, dialah yang paling hebat.

Jadi, cara paling terbaik nak kumpul gambar untuk jadi yang paling hebat ialah dengan menjadikan gambar ini sebagai satu 'taruhan' dalam setiap jenis permainan melibatkan gambar.
[post_ads]
Antara permainan gambar selain dari tepuk gambar gunakan telapak tangan ialah:

Main Baling Selipar

Setiap pemain perlu letakkan sejumlah gambar ikut persetujuan. Contohnya 10 keping. Gambar tersebut kemudiannya disusun menegak. Ia kemudian diletakkan dalam satu jarak tertentu. Selepas itu setiap pemain akan baling selipar untuk menjatuhkan gambar-gambar yang telah disusun menegak. Mana gambar yang jatuh dan terbalik menunjukkan nombor, maka ia akan jadi milik si pembaling selipar.

Main Tepuk Gambar Atas

Main macam tepuk tangan high-five. Mesti ada sekeping gambar di telapak tangan. Mesti gambar berlainan, tak boleh sama. Ia melibatkan dua orang pemain sahaja. Kalau selepas tepuk, gambar jatuh, mana yang terlangkup menunjukkan nombor, maka dia kalah dan gambar tersebut akan jadi pemilik yang satu lagi.

Ada lagi beberapa cara nak main gambar ni, tapi saya tak nak cerita .... takut nanti kena kecam .. haha. Tapi biasalah, zaman kanak-kanak ... yang penting seronok main dan dapat habuan. Tak fikir soal lain.

Gambar seperti ini boleh je dibeli di kedai. Sekeping gambar yang ada 28 keping dulu berharga cuma 10 sen. Kalau yang special skit, harganya 20 sen.

Sekarang pun ada juga dijual, kalau tak silap harganya dah naik menjadi 50 sen. Ada tu RM1 sekeping.
[post_ads_2]
Main seronok-seronok dengan anak memang syok. Lagipun ia satu permainan yang murah. Tak perlu nak beli mainan yang berharga mahal yang dimainkan cuma beberapa kali. Satu alternatif yang dah wujud sejak berzaman dulu.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

6 Komen

permainan yang evergreen..

bagus juga sebagai alternatif kepada Video game

aida beli kan anak-anak game kad snap & happy famili.
sepaket rm2 aje.
dgn uno. permainan kad aida dulu time kekecik.
best! anak-anak pun excited.

Anak-anak saya cukup seronok main ni ... walaupun akhirnya sakit tangan .. haha

Oh ya tak ya jugak, banyak permainan kad masa kecik2 dulu. Snap dengan Happy Family .. kenkanak pompuan leh la .. huhuhu.. lelaki selalu main kad jet, kad kapal, kad kereta lumba.

pernah juga main tepuk gambar ni masa kecik dulu...nostalgia sangat kan

ha ha iye la. dah bermain nyer dgn anak pompuan, HH.
izzat tu kecik lagi. dia pun layan jer lah.
tapi, koleksi kad boboiboy izzat pun da tebal.
kalau dia sensorang, tu la yg dia layan...

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon