Promosi kereta lagi. Perghh nampaknya awal tahun ni banyak betul promosi serta tawaran harga menarik untuk pembelian kenderaan baru. Jika sebelum ini, saya sempat kongsikan penjimatan hebat sehingga RM13,888 untuk kenderaan model Proton, kali ini ... saya kongsikan pula promosi kaw-kaw dari Mitshubishi Motors Malaysia sempena ketibaan Tahun Baru Cina (CNY) 2018.

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2018, pihak Mishubishi Motors Malaysia mengumumkan rebat tunai menarik, sehingga RM20,000 untuk model terpilih kenderaan keluaran Mitshubishi. Ini termasuklah Mitshubishi ASX, Mitshubishi Outlander, dan model Triton.

Rebat Tunai Sehingga RM20K Dalam Promosi Kaw-Kaw Mitshubishi Malaysia CNY 2018

Rebat Tunai Sehingga RM20,000 Dalam Promosi Kaw-Kaw Mitshubishi Msia CNY 2018

Promosi menarik Mishubishi Motors Malaysia ini akan berlangsung sehingga 11 Februari 2018 atau selagi stok kenderaan dalam promosi masih ada. Rebat tunai menarik ini walaubagaimanapun hanya terhad dan sah untuk Semenanjung Malaysia sahaja tidak termasuk Langkawi.

Rebat dan harga promosi yang ditawarkan untuk kenderaan Mitshubishi ASX, Outlander dan trak pikup Triton memang menarik. Jika anda di kalangan orang yang berduit, mahu shopping kereta baru sempena Tahun Baru Cina ini, mungkin boleh melihat penawaran khas daripada Mishubishi Motors ini.
[post_ads]

Harga Menarik Mitshubishi ASX dan Triton Selepas Rebat

Harga Mishubishi ASX misalnya, boleh dimiliki dengan harga atas jalan serendah RM99,900 sahaja dengan rebat tunai maksimum sebanyak RM20,000. Tentu ramai yang teruja dengan harga 'rendah' model ASX ini. Apatah lagi ia merupakan kereta yang telah memenangi banyak anugerah termasuklah Car of The Year 2014, Autocar Asean dan Car of The Year 2014 Maybank- New Straits Times.
Model Triton pula, ada rebat tunai sebanyak RM8,000. Manakala untuk kenderaan Mitshubishi model Outlander pula, anda boleh mendapat rebat tunai sebanyak RM4,000. Fuh .. banyak juga potongan tu. Mungkin boleh kontra kot dengan harga muka pembelian .. huhu.

Senarai Harga Model Mitshubishi Promosi Tahun Baru Cina (CNY) 2018

Berikut adalah harga butiran promosi dan rebat tunai kenderaan Mitshubishi Motors mengikut model dan varian sempena Tahun Baru Cina (CNY) 2018:
[post_ads_2]
Mitshubishi Motors Malaysia bukan hanya menawarkan harga promosi kenderaan model terbaiknya dengan rebat tunai, tetapi juga terdapat peraduan khas. Peraduan atau kontest 'Mitshubishi Xperience' ini menawarkan hadiah RM10,000 untuk pemenang. Satu lagi kontest ialah 'New Year New Ride' yang membolehkan anda bawa balik RM888 tunai apabila anda membuat pandu-uji sebarang model Mitshubishi di roadshow terpilih.

Untuk butiran lanjut mengenainya, boleh lawati laman web rasmi Mitshubishi Motors Malaysia di sini - http://mitsubishi-motors.com.my

Seronok la ehh shopping kenderaan baru kalau ada duit masyuk awal tahun ni...huhu .. duit BR1M dan bonus anda tu buat apa ehh? Jangan joli sakan ye. Beringat-ingatlah sikit. Jeng ... ada komen?

Kredit: Paultag.org

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah menarik ni !

    Kalau saya nak Triton nampak ekslusif and sporty. Sesuai dengan jiwa orang Muda yang bersemangat wajar. Gituu ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement