Di pasaran, ikan Jelawat agak mahal. Saya pernah makan ikan Jelawat, tapi dah lupa rasanya macamana .. haha .. tu sebab saya ambil keputusan untuk bela ikan Jelawat dalam akuarium. Mungkin tiba saatnya nanti, dapatlah saya merasa keenakan ikan Jelawat ni.
Bela Ikan Jelawat Dalam Akuarium
Anak ikan Jelawat mudah didapati di kedai akuarium atau kedai ikan. Harganya dengan saiz sebesar 10cm adalah antara RM1.50 hingga RM2.00 seekor. Ikut tempat juga ni .. ada tempat harga anak ikan Jelawat jauh lebih murah, dan ada juga yang sampai RM3.00 seekor.[post_ads]
Saya beli dua ekor anak ikan Jelawat untuk mengisi ruang akuarium saya. Selain Jelawat, saya juga beli 7 ekor anak ikan Emas jenis Semangkin (tak pasti nama ni).
Hmm .. baru seminggu, dah ada yang haup. Adeh.
Dari 7 ekor anak ikan Emas, tiga ekor telah mati. Begitu juga dengan anak Jelawat. Cuma seekor sahaja yang hidup.
Saya syak mungkin diet atau makanan tak sesuai yang saya berikan.
Jika ia berkaitan dengan masalah air, dah pasti semua ikan dalam akuarium tu akan mati dalam tempoh yang sama.
[Dah Lihat?] Panduan Ternak Ikan Tilapia
Selang beberapa hari selepas ikan Emas dan Jelawat saya mati, ikan Puyu yang merupakan penghuni paling lama dalam akuarium saya pula mati.
Maka tinggallah ikan Emas dan seekor Jelawat serta dua ekor ikan Lampam Emas yang masih berada di dalam akuarium sepanjang 2.5 kaki.
Saya cuma gunakan pam biasa sahaja. Tak ada peralatan istimewa.
Makanan pula dedak istimewa dari German .. huhu.. Mahal kot, tapi yang ni jenis tidak mengotorkan air. Jadinya tak perlulah saya selalu sangat nak tukar air akuarium tu.
[post_ads_2]
Saya juga kadangkala berikan pisang masak yang dipotong kecil untuk diet ikan Jelawat. Dari apa yang saya baca, anak ikan Jelawat akan makan benda berprotein selain buah-buahan.
Harapnya ikan-ikan yang sedia ada sekarang akan kekal hidup dengan sihat dan gembira dalam akuarium saya ni. Nak tengok ia membesar depan mata. Lagipun, Najmi pun suka tengok ikan-ikan ni.
3 Comments
HH maybe ikan- ikan tu takleh campur satu akuarium kot..sebab tu ada yang mati takut antara mereka bergaduh kan...umah SA pun ada 2 ekor ikan puyu..hehehe..abah cakap elok bela ikan puyu dalam rumah sebab makhluk halus takut..wallahualam...
ReplyDeleteaduhhh kesiannya banyak yang mati. Mungkin tak rasi kot
ReplyDeletebestnya bela ikan tp senng sgt nk mati lau dlm akuarium nie haa
ReplyDeleteKomen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.