13 Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana), Juga Ditakuti Sebagai Pisang Raja Udang

Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana). Ketahui 13 khasiat dan keistimewaan Pisang Merah juga dikenali sebagai Pisang Raja Udang.

Ramai di Malaysia yang kenal Pisang Merah sebagai Pisang Raja Udang. Ini adalah kerana mitos di sebalik kisah pisang ini yang mempunyai kulit luar berwarna merah. Menurut beberapa sumber lain, ada yang kata Pisang Merah ini tidak boleh dimakan oleh mereka yang berketurunan Melayu Rawa. Sejauh mana benarnya tu, saya tidak dapat nak pastikan. Tetapi secara faktanya, Pisang Merah (Red Banana) ini mempunyai khasiat yang hebat untuk kebaikan kesihatan.

Pisang Merah ini saiznya agak besar, lebih besar daripada Pisang Emas atau Pisang Minyak yang menjadi kesukaan kebanyakan orang. Kulit luar Pisang Merah agak tebal dan berwarna merah keungguan. Rasa pisang ini manis-manis masam sedikit dan lembut seperti Pisang Emas.

Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana)

Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana)
Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana)
Baru-baru ini, isteri saya ada bawa balik Pisang Merah ini. Mulanya, saya enggan akui bahawa pisang yang dibawa adalah Pisang Raja Udang, yang penuh dengan cerita mitos orang Melayu. Tetapi selepas saya buat sedikit carian dan kajian mudah, saya dapati pisang yang isteri saya bawa ini, memang ada banyak khasiat dan kelebihan.

Hasil carian, ternyata pisang ini dari dari keluarga pisang liar Musa acuminata, yang berada di dalam kumpulan pisang Cavendish (AAA). Secara saintifiknya, Pisang Merah dikenali sebagai Musa acuminata (AAA Group).

Nama Lain Pisang Merah

Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana)
Pisang ini juga dinamakan Pisang Kidang, Red Dacca, Claret Banana, Cuban Red Cavendish Banana, Jamaican Red Banana.

Pisang ini agak popular juga di Indonesia, selain tempat asalnya di benua Amerika Selatan. Saiznya yang besar, rasanya yang sedap dan khasiat yang ada pada Pisang Merah ini, menjadikan ia pisang yang sering dicari. Namun begitu, di Malaysia, Pisang Merah agak sukar ditemui dan kalau ada pun, kebanyakkannya boleh didapati samada di Perak atau Pahang.
[post_ads]

13 Khasiat dan Kelebihan Pisang Merah

Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana)
Apa khasiat dan keistimewaan Pisang Merah ini?
  1. Bantu Pesakit Anemia
    • Kandungan zat besi yang tinggi dalam pisang ini dapat membantu pesakit Anemia dalam proses pembentukan sel darah.
  2. Bagus Untuk Hati
    • Pisang Merah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan hati di dalam tubuh. Ia ada gizi yang mencukupi untuk hati yang sehat. Nak lebih baik, selalu juga ambil wudhuk untuk kesihatan hati luar dalam yang lebih jitu .. :)
  3. Penambah Tenaga
    • Pisang memang diakui sebagai makanan dari alam yang boleh memberikan tenaga yang cepat. Jika anda sering melakukan aktiviti seperti bersukan, aktiviti lasak dan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga setiap hari, pastikan sarapan pagi atau sebelumnya itu anda ambil seulas dua pisang.
  4. Redakan Asma
    • Ia tidak ada sifat penyembuh untuk penyakit Asma, tetapi jika siptom penyakit Asma ini mula nampak, maka bolehlah makan Pisang Merah ini untuk meredakan siptom tersebut agar tidak menjadi teruk.
  5. Makanan Anti Rabun
    • Makan Pisang Merah secara konsisten boleh membantu untuk elak masalah rabun mata. Kandungan vitamin A yang tinggi dalam serat Pisang Merah boleh menajamkan penglihatan, dan mengurangkan risiko daripada terkena rabun mata.
  6. Baik Untuk Saluran Darah
    • Penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan pembuluh dan saluran darah boleh dielakkan dengan memakan Pisang Merah. Ia bukan sekadar melancarkan peredaran dalam saluran darah, malah ia akan membantu saluran darah supaya lebih sihat.
  7. Bagus Untuk Penghadaman
    • Sepertimana kebaikan yang terdapat pada pisang-pisang lain, Pisang Merah juga dapat membantu dalam proses penghadaman. Ia ada kandungan serat yang tinggi. Saya makan seulas Pisang Merah pun dah rasa kenyang. Ia dapat elakkan diri dari makan berlebihan, dan bagus untuk perut serta penghadaman.
  8. Ringankan Depresi
    • Percaya atau tidak, anda boleh kurangkan rasa tension serta tekanan dengan memakan seulas pisang. Pisang Merah dipercayai boleh bantu meringankan depresi dan membuatkan anda rasa lebih tenang. Saya sendiri makan seulas Pisang Merah sebelum saya mula menaip untuk tajuk ini. Lihat betapa banyak saya dapat tulis hanya dari seulas Pisang Merah .. idea mengalir lajuuuu !!
  9. Nutrisi Terbaik Untuk Tulang dan Gigi
    • Pisang Merah bagus untuk kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi. Anda tidak perlu minum susu formula khas untuk dapatkan tulang dan gigi yang kuat, in Sha Allah, makan Pisang Merah .. gigi anda akan jadi lebih kuat. Saya yang ada masalah sakit gusi pun rasa reda dan lega selepas makan seulas Pisang Merah ini.
  10. Menyihatkan Jantung
    • Pisang Merah dikatakan boleh memberikan kesan sangat positif untuk kesihatan jantung untuk jangka masa panjang. Jika anda ambil Pisang Merah secara rutin, dan tidak terlebih makan, in Sha Allah .. ia akan beri impak yang baik untuk kesihatan jantung anda.
  11. Tingkatkan Imun Tubuh
    • Kandungan khasiat yang ada dalam Pisang Merah ini boleh membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan melawan penyakit. Ia ada kandungan vitamin C yang tinggi untuk hasilkan kolagen semulajadi yang membantu mengeluarkan radikal bebas daripada tubuh. Bukan setakat beri kelebihan pada sistem imun, malah kolagen yang terhasil daripada khasiat Pisang Merah ini boleh kurangkan kesan penuaan.
  12. Bagus Untuk Ibu Hamil
    • Pisang Merah sangat bagus untuk ibu hamil. Ia akan bantu dalam penghasilan asid folik yang memang diperlukan oleh ibu ketika proses kehamilan 9 bulan 10 hari. Malah ia dapat membantu mengurangkan rasa mual dan loya di awal kehamilan.
  13. Bagus Untuk Mereka Yang Mahu Berhenti Merokok
    • Percaya atau tidak, pengambilan secara rutin Pisang Merah akan membantu perokok yang berazam untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin C, magnesium dan juga kalium dalam buah Pisang Merah ini akan membantu mengurangi keinginan untuk merokok atau candu nikotin yang ada pada perokok.
[post_ads_2]
Secara amnya, Pisang Merah mengandungi serat tinggi yang sangat baik untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak, dan ada pelbagai vitamin serta zat galian yang bagus untuk tubuh.

Video Manfaat Pisang Merah(Red Banana)


Jika anda menjumpai Pisang Merah atau Pisang Raja Udang ini, jangan teragak-agak untuk beli, ia sedap ... dan bagus untuk terus dimakan.

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Sistem Saham
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,126,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,10,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,150,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,366,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,818,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,335,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,34,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,59,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,607,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,565,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,8,Inspiration,5,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,42,Kekeluargaan,125,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,91,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,360,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,406,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,24,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,78,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,54,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,524,Semesti,2,SENI,3,Shopping,129,Shopping Online,4,Sihat Cantik,9,SIHAT SOKMO,18,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,193,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,111,Tips Blogging,322,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,54,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,48,widget blog,35,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,114,Work From Home,13,
ltr
item
BLOG HASRULHASSAN.COM™: 13 Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana), Juga Ditakuti Sebagai Pisang Raja Udang
13 Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana), Juga Ditakuti Sebagai Pisang Raja Udang
Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana). Ketahui 13 khasiat dan keistimewaan Pisang Merah juga dikenali sebagai Pisang Raja Udang.
https://3.bp.blogspot.com/-FVO9eZUahmU/WnAt6JtapcI/AAAAAAAArG4/tKMMYIo55HwiOpSeXZFK5sw3eLmQLNB0ACLcBGAs/s1600/pisang-raja-udang-pisang-merah.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-FVO9eZUahmU/WnAt6JtapcI/AAAAAAAArG4/tKMMYIo55HwiOpSeXZFK5sw3eLmQLNB0ACLcBGAs/s72-c/pisang-raja-udang-pisang-merah.jpg
BLOG HASRULHASSAN.COM™
https://www.hasrulhassan.com/2018/01/khasiat-hebat-pisang-merah-red-banana.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2018/01/khasiat-hebat-pisang-merah-red-banana.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy