Seterika atau iron steam jenama Philips di rumah dah lama rosak. Jenuh juga cari tempat kat area Parit Buntar untuk repair, tapi rupanya ramai yang tak berani sebab susah nak cari spare-part. Alhamdulillah, baru-baru ni dapat tahu ada pusat servis Philips di Seberang Jaya yang memang terima dan boleh repair Philips Steam Generator Iron ni.

Isteri saya beli seterika jenama Philips ni dari U.K secara online, menerusi Facebook. Masa tu beli sebab harga ditawarkan memang jauh lebih murah, dan memang seterika stim Philips model tu ramai kata sangat ok, pastu tak ada dijual di Malaysia. Kalau ada tu, kena join satu syarikat MLM ni untuk beli .. tupun harga mahal .. lebih RM1K satu set kalau tak silap.

Repair Philips Steam Generator Iron Kat Seberang Jaya

Repair Philips Steam Generator Iron Kat Seberang Jaya
Isteri saya beli dan bayar secara ansuran. Harganya pula tak cecah RM1K seperti yang dijual oleh syarikat MLM tu. Kata sumber kat saya, yang jual dalam MLM tu adalah eksklusif antara Philips dengan syarikat tu .. tak boleh jual secara terbuka di pasaran Malaysia. Jadinya memang tak jumpalah seterika stim model tu jual kat mana-mana kedai Philips.

Memang best seterika stim atau wap yang isteri saya beli tu. Ia memudahkan kerja nak seterika baju berkedut. Hmmm nasib baiklah isteri saya beli dari U.K sebab specs dia sesuai nak digunakan. Kalau beli dari U.S atau Jepun, mungkin akan ada masalah sikit. Memang ada jual kat laman web Amazon dan dalam TaoBao pun ada. Kiranya seterika ni agak popularlah.

Walaupun saiz seterika stim ni agak gedabak dan tak boleh nak bawa ke sana sini dengan mudah, namun ia sebuah seterika yang percepatkan proses nak melicinkan baju yang berkedut. Sekali dua lalu je dah lihat kesan ajaibnya. Saya dan anak saya Amri dah beberapa kali guna Philips Steam Iron tu. Syok dan puas hati.

Tapi itulah, bila dah selalu sangat guna .. ia terkejut.. haha. Rosak. Jenuh fikir camner nak repair disebabkan barang dibeli dari luar negara. Boleh ke ia dihantar repair kat pusat servis Philips di Malaysia ni?

Alhamdulillah, baru-baru ni isteri saya dapat tahu ada pusat servis Philips di Seberang Jaya yang terima seterika model hampir serupa. 

Anda nak tahu tak? Rupanya kan .. seterika stim yang dijual oleh syarikat MLM tu pun banyak rosak selepas digunakan beberapa tahun. Mulanya tu, saya ingatkan seterika Philips yang isteri saya beli dari U.K ni tak serasi dengan elektrik Malaysia .. rupanya sangkaan saya meleset.

[post_ads]
Kami hantar repair Philips Steam Generator Iron ni kat pusat servis Philips di Seberang Jaya .. dalam masa tak sampai seminggu, ianya telah siap. Fuh .. cepat sungguh. Kena bayar dalam RM200 (kalau tak silap) sebab kerosakan pada motherboard seterika.

Sebelum mereka repair .. mereka telefon dulu isteri saya. Yelah, kang repair tanpa persetujuan .. kena bayar sekian-sekian .. naya je ye tak, panjang pula cerita. Mereka telefon, beritahu kerosakan dan caj dikenakan .. selepas isteri saya setuju baru mereka proceed.

Kata pusat servis tu ... mudah nak repair sebab memang banyak orang pakai model seterika seperti isteri saya ni. Kerosakkan pun lebih kurang sama. Benda ganti pun memang dah ada. Tu yang cepat je siap. Kurang 7 hari dah siap.



Seronok betul isteri saya dapat kembali Philips Steam Iron dalam keadaan baik. Mana taknya .. nak buka sekolah ni, banyak pakaian nak diseterika. Bila ada seterika ni, kerja-kerja menyerika ni jadi lebih mudah dan cepat berbanding gunakan seterika model lain. 
[post_ads_2]
Sekarang ni, seterika stim macam ni dah boleh beli online kat Lazada, kat 11th Street dengan harga yang cukup murah. Kalau anda nak beli, boleh beli daripada jenama-jenama seperti Philips dan Tefal dan juga Morphy Richards.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bestnya team iron ni. Kalau Ada sebijik lagi best ni

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Memang best, dulu kalau nak beli memang tak ada la, skrang dah ada online shopping macam lazada, leh dapat iron steam generator ni dengan harga jauh lebih murah. Kalau tak seribu lebih ni satu ..

      Padam
  3. Iron ni memang best sebab tak perlu risau baju hangus terbakar setakat hari ini (beli tahun 2015) memang belum pernah terjadi lagi.

    Beli dengan kawan yang agen tu satu kelebihannaya kalau problem contact aje dia.

    BalasPadam
  4. iron philips saya baru rosak jgk, dh pakai nk dkt 2 tahun.sedihnyaa.. gi hantar kat philips PJ dlm 5 hari, dia test ok je.dh gi ambik bok blk umah, baru guna sehari buat hal blk..ni br hantar blk utk diorg check lagi skali, diorg call kata test takde ape jgk.. adehhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena check voltan plug di rumah. Takut tu penyebab ia rosak. Mmg ada kes mcm tu.

      Padam
  5. company service centre kt seberang perai nama apa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg di bawah nama Phillips Service Center, sebelah TESCO lama kalau tak silap. Ikut susur hospital, nanti ada simpang ke kanan, masuk situ nak ke pasaraya tu, kemduan lalu kedai makan, belok ke kanan, in Sha Allah .. leh jumpa.

      Padam
  6. kalau blander philips rosak boleh repair tak?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement