Ujibakat terbuka untuk program Da'i Pendakwah Nusantara 2018. Program Daei TV3 sedang menjalankan sesi ujibakat dan temuduga untuk mencari calon peserta yang sesuai untuk program Da'i musim keenam (6) 2018. Calon dicari adalah di kalangan warganegara Malaysia dan Asia Tenggara berusia 18 hingga 30 tahun.

Da'i Pendakwah Nusantara Musim Keenam 2018

Lokasi Tarikh Ujibakat Da'i Musim Keenam
Lokasi Tarikh Ujibakat Da'i Musim Keenam
Pencarian dan sesi ujibakat untuk program Da'i Pendakwah Nusantara akan dimulakan di negeri pantai timur Semenanjung bermula dari negeri Kelantan, Terengganu dan seterusnya Pahang. Syarat dan keperluan ujibakat ada dinyatakan di bawah ini.

Tarikh mula pencarian bakat untuk Da'i musim keenam akan bermula pada 28 Februari 2018, di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan. Lokasi seterusnya adalah di Kuala Terengganu dan kemudian di Kuantan, Pahang.

[Baca] Senarai dan Biodata Peserta Da'i Musim Enam (2018)

Sebelum itu, pastikan anda penuhi syarat yang ditetapkan dan buat persediaan yang secukupnya untuk berjaya lulus dalam temuduga tersebut.

Syarat Uji Bakat Da'i Musim Keenam 2018

  1. Warganegara Malaysia dan Asia Tenggara yang menetap di Malaysia.
  2. Fasih berbahasa Malaysia.
  3. Berpengetahuan luas dalam bacaan Al-Quran
  4. Lelaki atau perempuan.
  5. Berusia antara 18 hingga 30 tahun.
  6. Aktif dalam aktiviti pendidikan, badan beruniform dan kemasyarakatan
Untuk hadiri uji bakat Da'i ini, para calon berminat mesti membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
  • Salinan kad pengenalan atau passport.
  • Gambar berukuran passport
Calon yang berminat mestilah berpakaian kemas dan sopan sesuai dengan konsep rancangan Da'i ini.

Tarikh dan Lokasi Uji Bakat Da'i Musim Keenam (6) 2018

Lokasi untuk uji bakat ini akan dilakukan dalam beberapa peringkat melibatkan beberapa lokasi mengikut zon. Untuk uji bakat peringkat pertama, ia akan melibatkan pencarian bakat sekitar Pantai Timur Semenanjung melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Uji bakat untuk program Da'i musim terbaru akan dilakukan mulai jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang di lokasi berikut:
  1. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan - 28 Februari dan 1 Mac 2018
  2. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, Terengganu - 3 Mac dan 4 Mac 2018.
  3. Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Kuantan, Pahang - 6 Mac dan 7 Mac 2018.

TVC Iklan Ujibakat Da'i Pendakwah Nusantara Terkini

Kali ini tak ada ujibakat secara online yang pernah dibuat dalam pencarian da'i untuk program Da'i Pendakwah Milenia pada tahun 2015.

Daripada format pencarian bakat, melihatkan lokasi atau tempat ujibakat program Da'i Pendakwah Nusantara musim baru (keenam) ini; nampaknya peserta Da'i tahun 2018 tentu lebih hebat dan lebih berpengetahuan.

Saya dapat rasakan ramai lepasan IPT atau graduan akan menjadi peserta Da'i musim keenam.

Kepada yang hadiri dan nak datang ujibakat program Da'i 2018, saya ucapkan semoga berjaya.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement