Apa Ada di Pulau Orang Utan Tasik Bukit Merah?

Borong Online dari China
Anda pernah pergi ke Taman Tema Bukit Merah yang terletak di Semanggol, Perak? Jika ya, tentu perasan ada satu tarikan yang berbeza dengan segala apa yang ada di taman tema ini, iaitu Pulau Orang Utan. Untuk pengetahuan anda, Pulau Orang Utan di Tasik Bukit Merah kini di bawah pengurusan dan seliaan Bukit Merah Orang Utan Island Foundation.

Pulau Orang Utan, Tasik Bukit Merah, Gunung Semanggol, Perak

Pulau Orang Utan Bukit Merah
Pulau Orang Utan Bukit Merah
Saya pasti masih ramai lagi yang belum pernah berada atau pergi ke Pulau Orang Utan. Al maklumlah harga tiket untuk ke Pulau Orang Utan ini, buat sesetengah orang agak mahal. Pastinya sebelum ke sana, anda tentu nak tahu apa yang ada di Pulau Orang Utan Bukit Merah.

Apa Ada di Pulau Orang Utan?

Jadi, apa ehh yang ada di Pulau Orang Utan tu?

Alhamdulillah, saya telah diberikan peluang untuk pergi ke Pulau Orang Utan menerusi satu aktiviti bersama rakan blogger dari luar negara sempena mempromosikan negeri Perak sebagai destinasi pelancongan dan tempat menarik untuk dilawati pelancong.
Pulau Orang Utan Bukit Merah, Semanggol, Perak
Jika anda seorang yang cintakan kepada alam semulajadi dan menghargai haiwan yang sedang berada di dalam senarai kepupusan, maka Pulau Orang Utan adalah satu tempat yang wajar anda kunjungi. Anda akan belajar banyak perkara mengenai haiwan istimewa ini yang tidak terdapat di mana-mana negara lain di dunia, kecuali di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak serta Kalimantan, Indonesia.

Spesies ini begitu unik sehingga namanya kekal sebagai Orang Utan.

Pulau Orang Utan merupakan santuari Orang Utan di Semenanjung Malaysia. Haiwan ini lepas bebas di sebuah pulau berkeluasan lebih 35 ekar, dikelilingi tasik seluas 7000 ekar secara keseluruhan.

Apabila anda berada di Pulau Orang Utan, anda akan berada di dalam kurungan berbanding 'penduduk tetap' di situ iaitu Orang Utan itu sendiri.
Pulau Orang Utan Bukit Merah
Pulau Orang Utan Bukit Merah
Pulau Orang Utan Bukit Merah
Apa Ada di Pulau Orang Utan Bukit Merah
Apa Ada di Pulau Orang Utan Bukit Merah
[post_ads]
Sebenarnya, Pulau Orang Utan bukan sekadar satu penempatan buat spesies ini di Semenanjung Malaysia, tetapi ia tempat pemuliharaan dan transit kepada Orang Utan yang diselamatkan daripada pemilikan secara tidak sah atau perdagangan haram.

Santuari Orang Utan di Semenanjung Malaysia

Pulau Orang Utan mempunyai fasiliti terbaik untuk merawat Orang Utan, malah beberapa kejayaan telah tercipta di sini, termasuklah kelahiran bayi Orang Utan. Kejayaannya dari hanya mempunyai 3 ekor Orang Utan menjadi kepada 24 ekor adalah satu pencapaian yang berjaya menarik minat ramai saintis dan penyelidikan untuk mengenal lebih rapat akan spesies ini yang menjadi ikon kepada Malaysia.

Apabila anda masuk ke Pulau Orang Utan ini, anda akan berpeluang untuk belajar mengenai habitat semulajadi haiwan ini selain melihat kemudahan dan fasiliti yang tersedia di situ untuk Orang Utan.
Pulau Orang Utan Bukit Merah
Fasiliti di Pulau Orang Utan Bukit Merah
Program pemulihan Orang Utan
Apa Ada di Pulau Orang Utan Bukit Merah
Anda akan dapat melihat dengan lebih dekat mengenai bagaimana haiwan ini hidup, berkomunikasi, tabiat makan serta tahap kepandaiannya dalam survival di hutan sebenar.

Pulau Orang Utan adalah tempat yang terbaik untuk pengkaji spesies ini, dan lokasi menarik untuk dilawati di negeri Perak bagi mereka yang mahu melihat kehidupan haiwan ini lebih dekat selain mengetahui tentang program pemuliharaan yang dijalankan oleh Bukit Merah Orang Utan Island Foundation.

Harga Tiket Pulau Orang Utan

Untuk ke Pulau Orang Utan, anda perlu menaiki feri yang tersedia di jeti Bukit Merah Laketown Resort. Harga tiket masuk ke Pulau Orang Utan adalah seperti tertera di bawah:
Harga tiket Pulau Orang Utan
Apa Ada di Pulau Orang Utan Bukit Merah
Apa Ada di Pulau Orang Utan Bukit Merah
[post_ads_2]


Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

1 Comments

  1. bukit merah popular jugak dengan ternakan ikan arowana...terbaik

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.